8 Tanda Anda Silap Pilih Pekerjaan Yang Sering Orang Ramai Lakukan

Share

Tidak cukup ‘puas’ apabila di tempat kerja? Rutin harian anda seolah-olah hanya melepaskan batuk di tangga? Produktiviti pula ‘biasa biasa sahaja’?Namun begitu, kenapa anda masih kekal di kerusi duduk yang sama? Pemilihan karier menentukan jaminan masa depan anda. Jangan silap pilih kerja!

Silap langkah, anda hanya membuang masa, walhal banyak lagi pilihan di luar sana menunggu masa untuk disambar. Jika anda lambat, anda yang rugi.Jadi, jom kita amati 8 tanda anda silap pilih pekerjaan yang dijawat sekarang supaya anda boleh bersedia pada bila-bila masa.

1-TIDAK BERASA BANGGA
Pernahkah anda berasa tidak bangga dan gembira dengan apa yang kecapi di tempat kerja? Walaupun segala tugasan disempurnakan, anda tetap begitu jua. Atas faktor-faktor tertentu, anda teruskan jua. Jika begini, anda disarankan untuk berhenti dan cubalah kerjaya lain. Yang pasti, produktiviti anda pasti akan merudum jika anda sendiri tidak berbangga dengan segala hasil peluh yang telah diusahakan selama ini.

2) ‘ZERO LESSON’
Waspada jika anda mengalami krisis ini. Sudah hampir tiga empat tahun, namun jauh di sudut hati anda berasa kosong dan tiada output yang diterima bagi memantapkan prestasi. Apa jua yang anda lakukan. masih terpinga-pinga dan perlukan pemerhatian berterusan. Jika begitu, sudah tiba waktunya anda tinggalkan kerusi meja anda dan siap berkemas.

3) BUKAN SOAL GAJI?
Ya, pastinya soal gaji menjadi antara aspek utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Namun, jika gaji lumayan yang ditawarkan masih belum mampu menggembirakan anda, malah masih membuat anda gusar dan tidak tenteram, maka pastinya terdapat faktor lain. Selidikilah faktor-faktor tersebut dan peranginya sehabis baik. Jika masih tidak berjaya, apa lagi yang anda tunggu?

4) BERSENDIRIAN
Pernah merasa sunyi di tempat kerja? Walaupun anda dikelilingi rakan sekerja yang ramai, namun anda masih mengalami masalah pergaulan dan sukar untuk ‘masuk’ ke dalam kelompok tersebut. Berdasarkan kajian Office Network, komunikasi dua hala yang positif antara penjawat-penjawat lain dalam sebuah organisasi amat penting dan memberi kesan positif dalam gerak kerja serta prestasi secara keseluruhan.

BACA: “I Was Out Of My Mind “ – Hafeez Adam Cerita Kisahnya Bangkit Dari Sejarah Hitam

5) TIADA PERKEMBANGAN
Anda berada dalam pekerjaan yang salah jika tidak memiliki kesempatan untuk meningkatkan keupayaan diri atau tidak bisa mengambil apa-apa keuntungan daripada bidang yang anda ceburi. Pekerjaan yang sempurna ialah pekerjaan yang boleh memberikan laluan untuk anda berkembang dari segi intelektual, prestasi, output dan komunikasi dari semasa ke semasa.

6) DOMINASI MALU
Apabila anda keluar bersama rakan-rakan (bukan sepejabat), anda seolah-olah malu dengan pekerjaan yang dilaksanakan kini. Anda mencuba sehabis baik untuk tidak menyentuh sebarang topik perbualan mengenai kerjaya anda sekarang. Yakninya, anda didominasi oleh perasaan malu. Perasaan malu secara tidak langsung akan menghambat kemampuan diri untuk menjadi efektif serta bagi menjalin jaringan dengan dunia luar.

7) TERLEPAS PANDANG?
Sekiranya rakan sepejabat mendapat kenaikan gaji atau pangkat, sedangkan anda pula tidak (atau tidak berganjak), sedangkan anda yakin anda berhak (dari segi kelayakan, tarikh mula berkhidmat), maka ini juga petanda kemungkinan bahawa anda tidak akan kekal lama. Seolah-olah anda ‘terlepas pandang’ ditambah pula dengan politik pejabat serta conflict of interest,

ini menunjukkan pihak majikan tidak menghargai usaha anda. Maka, anda perlulah mencari alternatif lain.

8) MILIKI IMPIAN
Selama ini anda memiliki angan-angan menggunung untuk mencapai sesuatu, namun sukar untuk teruskan atas dasar dan tanggungjawab kerjaya sekarang yang tidak mengizinkan. Maka anda dinasihatkan untuk luangkan masa untuk mencari jalan merealisasikan impian anda itu. Cuba amati peluang pekerjaan sekarang, sama ada ia membantu dari segi pengalaman dan peluang atau tidak.

Purata pekerja yang berhenti selepas menjawat jawatan tertentu adalah seawal 30 hingga 45 minit dalam tempoh satu hari selepas mendapat tawaran yang lebih baik.

Dapatkan info dan fakta tentang lelaki di Facebook dan Instagram MASKULIN

Published by
L.A