Bagi mereka yang pertama kali nak beli rumah, sudah semestinya masih kabur tentang cara beli rumah pertama mereka. Lagi-lagi bagi golongan muda, bukan mudah dan selalu orang beli rumah, mungkin sekali sahaja dalam seumur hidup lagi-lagi dengan kos sara diri yang kian meningkat kini.
Oleh kerana kurang pengalaman, maka kebanyakan orang kurang arif dalam proses pembelian rumah yang sebenar. Jadi kali ini kami kongsikan nota ringkas yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir di Facebooknya tentang tip pinjaman bank yang mudah diluluskan untuk membiayaan perumahan korang.
Antara sebab bank tolak pemohonan kita adalah:
Bank akan memberi pinjaman perumahan pada mereka yang mampu dari segi kewangan. Pastikan tiap bulan ada lagi simpanan dalam akaun bank. Jangan tinggal berbelas Ringgit je tiap akhir bulan. Jangan buat hutang jahat dan hutang yang tak perlu.
Komitmen hutang janganlah terlalu tinggi. Biar DSR bawah 60%. Ansuran PTPTN pun tak nak bayar, mana mungkin bank nak luluskan pinjaman perumahan korang. Tabiat menyimpan pun penting.
Buatlah perbandingan terlebih dahulu kalau nak lakukan pinjaman. Laman iMoney.my, memang terbaik sebab kita boleh buat perbandingan pinjaman peribadi dengan cara terpantas dan mudah je!
Mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman yang tak begitu cun. Tambah pula tak berdisiplin untuk membayar balik pinjaman yang telah dibuat.
Kalau teruskan, sampai bila-bila pun loan korang susah nak lulus.
Rekod ni boleh disemak di Bank Negara Malaysia, atau secara online di www.creditbureau.com.my.
Cuba semak rekod CTOS sebelum buat permohonan. Biasanya ramai tak sedar mereka kena CTOS disebabkan jadi penjamin.
Ada juga yang menjual kereta pada kawan, dan suruh kawan sambung bayar. Kawan tu tak bayar. Nama dia (penjamin) kena blacklist.
Bank tak suka orang yang tak mempunyai dokumentasi yang lengkap. Pegawai bank yang uruskan pinjaman mungkin ada 40 hingga 50 permohonan perlu disemak. Kalau dokumen tak lengkap, amat menyusahkan pegawai itu.
Sediakan maklumat peribadi, pendidikan, tempat kerja, pengalaman kerja, nombor telefon pejabat, surat pengesahan kerja, dan sebagainya dengan lengkap.
Dengan ekonomi yang tak menentu, amat penting bank menyemak di mana kita bekerja. Perkara yang akan diambil kira seperti pengalaman kerja dan tempoh bekerja. Jika kerja kurang setahun, kepilkan surat lantikan ataupun surat tawaran kerja korang tu.
Jika bekerja di sektor kerajaan atau syarikat besar mungkin tak ada masalah. Kestabilan tempat kerja kita juga diutamakan.
Senaraikan dengan lengkap:
Kalau yang ni kita buat sambil lewa saja, ada potensi permohonan kita bakal ditolak.
Kebanyakan pinjaman perumahan ditolak kerana rumah tu berada di pedalaman atau tempat terpencil. Kurang mendapat permintaan. Bank juga akan menolak pinjaman perumahan daripada pemaju yang disenarai hitam oleh Kementerian dan agensi berkaitan.
Skor kredit berdasarkan analisis dan tahap pembayaran balik kita berdasarkan rekod CCRIS. Ia menunjukkan kita bijak menguruskan wang.
Antara yang dinilai adalah rekod CCRIS, kad kredit lebih had penggunaan, corak pembayaran balik, bilangan kad kredit, dan sebagainya.
Sumber: Amir Syahir