Niat  mahu membeli kereta perlulah disusuli dengan langkah yang bijak. Utamakan terlebih dahulu fungsi kereta tersebut kepada kita.

Adakah pembelian kereta itu sekadar untuk menunjuk-nunjuk atau memang satu keperluan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Perkara ini amat penting kerana masykarakat seharusnya tidak berhadapan dengan isu ‘kering’ duit poket kerana terpaksa menanggung beban hutang yang terlalu tinggi.

Sehubungan itu, mari kenal pasti 8 tip yang perlu  diberi  perhatian   sebagai  pengguna  yang  bijak  :

  1. Ketahui status kewangan anda

Jangan terikut-ikut dengan orang. Seandainya gaji kita sekitar RM3,000, pastikan anda  mampu menguruskan pertambahan komitmen pembayaran kereta.

Buat pengiraan misalnya, komitmen terkini adalah RM1,000 (rumah) + RM800 (makan minum) + RM200 (internet dan bil telefon + RM150 (PTPTN) = RM2,150.

Jadi anda akan mempunyai baki sekitar RM850 sahaja. Dengan itu, anda perlu memastikan komitmen pembayaran kereta yang ingin diambil mestilah berada di bawah paras baki itu.

Juga fikirkan soal kecemasan. Jika anda memilih untuk mencari kereta dengan komitmen setinggi RM800 sebulan untuk sembilan tahun, akaun bank anda hanya tinggal RM50 sahaja selepas menerima gaji.

2. Deposit atau ‘duit muka’

IKLAN

Jika anda memilih pakej kereta dengan deposit 0 peratus, komitmen bulanan anda akan menjadi sedikit tinggi berbanding anda membayar wang pendahuluan sebanyak 10 peratus.

Pendahuluan 10 peratus itu membawa maksud sebagai contoh, sekiranya kos kereta baru berharga RM60,000, anda biasanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM6,000 terlebih dahulu sebelum anda menerima kereta tersebut.

3. Kereta tempatan atau import?

Bank meletakkan kadar faedah lebih rendah bagi kenderaan import seperti Ford dan Kia berbanding kenderaan nasional seperti Proton. Walau bagaimanapun, perbezaannya adalah amat kecil.

4. Margin pembiayaan

IKLAN

Sekiranya anda mampu bayar wang deposit yang lebih besar atau dengan lebih banyak, kadar faedah biasanya menjadi lebih rendah.

5. Caj pembayaran lewat

Sekiranya anda gagal untuk membuat bayaran seperti yang termaktub di dalam perjanjian Sewa-Beli (ponteng bayar), denda lewat bayar pada kadar 8% setahun akan dikenakan ke atas jumlah  ansuran tertunggak.

6. Penjamin

Pihak bank sekurang-kurangnya memerlukan anda mencari seorang penjamin bagi menyokong permohonan pinjaman pembelian kereta sekiranya mereka berpendapat komitmen anda sangat tinggi.

IKLAN

Penjamin adalah orang yang akan bertanggungjawab membayar bahagian yang belum dibayar pada pinjaman kita tadi, termasuk semua yuran dan caj faedah yang terkumpul, jika kita gagal menghormati perjanjian Sewa-Beli namun sebagai pengguna yang bijak, jangan khianati kepercayaan yang diberikan oleh penjamin.

Tahu-tahu enam bulan sudah tidak bayar dan penjamin pula yang terpaksa jadi mangsa.

7. Takaful

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kereta ‘dilindungi’ dengan betul. Bank biasanya perlukan kita mengambil perlindungan takaful komprehensif ke atas kereta sebelum meluluskan pinjaman.

8. Senarai dokumen

Dokumen biasa yang diperlukan semasa hendak menghantar permohonan pinjaman adalah seperti berikut :

  1. Tiga (3) bulan slip gaji terkini
  2. 1 salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
  3. 1 salinan lesen memandu yang sah (jika ada)
  4. 1 salinan buku bank / penyata akaun bank
  5. 1 salinan penyata KWSP terkini

Bagaimana? Kalau rasa sudah bersedia, selamat membeli kereta baharu..!!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI