Gaya Hidup

8 Sebab Kenapa Wanita Suka Membebel Yang Lelaki Harus Hati-Hati!

Share

Ada pasangan? Pastinya ada waktunya si dia membebel tak tentu fasal. Ada sahaja yang tidak kena di matanya dan anda pun sampai merasakan sangat annoyying.

Ketahuilah kalau anda mula rasa annoying, itulah hukuman batin yang sewajarnya anda terima kerana ada terlepas pandang sesuatu perkara melibatkan hati dan wanita.

Lebih sadis lagi, kalau anda dilabel langsung tidak memahami wanita dan cuma sweet pada awal pertemuan sahaja. Pastinya ia bukan cerita yang seronok untuk didengar, bukan?

Kenapa wanita membebel?

Sebenarnya terdapat banyak faktor kenapa wanita sangat suka membebel dan bebelan itu terpaksa ‘ditadah’ sang lelaki walaupun tanpa rela dan berdasarkan kajian awam, ini adalah antara sebab-sebab yang membuat wanita itu ringan mulut untuk membebel :

  1. Pasangan memang suka bercakap
  2. Akan menegur sesuatu yang dirasakan perlu
  3. Inginkan suatu kepastian
  4. Berasa diri tidak dihargai
  5. Berasa sunyi
  6. Berasa tertekan kerana penat
  7. Tempat untuk meluahkan rasa marah dan geram
  8. Sebagai tanda amaran

Apa lelaki kena buat?

Fahami jiwa dan perasaan mereka dengan cara yang paling sweet dan mengembalikan semula ketenangan di hati mereka seperti :

1. Jangan buat tidak tahu sahaja

Perkara yang paling wanita geram adalah apabila dia membebel, lelaki boleh pula buat tidak tahu sahaja.

Lebih teruk lagi, ada yang terus pakai earphone atau pasang radio kuat-kuat supaya suara wanita tenggelam dalam bunyi radio.

2. Berdiam diri jangan menjawab

Ada wanita yang membebel tetapi lelaki boleh pula mengeluarkan kata-kata kesat seperti, “Awak ni tidak ada kerja ke membebel sahaja!” Atau paling teruk, “Janganlah membebel sahaja, naik pening kepala saya ni!.”

Seboleh-bolehnya janganlah mengharapkan si isteri yang hanya berdiam diri ketika anda balik lewat, ketika anda bangun lewat atau ketika anda terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak membalas setiap pesanan ringkasnya.

Gunakan peranan ‘senyap’ sebagai reverse psychology. Fikirlah positif mungkin dia bimbang keadaan anda pada ketika itu.

3. Belajarlah memujuk

Biasanya wanita akan membebel jika ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. Sikap dan tingkah laku seseorang lelaki juga boleh menyebabkan si dia membebel tanpa sebab.

Jadi janganlah biarkan wanita merajuk sepanjang hari. Kalau boleh pujuklah dia dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hatinya. Wanita akan berasa dirinya dihargai setelah seharian penat menguruskan anak-anak dan keperluan rumah.

4. Jangan pandang remeh dengan perkataan ‘maaf’

Ucapan maaf tidak hanya tertumpu ketika Hari Raya sahaja. Kadang-kadang tingkah laku yang tidak disedari boleh menguris hati dan perasaan pasangan. Biarpun anda merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan, jangan pula ego untuk meminta maaf.

Kalau boleh elakkan bergaduh besar sebelum tibanya waktu tidur. Lelaki akan setia dengan egonya dan wanita pula janganlah turut ego. Sama-samalah bertolak ansur dan ‘cool’ demi sesebuah perhubungan yang baik dan bahagia.

5. Cuba tanya apa masalahnya

Pekalah dengan setiap perubahan yang berlaku kepada pasangan. Kalau muka si isteri berkerut seribu atau pertanyaan anda tidak berjawab, cubalah selidik apa masalah yang dihadapi.

Mungkin anda mengabaikannya atau lebih mementingkan anak-anak daripada dirinya atau perkataan anda menguris hatinya. Biarkan kemarahan itu reda dan jangan sesekali menyampuk atau memarahinya kerana membebel.

Published by
Akyem Samad