Penyakit 3 serangkai akan hadir tanpa diminta dan tak kira usia. Sejauh mana anda menjaga makanan anda pun, ia terap akan hadir. Sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, biasanya akan menyinggah hidup seseorang dalam usia 50an keatas. Namun, jika anda ke klinik atau hospital, pasti mereka akan memberi ubat agar kawalan dapat dibuat. Tentunya ketika ini anda akan meraung kesedihan kerana tidak tahu mengawal pemakanan dan kesihatan anda apabila menerima ubat yang jarang anda makan.
Bahan alami yang segar dari tanah sebenarnya mampu merawat sakit anda. Meskipun ia tidak boleh memulihkan anda seratus peratus, namun ia dapat mengurangkan kesakitan anda, dan membuatkan anda rasa hidup ini lebih bermakna! Ini antara bahan-bahan yang boleh anda makan, untuk mengelakkan daripada mendapat darah tinggi yang kurang memuaskan.
Akar Beet (Beetroot)
Buah beet mungkin sukar untuk dilihat di mama-mana pasar raya utama, namun jika anda terjumpa, jangan lupa untuk membelinya. Ia merupakan makanan yang kaya dengan nitrate, dimana sebatian kandungannya mampu merehatkan alteri anda. Jika anda menjadikan Beetroot sebagai jus, ia boleh mengurangkan tekanan darah tinggi anda 4010mm dalam masa beberapa jam selepas pengambilan.
Bawang putih
Secara jangka panjang, bawang putih boleh mengurangkan kadar kesakitan pada badan termasuk tekanan darah tinggi anda. Ia merupakan makanan harian yang kaya dengan Allicin yang aktif mampu untuk membuatkan badan anda terpelihara daripada sakit yang melampau. Jadi, nikmatilah bawang putih dengan penih nikmat.
Ads
Minyak ikan
Minyak ikan bagus untuk proses pemulihan tekanan darah tinggi anda. Ini kerana minyak ikan mempunyai omega-6, omega-3 yang bukan saja membantu anda untuk mengelakkan dari tekanan darah tinggi, malah boleh mengawal diet anda.
Kopi Hijau
Maskulin pernah mengeluarkan khasiat kopi hijau yang mengandungi Chlorogenic acid yang dipercayai mampu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ketara selepas 12 minggu pengambilan.
Kale mempunyai nutrisi pemakanan yang unik, kaya dengan magnesium, potassium dan vitamin C. Kajian itu menunjukkan bahawa kedua-dua kalium dan vitamin C meningkatkan penurunan tekanan darah magnesium dalam badan anda.
Kacang Gajus dan Badam
Ads
Tahap magnesium rendah sangat berkait rapat dengan tekanan darah tinggi. Menggantikan kekurangan magnesium dapat membantu dalam mencegah tekanan darah tinggi yang sangat ketara. Kacang dan badam mempunyai magnesium yang sangat tinggi!
Green Tea
Carechin dalam teh hijau telah menunjukkan peningkatan diameter arteri sehingga 40%. Ini meningkatkan aliran darah dan mengurangkan tekanan darah!
Minyak Zaitun
Pengambilan minyak zaitun yang kerap dikaitkan dengan manfaat kardiovaskular selama bertahun-tahun. Kajian kecil menunjukkan minyak zaitun tambahan boleh mengurangkan tekanan darah dengan ketara berbanding minyak bunga matahari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak tahun lalu, berbasikal dilihat berkembang menjadi aktiviti yang sangat popular. Pelbagai bentuk basikal kini mula jadi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk dijadikan sebagai aktiviti kecergasan, hobi serta senaman.
Penglibatan ramai selebriti di dalam aktiviti berbasikal juga menjadi salah satu penyumbang popularitinya. Maka tidak hairanlah ia kini menjadi trend hangat. Sehinggakan ada yang dikatakan jadi mangsa ‘trend’.
Tapi sebenarnya salahkah untuk kita ikut trend?
Bagi MASKULIN, tidak salah kerana ia satu perkembangan yang baik kerana berbasikal merupakan antara aktviti yang sangat menyihatkan. Cuma apa yang penting perlu menitik beratkan aspek keselamatan dengan perlatan sesuai dan mematuhi peraturan jalan raya.
Jika anda masih baru dan cuba berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal ada beberapa perkara perlu anda ambil tahu. Usah main beli dan kayuh semberono sahaja ya. Ikuti beberapa tip penting buat newbie berbasikal.
KETINGGIAN SESUAI
Buat newbie berbasikal salah satu perkara penting perlu mereka tahu adalah memilih ketinggian semasa berbasikal dengan betul. Ketinggian yang tidak sesuai boleh menyebabkan lutut sakit dan cedera. Ini adalah antara kesilapan sering dilakukan oleh orang-orang baru.
USAH TERLALU GOPOH
Gopoh yang MASKULIN maksudkan di sini ialah dari segi membeli peralatan dan basikal yang canggih dan mahal. Ingat apa yang paling penting ialah anda berada di atas jalan melakukan kayuhan. Guna peralatan yang sesuai untuk newbie seperti anda. Asalkan lengkap dengan helmet pun sudah okay.
Memilih basikal yang sesuai untuk jenis aktviti kayuhan juga penting. Sebagai contoh jika ingin melakukan kayuhan di kawasan bandar anda boleh memilih road bike atau basikal lipat. Mendapatkan saiz basikal sesuai dengan saiz badan anda juga sangat penting.
JAGA BASIKAL
Bila sudah aktif berbasikal usahlah diabaikan pula kondisinya. Perkara rutin seperti memasikan rantai basikal tidak berkarat dan sentiasa ada gris pun sudah memadai.
UKUR KEMAMPUAN DIRI
Buat newbie berbasikal usahlah terlalu gopoh untuk melakukan kayuhan jarak jauh. Usah terlalu teruja untuk ikut grup rakan-rakan anda yang sudah lama dan old timer. Pastikan anda sudah bina stamina dan cukup pengalaman untuk lakukan kayuhan jarak jauh.
Menggunakan basikal perlulah bijak untuk mengendalikan gear dengan sesuai. Sebagai contoh ketika mendaki bukit. Penggunaan gear sesuai membantu anda melakukan kayuhan lebih baik.
BERBASIKAL DALAM GRUP
Apabila sudah cukup sedikit pengalaman dan kemahiran anda boleh menyertai aktiviti kayuhan secara berkumpulan. Namun anda harus bijak untuk menjarakkan diri dengan rakan-rakan dan mematuhi peraturan jalan raya. Buat newbie, usah teruja untuk berada di barisan hadapan. Kayuhlah di belakang dan perhatikan apa yang rakan-rakan lakukan.
MINUM AIR SECUKUPNYA
Melakukan kayuhan boleh membuatkan anda berasa haus terutamanya dalam cuaca yang panas. Pastikan anda sentiasa membawa air minuman dan sedikit snek yang boleh memberi tenaga segera.
Anda boleh dapatkan aksesori basikal yang murah dan berpatutan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
1.Frekuensi pembasuhan rambut bergantung kepada ketebalan rambut.
Jika anda mempunyai rambut yang lebat atau kasar, anda boleh membasuh rambut anda dua hari sekali atau dua kali seminggu. Namun, jika anda mempunyai rambut yang lembut, anda patut membasuhnya setiap hari. Selang selikan penggunaan syampu yang anda biasa gunakan dengan perapi yang diformulakan untuk melebatkan rambut untuk mengekalkan minyak semula jadi rambut anda
2. Gunakan air yang bersuhu rendah
Jika anda mandi dengan menggunakan air yang terlalu panas, folikel rambut anda akan mudah terbuka dan menyebabkan rambut anda mudah kering dan rosak. Gunakan air yang bersuhu agak suam untuk membasuh dan merapikan rambut anda. Kemudian, basuhkan dengan air bersuhu rendah untuk menutup folikel rambut anda dan memberikannya sinar.
3.Gunakan syampu sebesar duit syiling sahaja.
Rambut anda tidak perlu dilitupi sepenuhnya dengan buih hanya untuk memastikannya benar-benar bersih. Sebaliknya, tumpukan pada bahagian akar rambut. Urut lembut dan gunakan air untuk membantu meratakannya. Biarkan selama seminit dua.
4. Jangan kerap tukar jenama syampu
Tukar syampu anda, setelah habis, gunakan semula syampu dari jenama yang sama. kalau asyik bertukar nanti rambut anda tidak konsisten dna mudah rosak.
5.Cuba gunakan ‘hair mask’
Apa kata anda cuba gunakan ‘masker rambut’ untuk menggantikan peranan perapi rambut. Masker rambut memberi rambut anda perlindungan dan hidrasi. Jika anda mempunyai rambut yang kasar, anda boleh meratakannya ke seluruh bahagian kepala, tetapi jika rambut anda lembut, tumpukan hanya pada bahagian hujung rambut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara perkara penting dalam pemakanan untuk sakit gout ialah lebihkan pengambilan makanan bersifat alkali.
1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih, daun saderi/sup, atau buah ceri (dos rawatan gout: 25 biji sehari), atau cuka epal 1 sudu besar selang sehari. Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout. Juga boleh amalkan Alfalfa kerana ia tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah. Daun pasli pula adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.
2. Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah.
3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / organic kerana ayam kampong kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.
4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran, dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB).
5. Ganti gula pasir putih dengan gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, gula kelapa asli.
6. Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Kurangkan penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Jangan guna minyak goreng lebih lebih daripada 3 kali penggunaan.
Petua Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.