Di sini, saya akan memberikan beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi menyelesaikan hutang-hutang jahat anda. Anda boleh mengasingkan beberapa jumlah wang anda dan jadikan ia sebagai wang penyelesaian secara bulanan. Ingat, dalam anda dalam keadaan berhutang, anda perlu fokuskan untuk menghapuskan hutang jahat anda dahulu. Anda perlu gunakan sistem pengurusan hutang yang baik agar anda boleh segera menyelesaikan hutang tersebut. Lebihan wang anda kemudiannya boleh digunakan untuk kegunaan yang lebih baik, sama ada sebagai simpanan, pelaburan mahupun sedekah.

 

Di sini saya berikan tiga strategi yang boleh anda gunakan untuk menyelesaikan hutang jahat anda secara bersistematik dan seterusnya mendapatkan keuntungan kewangan yang lebih baik.

  1. Debt consolidation strategy
  2. Debt Snowball strategy
  3. Debt Avalanche Strategy

80% Lelaki Tanggung Kekasih, Walaupun Terbeban Hutang

DEBT CONSOLIDATION STRATEGY

Apabila anda telah dilanda beban kewangan yang sangat tinggi, dan anda juga tidak pasti bagaimana untuk menyelesaikan hutang-hutang anda yang berbeza, anda boleh gunakan cara ini untuk lebih fokus. Namun cara ini juga tertakluk kepada profail kewangan yang cantik di mata pihak bank. Contohnya apabila anda mempunyai hutang kad kredit dengan kadar faedah 17%, hutang peribadi dengan kadar faedah 8%, hutang rumah pada kadar faedah 4%. Anda boleh menggunakan kaedah overlap untuk mengumpulkan semua hutang ini.

 

IKLAN

Maka, anda hanya perlu memberikan komitmen untuk pembayaran kepada 1 pihak sahaja. Satu perkara yang perlu anda ketahui ialah, apabila membuat sebarang pinjaman, nilai kadar faedah adalah yang perlu anda ambil kira, ia lebih penting daripada nilai bayaran yang anda perlu bayar setiap bulan. Jadi pastikan anda mengenal pasti di akaun mana yang anda boleh tumpukan. Berbincang dengan pihak bank agar dapat melupuskan hutang-hutang anda dengan komitmen hutang yang lebih berbaloi.

80% Lelaki Tanggung Kekasih, Walaupun Terbeban Hutang

DEBT SNOWBALL STRATEGY

Snowball atau bebola salji apabila bergerak menuruni bukit, akan semakin besar, dan semakin besar. Teori ini sesuai dengan kaedah penyelesaian secara snowball. Debt Snowball Strategy bermaksud wang anda untuk menyelesaikan hutang semakin banyak dan menyelesaikannya lebih mudah. Anda bayar dan habiskan hutang dengan baki terendah dahulu.

IKLAN

Andaikan anda mempunyai hutang RM 20,000 untuk pinjaman pelajaran, RM160,000 untuk perumahan dan RM 50,000 untuk kereta. Anda fokuskan untuk membayar hutang pinjaman peribadi anda dahulu. Apabila anda mempunyai lebihan wang, fokuskan untuk menutup akaun pinjaman pelajaran dahulu.

Bayangkan asalnya anda peruntukkan RM1500 dengan pecahan RM 800, RM400 dan RM300 untuk setiap akaun pinjaman. Jika anda berjaya menyelesaikan akaun dengan bayaran RM300, maka anda akan ada lebihan 300 untuk membayar dua akaun lain. Fokuskan untuk menutup akaun kedua terendah.  Jadi anda tetap mengeluarkan RM1500 tetapi RM800 untuk akaun pertama dan RM700 untuk akaun kedua. Jangan lupa untuk berbincang dengan pihak bank berkenaan niat anda untuk membayar dengan nilai yang berbeza.

Kebaikan anda menggunakan kaedah ini, ialah anda akan mendapati kesan positif menyelesaikan hutang akan memberikan motivasi kepada anda untuk menyelesaikan hutang yang lain.

IKLAN

80% Lelaki Tanggung Kekasih, Walaupun Terbeban Hutang

KAEDAH AVALANCHE

‘Avalanche’ bermaksud runtuhan salji. Anda boleh kaitkan maksud runtuhan salji dengan kaedah ini? Jika kaedah Snowball Strategy memfokuskan kepada hutang dengan baki terendah dahulu, kaedah ini pula menumpukan kepada anda untuk menghabiskan hutang dengan kadar faedah yang paling tinggi dahulu.

Anda jangan beri peluang kepada hutang untuk memakan diri anda sendiri. Contoh bagi teknik ini, ialah anda mempunyai hutang kredit kad dan pinjaman perumahan. Anda fokuskan wang anda kepada hutang kredit kad dahulu. Bayar secara minimum terhadap pinjaman perumahan anda, dan bayar sebanyak-banyaknya hutang kredit kad anda. Jangan berikannya peluang untuk terus caj anda dengan caj-caj yang lain.

Dengan kaedah ini juga, anda dapat mengurangkan kadar faedah yang dicaj kepada anda. Seperti tip saya di atas, apabila berhutang, jangan lihat kepada berapa yang perlu dibayar setiap bulan, tetapi lihatlah kepada berapa faedah dan tempoh yang perlu anda bayar. Terutama sekali, jika ianya hutang jahat, anda perlu pilih tempoh yang pendek dengan kadar faedah yang rendah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI