Sedar tak sedar, sudah seminggu kita berpuasa. Persiapan raya dah ready ke? Mesti anda tak sabar nak buat persiapan raya walalupun masih berbaki tiga minggu lagi. Yelah, takut last minute!
Rata-rata mesti di hujung minggu anda sudah sibuk dengan pelbagai persiapan raya. Mahukan tidak, hujung minggu inilah waktu terbaik melakukan persiapan raya bersama ahli keluarga.
Bagi yang belum ada idea nak buat apa, ini antara persiapan raya yang boleh anda jadikan checklist. Manalah tahu kot-kot ada yang terlepas daripada checklist ini.
Anda memang jenis suka buat biskut raya sendiri setiap tahun. Tak pernah beli dekat luar sebab nak tetamu yang datang rasa kelazatan air tangan anda. Mungkin boleh selit order untuk tahun depan.
Biasanya time nak raya macam ni, kedai hardware akan bagi harga promotion. Baik dari cat rumah, sampailah kepada lampu kelip-kelip. Jadi ini adalah masa yang sesuai beli barang dengan harga murah.
Takkan nak tunggu seminggu nak raya baru tebas rumput atau sapu daun-daun kering yang semakin bersepah tu.
Kerusi dan meja dalam rumah pun dah boleh start susun atur dengan gaya serta konsep baharu. Tapi kalau anda yang jenis tak kisah, “Tahun lepas kedudukan kerusi meja dia macam ni jugakkan?”, tak buat apa-apa pun tiada masalah.
Tukang jahit biasanya dah tutup order jahit baju raya awal-awal lagi. Biasanya sebulan sebelum Ramadan dah tutup. Sebabnya akan ada banyak order yang masuk. Jadi kalau anda antara yang tempah awal, bolehlah berkunjung temui tukang jahit untuk ambil baju raya awal-awal jika dah siap. Kalau tak, beli jer awal-awal.
Cuti ada masa banyakkan? Bukannya ada nak pergi makan mana-mana pun. Jadi ambil kesempatan ini untuk servis kereta anda di bengkel yang sah serta dipercayai. Semoga perjalanan balik kampung nanti selamat.
Berkunjunglah ke surau atau masjid yang berdekatan untuk menunaikan zakat fitrah. Jangan bagi alasan tiada masa dan terlupa.
Ini memang rare! Mana-mana yang ada kawan-kawan berhutang dah lama tapi buat-buat lupa sedangkan hari-hari upload makan sedap-sedap time berbuka puasa, rasanya anda dah boleh start tagih hutang daripada dia kot.
Ada lagi tak yang Maskulin tertinggal untuk disenaraikan? Kalau ada Kongsikan bersama kami.