Wow, memang mencabar diet dalam tempoh masa yang lama. Namun segala penantian dan kesabaran pasti berbaloi!
Lutfi Syafiq, jejaka berusia 29 tahun Berjaya turunkan berat badan dari 115kg sehingga 82kg dalam masa setahun dua bulan.
Mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan kes yang berkaitan dengan Kesihatan Awam dan bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, Kedah membuatkan dirinya bertangunggjawab untuk menjaga pemakanan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Alhamdulillah, maintain #sukusukuseparuh ya semua. Banyak kalori dapat kita jimatkan.” Tulisnya di Facebook
Apabila ditanya apakah cara yang diamalkannya ketika diet, adakah dia melakukan apa-apa senaman tertentu, dia menjawab dia hanya menjaga pemakanan dan apabila beratnya sudah turun sehingga 94kg dia hanya mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan berjogging. Namun tidak konsisten.
“80% jaga diet sahaja, Masa berat atas 100kg cuma jaga makan. Bila bawah 94kg baru ada jogging tapi tidak terlalu konsisten.
“Masa berat 100 lebih sy sakit tapak kaki susah sikit nak exercise. Bila dah turun berat ni Alhamdulillah much much better. Boleh jogging tak sakit kaki dah.” Jelas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ini kepada Maskulin.
Malah dia turut mengingatkan orang ramai untuk kuatkan semnagat dan jangan berputus asa jika berat badan tidak menurun atau plateu.
Menurutnya teruskan diet seperti biasa cuma tambah senaman ringan sedikit. Pasti berat badan akan turun semula.
“Saya berat statik 94kg dalam 1 bulan. Tapi teruskan juga diet dan lepas tu turun sampai bawah 90kg.
“Nak diet jangan makan terlalu sedikit, nanti kempunan. Bila dah kempunan mula lah give up. Makan banyak semula lepas tu rosak diet.
“Jangan macam tu rugi. Yoyo nanti, makan tiap waktu makan utama (sarapan pagi, lunch dan dinner). Kalau dapat makan ontime lagi bagus untuk mengelakkan kita berlapar dan mula kempunan macam-macam.”Katanya lagi.
Buat individu yang ingin berjinak-jinak untuk kurangkan berat badan, dia turut memberikan beberapa tips pada pengikut Maskulin untuk mengikuti Diet plannya selama 3 bulan. Diet plan ini juga dirangka oleh isterinya, Nurrus Saadah Md Ghazali yang juga merupakan seorang Nutritionist yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Kulim, Kedah.
DIET PLAN 3 MONTHS CHALLENGE
1. 30 days no sugar challenge
2. 20 days eating on time challenge
3. 15 days no fast food challenge
4. 15days sukusukuseparuh challenge
5. 10 days no fatty food challenge
Malah dia turut memberi beberapa suggestion untuk orang ramai muat turun aplikasi mynutridiari untuk dijadikan sebagai panduan dan mengamalkan Diet Suku Suku Separuh. Menurutnya cara ini sangat berkesan selain dari menjaga kalori pemakanan.