8 Tanda-Tanda Utama Menunjukkan Seseorang Itu Menghidap Kanser Prostat

2402

Tahukah anda setiap 45 minit, seorang lelaki meninggal dunia akibat daripada kanser prostat?

Dan setiap tahun juga menyaksikan lebih 47 ribu orang lelaki di dunia didapati menghidapi kanser ini. Fakta-fakta ini dipetik daripada laman sesawang Prostate Cancer UK.

Jadi tak hairanlah penyakit merbahaya ini diberi nama sebagai antara ‘pembunuh’ utama golongan lelaki. Sejauh manakah anda sebagai seorang lelaki tahu tentang kanser prostat?

Kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2016 menerusi The American Cancer Society mendapati kanser prostat merupakan jenis kanser kedua paling tinggi mengakibatkan kematian lelaki di belakang kanser hati.

Sepanjang tahu tersebut sebanyak 180,890 kes kanser prostat telah dilaporkan dengan 26,120 mengalami kematian. Jadi berdasarkan fakta tersebut jelas di sini bahawa kanser prostat merupakan ancaman terhadap golongan lelaki.

APA ITU PROSTAT

Prostat merupakan kelenjar exocrine yang terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rectum. Kelenjar ini menghasilkan rembesan prostat yang akan berakhir di bahagian luar prostat dalam sistem pembiakan lelaki. Rembesan itu adalah cecair beralkali yang berfungsi melindungi dan menyediakan bekalan untuk sperma.

Di dalam prostat terdapat beribu-ribu kelenjar yang menghasilkan cecair putih beralkali seperti susu. Ia merupakan sebahagian daripada komponen air mani.

Dengan saiz sebesar sebiji kacang berangan ia bertambah saiznya mengikut peningkatan umur. Prostat mengelilingi uretra, salur kencing yang bermula dari pundi kencing dan berakhir di hujung kemaluan.

Ia berfungsi membawa air kencing dan air mani keluar dari badan. Penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) terjadi apabila kelenjar prostat membesar disebabkan hormon tidak seimbang sehingga mengganggu atau menutup saluran uretra.

BACA: Sakit Belakang? Ini Struktur Asas Tulang Belakang Yang Perlu Anda Tahu

APA ITU KANSER PROSTAT

Ramai lelaki cukup runsing akan ancaman kanser prostat. Walaupun mereka cuba menafikan namun jauh di sudut hati inilah antara penyakit yang ingin dielak. Jadi apa itu kanser prostat? Secara ringkas ia merupakan ketum buhan berbahaya yang bermula di dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan masalah dalam masa beberapa tahun.

Pada peringkat awal ia dikenali sebagai kanser prostat setempat dan tidak menunjukkan sebarang gejala nyata dan mungkin tidak berkembang menjadi kanser lagi.

PENYEBAB UTAMA

Masih banyak kajian yang sedang dilakukan terhadap kanser prostat. Sehingga kini penyebab utamanya masih lagi tidak diketahui. Cara untuk mengelakkan juga masih samar. Apa yang boleh dilakukan ialah mengenal pastinya dnegan lebih awal agar dapat diberikan rawatan sebelum ia semakin teruk. Namun terdapat tiga faktor yang dipercayai boleh meningkatkan pembentukan kanser prostat.

Pertama penigkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kela sumur yang lain. Kedua faktor genetik keluarga dan akhir sekali faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.

TANDA-TANDA KANSER PROSTAT

Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.

  • Masalah buang air kecil
  • Kerap buang air kecil
  • Kurang tekanan ketika membuang air kecil
  • Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
  • Kaki menjadi bengkak
  • Rasa tidak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
  • Sakit ketika mengalami ejakulasi
  • ‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak

RAWATAN

Terdapat tiga jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk pesakit kanser prostat.

Pembedahan
Pesakit mempunyai dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapy.

Terapi radiasi
Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser.

Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.

Jika anda mengalami simptom-simptom berikut janganlah berlengah lagi. MASKULIN nasihatkan agar terus mendapatkan rundingan daripada doktor pakar dan mencari solusi terbaik untuk rawatan lanjut.