8 Sebab Mengapa Perodua Bezza Merupakan Kereta Paling ‘Rahmah’ Di Pasaran

Share

Di sana sini cukup hebat diperkatakan tentang ‘Program Menu Rahmah’ yang dilancarkan baru-baru ini. Program yang khusus untuk membantu golongan miskin tegar dilancarkan dan disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub ini telah mendapat sambutan yang cukup baik.

Rata-rata semakin banyak peniaga menyahut seruan dan mula memperkenalkan ‘Menu Rahmah’ masing-masing pada harga RM5 ke bawah. Ia adalah satu inisiatif yang cukup baik untuk membantu golongan berpendapatan rendah bagi mengurangkan kos sara hidup.

Semoga program ini terus dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan harian. Selain golongan B40 lebih ramai golongan M40 turut terkesan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Perodua Bezza

Salah satu cara terbaik untuk berdepan kos sara hidup tinggi ialah dengan memilih kereta yang bersifat mesra bajet. Dan salah satu kereta yang paling bersifat ‘rahmah’ di pasaran ialah Perodua Bezza.

Buat anda yang mungkin kurang tahu tentang produk mantap dari Perodua ini, Bezza merupakan kereta sedan empat pintu yang dihasilkan Perodua. Ia telah dilancarkan pada 21 Julai 2016 sebagai rakan sedan kepada Perodua Axia.

Kini ia menjadi salah satu kereta Perodua yang paling laris di pasaran. Tahukah anda mengapa Bezza sering mendapat pilihan ramai. Berikut MASKULIN kongsikan 8 kelebihan yang anda dapat bila memilih Perodua Bezza.

Harga Murah

Salah satu tarikan terbaik Perodua Bezza ialah harga pasarannya yang cukup mampu milik. Untuk varian 1.0GX ia ditawarkan serendah RM35,789 sahaja. Manakala untuk varian paling tinggi 1.3AV pada harga RM51,650. Jadi bab harga, memang Perodua Bezza cukup murah berbanding kereta lain.

Maintenance Mampu Milik

Salah satu sebab mengapa produk Perodua menjadi pilihan ramai ialah kerana kos penyelenggaraan atau servis yang murah. Berbanding dari jenama import yang kebiasaannya hadir dengan kos lebih tinggi, Perodua Bezza tidaklah terlalu membebankan pemiliknya.

Bayar Bulanan Rendah

Bayangkan untuk keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000. Jadi untuk memiliki kereta pastinya harga ansuran bulanan yang tidak membebankan adalah tidak lebih RM500. Untuk Perodua Bezza harga bulanan paling rendah untuk varian paling basic pula hanya sekitar RM383 sahaja!

Bonet Besar

Berbanding kereta lain yang herga yang lebih kurang sama, Perodua Bezza mempunyai ruang simpanan yang agak besar. Jadi kalau nak angkut satu famili kecil balik kampung tidak perlu sakit kepala nak isi barang.

Boleh Pakai Lama

Disebabkan harga murah dan mampu milik boleh pakai lama. Pakai maksima sampai habis pinjaman pun tak terasa sangat. Jadi boleh pakai sampai 9 tahun tanpa tukar kereta baru.

Menyimpan Gaji

Komitmen bayar kereta tak tinggi jadi cash dalam tangan ada lebih banyak. Gunakan manfaat untuk melabur atau menyimpan dalam ASB. Setiap tahun dapat merasa dividen.

Mampu Melancong

Orang lain pakai kereta mahal tapi nak pergi melancong pun kena fikir banyak kali sebab komitmen nak bayar. Tapi pakai Bezza nak melancong pun tak jadi masalah. Duit gaji bayar kereta pun tak terasa sangat. Jadi boleh simpan untuk melancong sampai luar negara.

Jimat Minyak

Bezza merupakan natara kereta yang sangat jimat penggunaan minyak atau petrol. Kalau ikut Perodua setiap 1 liter minyak boleh bergerak sejauh 21 km!

Buat anda yang ingin mencari kereta kedua juga sangat disyorkan untuk miliki Perodua Bezza. Dengan kereta paling ‘Rahmah’ di pasaran Bezza mampu memberikan kelebihan yang MASKULIN nyatakan di atas.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim