80% Pemakanan & 20% Senaman Punca Abam Bocey Hilang 17.6Kg Dalam Sebulan

Share

Pelawak Abam Bocey semakin bersemangat meneruskan program diet untuk turunkan berat badan yang kini berjaya mencecah 170 kilogram.Memang bagus usaha yang dilakukan oleh Abam ni, Yelah obesiti ini lubuk kepada pelbagai penyakit dan masalah Kesihatan.

Menurut Abam dia berjaya mengurangkan 17.6 kilogram daripada berat asal 188 kilogram dalam tempoh 4 minggu dengan melakukan rutin diet dan senaman.

“Ikut kontrak selama 3 bulan, saya lakukan diet untuk turunkan badan secara dalam talian. Ada jurulatih yang akan pantau saya menerusi mesej di group WhatsApp,”

Tambahnya, ada 40 orang dalam kumpulan aplikasi WhatsApp itu termasuk Abam yang berkomunikasi menerusi mesej.

“Apa yang saya makan setiap hari akan dihantar ke dalam kumpulan itu dan mereka akan menilai sama ada makanan itu okey, tidak, menepati citarasa atau kalori yang diperlukan setiap hari.

“Mengikut teori diet mereka, 80 peratus merujuk aspek pemakanan manakala senaman sebanyak 20 peratus,” katanya

Selain itu Abam juga  turut pergi ke gimnasium dan bermain badminton untuk aktivti senaman dalam usaha untuk kurus ini.

“Sasaran saya selepas 3 bulan adalah lebih kurang 150 kilogram tapi sasaran sebenar saya sehingga hujung tahun untuk turunkan 80 kilogram, kalau dapat lebih bawah lagi bagus,” katanya.

Achey dan Fad juga memberi sokongan padanya untuk turunkan berat badan.

“Pada mulanya, mereka ketawakan saya sebab dah lebih 10 kali saya cerita pada mereka nak turunkan berat badan sehingga pada satu malam mereka ‘order’ seafood tapi saya tak makan. Mereka kemudian faham dan bagi sokongan moral pada saya,” katanya.

 

Sumber : Astro Gempak

Published by
Ruziana Zainal