8 Langkah Pertolongan Cemas Boleh Selamatkan Nyawa Mangsa Serangan Sawan

Share

Sesiapa pernah berdepan dengan pesakit yang terkena serangan sawan pastinya tahu betapa sukarnya menghadapi situasi itu.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sawan atau epilepsi? Secara umumnya ramai yang mungkin tahu epilesi merupakan penyakit sawan. Sebenarnya, epilesi merupakan sejenis kondisi di mana berlaku gangguan neorologikal yang dikarakteristikkan oleh epilectic seizures atau sawan. Dan sebagai seorang lelaki apakah bantuan pertama yang perlu anda lakukan?

Kejadian sawan merupakan episod yang tidak berkala dan hampir tidak dapat dijangkakan bilakah ia akan menyerang. Episod epliepsi ini boleh memudaratkan kepada penghidapnya dengan kecederaan fizikal. Dari segi asal usul namanya, epelpsi beradal dari perkataan Greek iaitu epilēpsía yang membawa maksud ‘serangan’.

Jika terdapat di antara ahli keluarga atau kenalan anda merupakan pesakit epilepsi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk ambil tahu bagaimanakah untuk bertindak apabila mereka diserang sawan secara tiba-tiba.

Percayalah, tindakan pantas dengan cara yang betul bukan sahaja mampu menyelamatkan tetapi boleh memberikan keyakinan buat mereka yang tahu bahawa ada orang yang boleh membantu ketika waktu-waktu genting.

EPILEPSI FIRST AID:

Bertenang dan jangan kalut

Fokus terhadap apa yang penting dan harus korang lakukan. Untuk membantu mereka yang diserang sawan kamu terlebih dahulu harus bersedia dan tenang.

Jauhkan sebarang objek

Jika dia memakai cermin mata, tali leher atau skaf sila ambil dan jauhkan darinya. Perhatikan juga jika terdapat objek memberhaya dan tajam berdekatan yang boleh menimbulkan kecederaan. Jika rakan kamu sedang duduk tariklah dia secara perlahan-lahan ke bawah dan baringkan di atas permukaan rata dengan berhati-hati.

Alas kepalanya

Jika tiada bantal, gunakan kain atau baju untuk melapik bahagian kepalanya. Ia bagi memberi perlindungan kepada bahagian kepalanya.

Cuba baringkannya secara mengiring

Perlahan-lahan alihkan badannya supaya dalam keadaan mengiring. Ini bagi membuka laluan pernafasan dengan baik dan memberikan laluan air liur mengalir keluar dengan lebih baik.

Catat masa

Sila ambil perhatian terhadap tempoh masa serangan sawan bermula. Serangan kebiasaannya akan berakhir dalam tempoh dua ke tiga minit.

Periksa kad perubatan

Jika berlaku kepada orang yang tidak kamu kenali, sila periksa di badannya sama ada mereka ada membawa kad perubatan. Sesetengah pesakit epilepsi memakai gelang maklumat perubatan atau kad yang mengandungi informasi kecemasan ahli keluarga terdekat, jenis ubatan yang diambil dan sebarang alahan ubat.

Buat panggilan kecemasan

Jika kamu tidak mengenali mangsa atau ia merupakan serangan sawan yang pertama atau pesakit tersebut mengandung, mempunyai penyakit darah tinggi dan mengalami kecederaan buat panggilan kecemasan dengan segera. Begitu juga jika serangan sawan berlaku lebih daripada lima minit.

Kawal keadaan

Kejadian serangan epilepsi di kawasan awam pastinya akan mengundang banyak perhatian. Oleh itu, kamu hendaklah mengawal keadaan agar mereka tidan mengerumini mangsa. Pastikan mereka membuka ruang untuk mangsa bernafas dan juga laluan untuk pasukan perubatan masuk.

BACA: Anda Kerap Sendawa? Ikuti Tip Cara Kurangkan Angin Dalam Badan

JANGAN LAKUKAN PERKARA DI BAWAH!

Cuba menahan dengan mengikat atau memeluk mangsa

Ia boleh mencederakan mereka dan juga diri kamu sendiri

Memberikan makanan dan minuman

Walaupun hanya seteguk air ia boleh membuatkan mangsa tercekik

Meletakkan objek dalam mulut mangsa

Tanggapan bahawa pesakit yang mengalami epilepsi akan boleh mengkakibatkan mereka tertelan lidah sendiri. Cubaan meletakkan objek di dalam mulut mereka boleh membahayakan mereka dan diri kamu sendiri

Lakukan CPR

Jangan seskali cuba melakukan CPR atau bantuan pernafasan kecemasan melainkan mangsa tidak bernafas selepas sawan berhenti

Semoga perkongsian Remaja kali ini mampu membantu kamu berdepan dengan situasi kecemasan begini. Satu perkara lagi, jika mangsa merupakan rakan atau ahli keluarga berilah mereka dorongan dan jangan biarkan mereka berasa rendah diri atau rasa bersalah. Dengan mengambil tahu tentang langkah-langkah first aid begini ia sebenarnya sudah cukup untuk menunjukkan kepada mereka bahawa korang ambil peduli.

Published by
Farizul Izwany