Patutlah segak dan kacak mereka ini.
Rata-ratanya memulakan karier dalam pentas peragaan sebelum ‘terjun’ ke dunia lakonan. Seperti pelakon siri drama ‘berhantu’ Squid Game yang mencuri perhatian ramai, Ho-Yeon sebelum ini merupakan model sepenuh masa setelah tampil dalam program realiti Korea’s Next Top Model musim keempat.
Dia berjaya mendapat perhatian masyarakat di Korea setelah menempatkan diri sebagai naib juara. Dia kemudiannya mendapat tawaran berlakon dalam siri Squid Game apabila pengarah drama itu merasakan Ho-Yeon mempunyai aura dengan karakter Kang Seo-Byeok.
Namun begitu, sebenarnya ramai juga diantara pelakon Korea terkenal yang memulakan karier sebagai seorang model. Agak-agak korang siapakah mereka?
Jom kita lihat senarai dibawah:
1. Jun Ji Hyun
Ji Hyun sebelum ini terkenal sebagai model komersil dan pernah membintangi iklan Samsung yang menjadikan wajahnya popular di Korea Selatan. Selebriti ini menjadi terkenal sebagai seorang pelakon selepas membintangi drama My Sassy Girl pada tahun 2001.
2. Lee Jong Suk
Pelakon lelaki ini mula berjinak-jinak dalam dunia modeling seawal usia 10 tahun dan memuat debut sebagai model pada tahun 2005. Lee Jong Suk membuat debut lakonannya pada tahun 2010 dan mula mendapat perhatian menerusi drama Secret Garden.
3. Shin Min-Ah
Kalau korang nak tahu, pelakon trending Hometown Cha Cha Cha ini juga merupakan seorang model terkenal di Korea Selatan. Memulakan karier sebagai model pada tahun seawal tahun 1998.
4. Kim Woo Bin
Kim Woo Bin membuat debut sebagai seorang model pada tahun 2008 dan debut lakonannya pada tahun 2011 menerusi drama White Christmas.
5. Song Hye Kyo
Pelakon cantik ini mungkin memang ditakdirkan untuk mendapat tempat dalam industri hiburan kerana berjaya menjadi seorang model dan pelakon berbakat. Song Hye Kyo memulakan kariernya sebagai model, sebelum dia mula menerima watak kecil dalam drama pertamanya, First Love. Pelakon ini kemudiannya menempa nama dalam industri lakonan pada tahun 2000 menerusi drama Autumn in My Heart.
6. Nam Joo Hyuk
Memiliki ketinggian 6 kaki 2 inci merupakan kelebihan buat pelakon kacak ini. Nam Joo Hyuk pernah menyertai dan memenangi tempat pertama dalam pertandingan modeling dan membuat penampilan sebagai model pada tahun 2013 untuk koleksi SONGZIO Homme 2014 S/S.
7. Lee Sung Kyung
Memulakan karier sebagai model, selebriti wanita ini pernah menyertai pertandingan supermodel pada tahun 2008, sekali gus mendapat perhatian daripada jenama fesyen terkenal dunia seperti Gucci, Valentino dan Louis Vuitton. Lee Sung Kyung membuat debut lakonannya pada tahun 2014 menerusi drama It’s Okay That’s Love.
8. Jang Ki Yong
Dari Burberry, Dolce & Gabanna, Song Zio, Beyond Closet dan Studio K, model pentas peragaan inu melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Selepas beberapa kali membuat kemunculan sebagai cameo, Jang Ki Yong mula melakonkan peranan utama dalam drama Come and Hug Me, Search: WWW dan Born Again.
Artikel ini olahan dari Remaja.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI