8 Rahsia Anda Boleh Makan Banyak Tapi Badan Kekal ‘Maintain’ & Tak Gemuk

Share

Mesti anda tertanya-tanya kenapa ada orang makan banyak tapi badannya tak gemuk dan kekal langsing. Padahal kalau anda pula makan sedikit tapi mudah sahaja berat naik mendadak.

Sebenarnya semua itu bergantung pada metabolisme dalam badan seseorang. Tidak dinafikan setiap orang mempunyai metabolisme yang berbeza-beza yang dapat mengubah makanan menjadi tenaga dalam tubuh.

Untuk memastikan anda boleh makan banyak dan mendapatkan berat badan idaman, ada rahsia yang anda perlu ikut. Ini 6 rahsianya.

1. Banyakkan pengambilan protein

Tubuh yang mempunyai sumber protein akan lebih mudah membakar kalori berbanding tubuh yang banyak lemak ataupun karbohidrat. Oleh itu penting untuk anda memilih makanan yang kaya dengan sumber protein yang rendah lemak misalnya daging merah, ayam, ikan, tauhu dan kekacang.

BACA: Sarapan Nasi Atau Roti, Mana Satu Buat Badan Jadi Kembang? Doktor Beri Jawapan

2. Jangan lupa sarapan

Ini merupakan perkara yang sangat penting jika anda tak mahu gemuk, namun masih ramai yang sering mengabaikannya. Walaupun sarapan perlu diambil, namun bukan bermakna anda boleh makan secara keterlaluan. Cukup seadanya untuk mengawali proses metabolisme agar tubuh anda mempunyai tenaga untuk bekerja sepanjang hari sebelum tiba waktu makan tengah hari.

BACA: Wanita Ini Kongsi Waktu Makan Yang Betul Untuk Nak Diet & Maintain Kurus!

3. Makan kerap tapi kuantiti sedikit

Elak membiarkan perut anda kosong selama 3-4 jam kerana ia boleh menurunkan metabolisme dalam badan anda. Sebaiknya makanlah lima kali sehari dalam kuantiti yang sederhana dan pilihlah makanan yang kaya dengan sumber protein. Makan banyak akan membantu kadar gula darah tetap normal dan menjaga tubuh badan agar tak gemuk.

BACA: Kalau Nak Buang Lemak, Ini 5 Jenis Teh Kurus Yang Bagus Untuk Anda Minum!

4. Biasakan minum teh hijau

Khasiat teh hijau memang tak boleh kita sangkal. Selain untuk kecantikan kulit, teh hijau juga dapat membantu menurunkan berat badan. Menurut kajian, kandungan Epilgallocatechin Gallate (ECGC) dalam teh membantu membakar lemak lebih cepat dan mengurangkan nafsu makan. Syarat untuk kurus, ambillah teh hijau tanpa gula dan minumlah dalam keadaan panas pada waktu pagi dan menjelang waktu makan.

BACA: Ikut 8 Waktu Terbaik Ini Untuk Minum Air Putih, Barulah Berat Mudah Turun!

5. Banyakkan minum air masak

Agar badan tak gemuk, rahsianya anda kena banyak minum air masak dan bukannya air manis berperisa, apatah lagi air bergas. Ambillah air masak sebanyak yang mungkin kerana ia mempercepatkan tubuh anda menyingkirkan kekotoran dan lemak dari dalam tubuh.

6. Kunyah secara perlahan-lahan

Kajian saintifik menunjukkan orang yang makan dengan kadar yang cepat mempunyai berat badan yang lebih berbanding orang yang makan secara perlahan. Bila anda mengunyah secara perlahan, makanan akan lebih mudah hadam dan ia memberi signal kepada otak bahawa perut anda sudah kenyang. Sebaliknya jika anda tidak mengunyah makanan dengan sebaiknya, ada lebih banyak kandungan kalori yang tidak diserap di dalam tubuh di mana sisanya akan berkumpul dan akhirnya menjadi lemak.

7. Selalulah berjalan kaki

alan kaki adalah salah satu bentuk senaman ringan yang terbukti untuk menurunkan berat badan. Menurut kajian, berjalan kaki secara santai selama 30 minit dalam sehari dapat membakar 75 kalori. Apabila anda menambahkan kecepatan dan tempohnya tentu makin banyak kalori yang akan dibakar.

8. Ambil sup sebelum makan nasi

Anda mahu kenyang walaupun hanya makan nasi sedikit? Jika ya, mulakan pengambilan meal anda dengan sup, sebaiknya sup sayuran-sayuran bersama protein. Apabila anda mengambil sup sebelum makan nasi, ia akan membuatkan perut anda rasa penuh dan kenyang. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan jumlah nasi yang anda nak ambil.

BACA: 8 Manfaat Jika Amalkan Senaman Plank Setiap Hari, Antaranya Boleh Bentuk Sixpack!

8. Lakukan senaman secara teratur

Selain berjalan kaki anda juga harus melakukan senaman secara teratur agar tubuh lebih segar dan yang paling penting, tubuh mampu membakar jumlah kalori. Menurut kajian yang Applied Physiology, Nutrition, and Metabolism, dalam seminggu ideal untuk seseorang melakukan senaman adalah selama 150 minit agar tubuh anda sihat dan berat badan berada pada angka normal.

Published by
Roselinda