8 Tip Berhenti Merokok Dengan Cara Sihat & Mudah, Ikut 8 Cara Doktor Ini Yang Penting Niat!

Share

Bagi perokok tegar, biar tidak makan nasi janji boleh menyedut asap daripada sebatang rokok. Lihatlah betapa hebatnya kuasa rokok itu. Setiap tahun harga rokok di negara ini akan naik, ia sekali gus membuatkan perokok merasa keinginan untuk berhenti. Tetapi percayalah hasrat untuk berhenti itu adalah sukar bagi mereka meskipun mengetahui merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah mendatangkan kemudaratan pada kesihatan mereka.

Menurut kajian dengan bantuan orang yang terdekat ia akan menjadikan hasrat untuk berhenti merokok adalah lebih mudah.Justeru itu minta bantuan orang tersayang terutamanya keluarga atau rakan-rakan dan doktor.

Perkongsian dari Dr. Ezairy M.Sallih ini sangat bermanfaat buat yang ingin berhenti merokok yang paling penting tanamkan niat nak berenti merokok tu.

 

Cara Nak Suruh Suami Berhenti Merokok

Anda berhadapan dengan ahli keluarga yang merokok?

Rasa susah untuk nasihat mereka? Sukar untuk berhenti?

Saya senaraikan beberapa langkah terbaik untuk menghentikan tabiat merokok.

 

1. Sedut minuman

Apabila kita menyedut minuman dengan menggunakan straw, ia akan mengganti dan membantu untuk menhenti keinginan menyedut rokok.

2. Mengunyah dan makan

Salah satu cara untuk melupakan kita dengan tabiat merokok ialah ambil apa-apa makanan. Kerapkan makan. Bagi mengelakkan kenaikan berat badan, ambil makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Kuantiti sedikit secara kerap. Ambil buah-buahan contohnya. Mengunyah chewing gum juga bagus.

3. Penuhkan jadual bulanan anda

Ini paling best! Buat jadual bulanan secara tetap. Sebelum masuk bulan baru, pastikan anda buat jadual harian selama sebulan. Padatkan rutin harian. Semakin sibuk anda, semakin lemah keinginan anda terhadap perkara lain seperti merokok.

4. Banyakkan aktiviti sihat

Berbasikal, bersukan dan berlari contohnya. Sibukkan diri dengan aktiviti sukan dan lasak akan menjadikan hidup lebih bermanfaat.

5. Ingat semula kenapa anda berhenti merokok

Tulis besar-besar di dinding, di pintu peti ais, di dapur dan di bilik. Letak gambar keluarga dan anak-anak. Anda pasti akan sentiasa bermotivasi dengan matlamat asal anda.

6. Simpan duit setiap hari

Jadikan amalan menyimpan wang yang selama ini anda guna untuk rokok dengan menyimpan di tabung. Kalau sebelum ini setiap hari beli sekotak rokok berharga sepuluh ringgit contohnya. Sekarang simpan nilai berkenaan setiap hari di tabung simpanan anda. Bila keinginan untuk merokok datang, lihat kembali berapa banyak wang yang telah anda simpan semenjak berhenti merokok.

7. Tulis semua trigger kepada merokok

Anda mesti tahu apa situasi yang menyebabkan anda akan merokok. Tulis dan senaraikan semuanya. Kenalpasti kelemahan anda. Elakkan ia. Tak guna kalau mampu berhenti tiga bulan tapi merokok semula hanya kerana perkara yang anda sendiri boleh elak.

8. Keep on track

Kekalkan momentum dan motivasi anda. Banyakkan hadiri program bermanfaat seperti ceramah agama, aktiviti bersama keluarga, create hobi baru. Semua perkara ini akan membuat anda terus konsisten dengan matlamat anda. Jangan putus asa!

Semoga bermanfaat. Saya doakan anda semua diberi kesihatan berpanjangan dan dikurnia keluarga bahagia.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Dr. Ezairy M.Sallih 

Via : Petua Ibu

 

Published by
Ruziana Zainal