8 Rahsia Tiada Alasan Perut Rata Walaupun Anda Kuat Makan

Share

 

  1. Kawal pemakanan

Walaupun sudah jadi budaya kita untuk makan setiap kali keluar atau berjumpa kawan, cuba belajar untuk mengawal nafsu makanan yang masuk ke dalam perut. Apatah lagi jika isteri atau sekali-sekala pulang ke kampung, ibu kita pasti akan masakkan makanan yang sedap-sedap untuk anak kesayangannya. Pastikan keperluan makanan yang kita ambil dalam pinggan adalah diet yang seimbang dan berada dalam kuantiti yang sederhana.

 

  1. Kunyah makanan hingga betul-betul lumat

Kunyah makanan perlahan-lahan, iaitu sekurang-kurangnya 30 kali, namun terdapat hadith yang menyebut agar kita disarankan untuk mengunyah makanan 40 kali sebelum telan. Rasionalnya adalah supaya setiap makanan yang kita kunyah betul-betul cukup lumat supaya perut mudah memproses dan hadam dengan baik. Tambahan pula, rahsia di sebalik saranan ini adalah kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.

  1. Minum air secukupnya

Air menjadi bahan pengantara yang terbaik dalam badan. Minumlah sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari kerana badan yang tidak cukup air secara automatiknya akan merangsang fungsi enzim dan mengganggu proses penghadaman dan pencernaan. Tidak mustahil jika anda merupakan antara yang sembelit dan sukar untuk ‘membuang’ walaupun banyak makan sayur-sayuran atau buah-buahan.

 

  1. Minum sebelum atau selepas makan

Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan

enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman manis, berkarbonat, atau minuman berais kerana  ia akan menghalang sistem pencernaan anda. Sebaik-baiknya minum air kosong 10 minit sebelum makan dan ini akan membantu anda untuk makan dalam kuantiti yang sedikit atau minum sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan supaya makanan dapat turun dengan baik.

 

  1. Amalkan jadual ke tandas yang tetap setiap hari

Amalan ini secara tidak langsung akan membantu memberi laluan kepada badan menyingkirkan bahan toksin secara berkala dan memperbaiki sistem dalaman usus agar dapat bekerja dengan lebih baik. TANDA USUS ANDA BERADA DALAM KEADAAN BAIK IALAH APABILA ANDA DAPAT MEMBUANG AIR BESAR PADA SETIAP HARI.

  1. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

Amalkan pengambilan lebih banyak serat dalam sayur-sayuran termasuk ulam-ulaman serta buah-buahan kerana makanan tersebut mengandungi banyak nutrisi yang membantu melancarkan dan memudahkan proses pencernaan. Jika anda kurang menggemari makan buah atau sayuran begitu sahaja, boleh pelbagaikan dengan membuat salad ataupun jus buah-buahan.

BACA INI JUGA

http://www.maskulin.com.my/2018/02/13/sarapan-dengan-roti-dan-telur-lunch-makanan-dibakar-dinner-ikan-dan-sayur/

7.Produk tenusu

Selain serat dan protein, produk tenusu juga baik untuk perut seperti susu kultur, yogurt, dadih dan keju.

 

  1. Bersenam selalu

Rajin-rajinlah bersenam dan melakukan aktiviti riadah kerana tindakan ini akan merangsang badan mencapai fungsi sebenar dan menggalakkan proses pencernaan. Selain itu membantu memecahkan lemak, mendapatkan berat badan ideal, menguatkan jantung dan melancarkan lagi sistem peredaran darah.

Layari ini juga

http://www.maskulin.com.my/2017/10/24/jangan-lakukan-5-teknik-senaman-ni-kalau-nak-perut-berotot-sixpack-idaman-kamu-menjadi/

 

 

Published by
Kim Rahim