Bila bercakap pasal mercun ni, macam-macam perangai yang kita dengar, dan macam-macam cara anak-anak muda bermain mercun. Pasti anda terkenang zaman anda bermain mercun dahulu kan? Selalunya mercun dijual diawal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Syawal. Apa yang menariknya pasal mercun ni, ia keluhatan cantik apabila di ruang udara, dan bunyinya yang kuat pasti akan buat anda teruja. Namun, permainan mercun kini telah diharamkan dijual di pasaran terbuka kerana terdapat banyak kejadian kanak-kanak putus jari dihari raya. Disini kami listkan kepada anda mercun yang masih boleh di main namun haruslah berhati-hati.
1. Mercun Lebah
Seperti namanya, bila dihidupkan mercun ini akan mengeluarkan bunyi dan bergerak seperti seekor lebah. Boleh dimainkan oleh kanak-kanak dengan pengawasan orang dewasa.
2. Mercun Gasing
Mercun ini sebesar duit syiling 20sen. Apabila dibakar, ia akan berputar seperti gasing dan mengeluarkan putaran api. Sesuai dimainkan pada waktu malam. Mercun ini tidak akan meletup dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak. Cuma perlu berhati-hati pada percikan api nya.
3. Mercun Lidi
Ads
Juga dikenali dengan nama Mercun Rocket. Mercun ini perlu dihalakan keudara sebelum dibakar. Mercun ini akan meletup ketika sampai pada sesuatu ketinggian. Selalunya kami akan mencucuk mercun ini pada tanah sebelum dibakar. Tetapi jika anda hebat, anda boleh memegang mercun ini sebelum dilancarkan ke udara.
4. Mercun Mancis
Mercun ini dinyalakan dengan menggesek seperti menghidupkan batang mancis. Muncung mercun akan menyala dan berasap beberapa saat sebelum meletup. Namun mercun ini ada bahayanya, kdang-kadang ia tidak menyala dan meletup secara tiba-tiba. Jika anda tidak sempat membaling mercun ini, bersedialah untuk tangan anda cedera. Tip untuk mengurangkan kecederaan – sila pakai sarung tangan sebelum bermain.
5. Mercun Papan
Ads
Mercun ini selalu dilihat pada perayaan Tahun Baru Cina. Bunyi yang dikeluarkan agak kuat dan tempoh letupan bergantung kepada panjang mercun tersebut. Pernah sekali kami membakar mercun ini dan mengambil masa sehingga 20minit untuk habis meletup.
6. Mercun Ketupat
Rupanya seperti ketupat. Bunyi yang dikeluarkan sangat kuat sehingga boleh menyebabkan anda hilang pendengaran untuk beberapa saat. Merbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan. Jika gagal dibaling dengan kemas boleh menyebabkan jari-jemari anda putus.Jadi untuk bermain mercun ini hanya yang pro je boleh main, yang lain tu, tengok je boleh.
Ads
7. Mercun Bola
Ini adalah mercun kegemaran ramai orang Letupan yang sangat kuat. Di kebun mercun ini digunakan untuk menghalau Khinzir Hutan yang merosakkan tanam. Di bandar, sewaktu bermain, mungkin anda akan dimarahi jiran. Tapi raya kan setahun sekali. Ia juga disifatkan sebagai bahaya, jadi hati-hati apabila bermain.
8. Mercun Bateri
Mercun ini bila dibakar akan menghasilkan bunyi yang kuat dan percikan bunga api. Mengikut saiz yang tertentu, 5 x 5 akan mengeluarkan 25 das percikan bunga api. Percikan di angkasa menghasilkan warna-warna yang cantik.Ia sesuai untuk seisi keluarga menonton di hari raya, seolah-olah sedang menonton upacara penutup sukan ataupun tanggal 31 Ogos setiap tahun!
Sumber: TheVocket.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama jam terkemuka, Casio mengeluarkan tambahan baharu kepada varian jam tangan kalis hentakan, G-Shock. MUDMASTER GWG-B1000 yang kalis debu dan lumpur ini menampilkan komponen luaran logam untuk reka bentuk yang kukuh dan kuat.
Sejak G-SHOCK pertama kali dikeluarkan pada tahun 1983, Casio terus memperkenalkan fungsi, struktur dan
kemajuan reka bentuk kepada rintangan hentakan yang luar biasa. Antara semua jam tangan G-SHOCK, rangkaian Master of G direka untuk digunakan dalam keadaan yang lasak telah terbukti terkenal untuk ketangguhan yang unggul.
GWG-B1000 baharu, tambahan kepada rangkaian Master of G, direka untuk persekitaran berpasir dan kotor. Bahagian luar logam yang teguh mengekalkan ketahanan hentakan G-SHOCK dalam reka bentuk ranggi dengan bentuk pelbagai dimensi yang menarik perhatian.
Bahagian pelindung pada kedudukan jam 12 dan 6 melindungi kaca jam yang biasanya paling mudah terkena hentakan, dan ia dsaluti karbon seperti berlian (DLC) untuk rintangan lelasan yang lebih mantap.
Jam tangan ini juga menampilkan fungsi yang diperlukan oleh pengguna misi darat untuk melaksanakan usaha mereka. Ia adalah G-SHOCK pertama yang dilengkapi dengan penderia tiga kali ganda yang mengukur galas kompas, ketinggian/tekanan barometrik, dan suhu, serta pengecasan suria dan penerimaan gelombang radio
yang turut disertakan dengan sambungan telefon pintar.
Apabila jam tangan disambungkan dengan telefon pintar, aplikasi khusus pada telefon menawarkan pengendalian mudah pelbagai ciri berguna, termasuk Penunjuk Lokasi, yang menunjukkan tangan penunjuk dail inset ke arah lokasi yang direkodkan pada peta dalam aplikasi, dan Log Misi yang merekodkan sejarah aktiviti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila bercakap tentang penjagaan rambut panjang mungkin ramai di antara anda memikirkan tentang produk-produk kecantikan wanita.
Tapi sebenarnya bukan wanita sahaja yang begitu teliti dalam penjagaan rambut. Begitu juga dengan lelaki. Kalau suatu ketika dahulu imej berambut panjang terlekat dengan stigma negatif, tetapi sekarang sudah banyak berubah.
Malah sudah banyak lelaki yang menceburkan diri dalam profesion profesional bergaya dengan rambut panjang. Tapi adakah penjagaan rambut panjang untuk golongan lelaki berbeza dengan wanita?
Sejujurnya ia tidaklah jauh berbeza tetapi disebabkan lelaki lebih mudah berpeluh dan terdedah dengan pelbagai aktiviti harian yang lasak mungkin cara penjagaan itu sedikit lain.
Anda yang berambut panjang atau berkira-kira nak simpan rambut boleh amalkan 6 tip di bawah!
Produk Sesuai
Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.
Cuci Cara Betul
Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam. Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.
Guna Sikat Yang Betul
Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang. Mula menyisir pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.
Kurangkan Guna Curling Iron & Dryer
Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.
Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.
Diet Seimbang & Minum Air Cukup
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Drama bersiri Nur yang sedang hangat diperkatakan sepanjang bulan puasa ini mendapat perhatian netizen menerusi salah satu adengan episod 16 semalam. Salah satu adengan dimana watak yang dipegang oleh Nurkhiriah menuduh Amyra Rosli menyihir keluarganya dengan memasukkan sesuatu di dalam masakan sup. ini adengan tersebut:
Rata-rata memberi komen lucu berkenaan sup bunjut yang dikatakan alat untuk menyihir seseorang.
Syafiq Kyle selaku pelakon utama juga tidak melepaskan peluang untuk turut bersama ‘membahan’ adengan ini menerusi laman Twitternya.
Terbaiklah penulis skrip dengan pengarah drama ni. Pelakon pun tak boleh nak tahan gelak. Drama Nur lakonan Shafiq Kyle dan Amyra Rosli ini telah bermula episodnya pada 14 Mei, lalu. Bersiaran selama 19 episod di Slot Samarinda TV3. Drama Terbitan Radius One Sdn Bhd dan pengarah Shahrulezad Mohameddin. Ada lagi 3 episod ni, make sure anda tengok ye!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.