8 Sebab Mengapa Jam ROLEX Sangat Mahal & Dianggap Item Mewah Bernilai

703

Bagi lelaki jam tangan bukan sahaja menjadi peranti yang hanya menunjukkan masa, tarikh atau info berkaitan persekitaran seperti cuaca dan sebagainya.

Jam tangan merupakan satu simbol status. Simbol yang secara tidak langsung memberi bayangan apakah kedudukan kewangan, kerjaya dan juga tahap kemewahan seseorang.

Walaupun ada sahaja yang sanggup berhutang demi menonjolkkan status rekaan imaginasi namun itu bukan persoalannya. Berbeza dengan kaum wanita yang memiliki pelbagai pilihan aksesori, lelaki hanya memiliki jam untuk menjadi hiasan di pergelangan tangan.

Dan bila bercakap tentang jam tangan mewah kita tidak dapat lari daripada membicarakan perihal jenama ROLEX. Berani MASKULIN katakan bahawa ROLEX merupakan jenama jam mewah paling dikenali di seluruh dunia.

Ia jenama yang dihormati, dikagumi dan diberi nilai sangat tinggi. Tahukah anda juga bahawa ia adalah jenama yang hanya menghasilkan jam.

Tapi apa yang membuatkan jam mewah ini sangat bernilai dan dipandang tinggi? Mungkin 10 perkara di bawah ada jawapannya.

1. MESIN MAHAL & BAHAN BUATAN

Bagi penggemar jam mereka mungin sudah tahu tentang fakta ROLEX menggunakan sejenis bahan besi yang tidak digunakan oleh orang lain. Dan tahukah anda tidak semua stainless steel itu sama. Ia datang dalam pelbagai jenis dan gred, dan jam ROLEX diperbuat daripada 904L steel.

2. MEMPUNYAI MAKMAL SAINS

Sebagai sebuah jenama jam mewah paling terkenal adalah satu perkara normal untuk mempunyai sebuah makmal sendiri. Namun gai ROLEX ia bukan sekadar makmal biasa. Ia bukan sahaja makmal untuk melakukan kajian tentang teknologi jam tetpai mencari inovasi teknik penghasilan jam yanglebih baik dari semasa ke semasa.

3. DIPASANG MANUAL DENGAN TANGAN

Jika anda menganggap pemasangan jam ROLEX dilakukan menggunakan mesin, anda sebenarnya silap. Buat pengetahuan anda pemasangan jam dilakukan mereka bermula dari langkah pertama hingga siap adalah menggunakan kemahiran dan skil manusia. Robot hanya digunakan untuk tugas-tugas asas seperti sorting dan sebagainya.

BACA: 6 Perkara Penting Dalam Memilih Jam Tangan Sesuai

4. HASILKAN EMAS SENDIRI

Ya, rolex hasilkan emas mereka sendiri. Kesemua emas dan platinum yang digunakan oleh mereka untuk menghasilkan jam adalah dihasilkan sendiri. Emas 24k yang digunakan mereka ditukarkan menjadi 18k kuning, putih atau everose gold.

5. TEKNOLOGI PELENGKAP KEMAHIRAN MANUSIA

Falsafah ROLEX adalah sangat jelas dan pragmatik. Jika hasil terbaik dihasilkan manusia jadi biar manusia yang lakukan. Jika menggunkan mesin lebih baik jadi biarlah mesin lakukan. Walaupun terkenal dengan tenaga mahir manusia tetapi ROLEX tidak pernah meminggirkan teknlogi. Antaranya robotic arm yang mampu melakukan kerja memerlukan konsistensi.

6. FASILITI KAWALAN KETAT

Hadir dengan status mewahnya jadi tidak menghairankan setiap fasiliti ROLEX mempunyai tahap sekuriti dan keselamatan yang sangat ketat. Malah pekerjanya sediri harus melalui pelbagai peringkat pemeriksaan keselamatan. Setiap perkara perlu melalui proses imbasan dan perlatan keluar masuk juga dikatalog dengan teliti.

7. PAKAR GEMOLOGIS

ROLEX sentiasa meletakkan stabndard yang sangat tinggi kepada pembekal bahan mentah mereka. Ia termasuklah bahan logam dan juga batu permata mewah seperti berlian, delima dan sebagainya. Untuk mengawa kualitinya, ROLEX mempunyai jabatan gemologikal sendiri yang menghimpunkan pakar-pakar perata. Apa yang mereka lakukan ialah memeriksa setiap permata yang mahu digunakan pada produk mereka.

8. SIAP MASA YANG LAMA

Tahukah anda seutas JAM rolex siap sepenuhnya selepas setahun? Benar ROLEX menghasilkan kira-kira sejuta unit jam setiap tahun. Namun tiada jalan pintas yang dilakukan untuk menyiapkan seutas jam. Mereka lebih mementingkan kualiti dan ketepatan. Dan setiap proses perlu dilakukan di bawah piawaian kawalan kualiti paling tinggi.

Sumber: ABLOGTOWATCH