
Di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini, selain mengerjakan ibadah sunat seperti mengaji Al-Quran, adalah lebih baik kita mendengar lagu-lagu berbentuk ketuhanan dan islamik bagi melahirkan keinsafan dalam diri ini.
Ini beberapa lagu yang sangat baik didengar kerana banyak lagu-lagu tersebut penuh syahdu dan menginsafkan.
Jom layan dan selamat berpuasa!
1. Man Bai & Raihan – Harapan Ramadhan
2. Opick – Bila Waktu Telah Berakhir
3. Opick ft Amanda – Alhamdulillah
4. Maher Zain – Thank You Allah
5. Sami Yusuf – You Came To Me
6. Opick – Rapuh
7. Maher Zain – Insha Allah
8. Irfan Makki – I Believe feat. Maher Zain
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Perkara Lelaki Yang Bergelar Suami Perlu Ada Untuk Kekal Bahagia & ‘Happy’ Dalam Perkahwinan

Tips bahagia dan happy dalam rumah tangga memang selalu kita dengar, samada di media cetak atau elektronik. Ramai juga pakar motivasi memberikan petua dan cara tersendiri, namun masih lagi ramai yang merasakan tidak bahagia.
Kehidupan rumah-tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah.
Dalam hidup berpasangan ini yang paling bahagia bila pasangan juga bahagia dengan kita. Ramai para isteri lupa tentang suami pun punya perasaan dan emosi yang perlu dijaga. Antaranya…
1. Memahami minat masing-masing
Rasanya tak perlu untuk isteri mengawal minat suami kan. Kalau suami memang suka bermain futsal atau menonton bola sepak, sang isteri patut beri masa untuk suami enjoy bermain bersama teman-teman. Cara ini sedikit sebanyak memberi sokongan minat dan hobi si dia. Kalau isteri pun turut serta lagi best, memang sukalah si suami.
2. Hubungan intim
Setiap individu pasti punya fantasi dalam hubungan seksual. Cuba untuk berbincang suami isteri tentang cara dan kehendak masing-masing didalam bilik. Tak salah pun dah kahwin kan!
3. “I kagum dengan you”
Mungkin selama ini isteri langsung tak pernah perasan akan rutin seharian pejabat, penat lelah suami mencari rezeki atau menguruskan kelengkapan rumah dan anak-anak. Apa kata fikir sejenak tentangnya dan jangan lupa untuk ucapkan terima kasih, cinta serta rasa kagum terhadap kegigihan si dia dalam membina mahligai.
4. Sokongan semasa
Seperti biasa ianya berkaitan dengan menyediakan makan minum, menggosok pakaian dan pastikan rumah dalam keadaan kemas tersedia. Mungkin nampak biasa tapi percayalah ia memberi kepuasan pada si suami kerana memiliki anda. Tapi ingat, hubungan yang sihat apabila masing-masing tahu tugasan sendiri atau berkongsi kerja rumah.
5. Isteri yang cantik
Tak perlu cantik seperti selebriti, cukup dengan kemas, bersih dan bertata rias buat dirinya. Alahai, takkanlah tak nak tengok isteri kita cantikkan.Belikan sesekali barangan makeup dan baju yang dia minat. Sebenarnya penampilan diri isteri sedikit sebanyak dapat mengubah mood suami.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Keutamaan Dalam Pemberian Nafkah Antara Isteri, Mak Dan Ayah , Lelaki Perlu Ambil Tahu Hal Ini

Panduan pemberian nafkah ini bukan hanya untuk suami dan anak lelaki yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin. Tanggungjawab anda sebagai pemberi nafkah untuk mereka memerlukan dan berada di bawah tanggungan anda.
Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
- Diri sendiri
- Isteri
- Anak
- Bapa
- Ibu
- Cucu
- Datuk
- Saudara
- Ahli-ahli keluarga berikutnya
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
“Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46)
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah)
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.
Kredit : Umi Amirah Indra
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tiga Pelakon LELAKI KOREA Idaman Wanita, Sayang Betul Dengan Isteri!

Pelakon lelaki Korea memang terkenal dengan sikap romantiknya. Buktinya, tiga orang pelakon lelaki Korea ini memang diketahui sangat mencintai dan menyayangi isteri mereka dengan sepenuh hati.
Kebanyakan pasangan selebriti bertemu buat kali pertama di set. Kemudian cinta berkembang yang menyebabkan mereka menjalin cinta dalam kehidupan sebenar. Ramai juga antara mereka yang meneruskan ke peringkat perkahwinan.
Berikut antara pasangan selebriti yang menoktahkan hubungan cinta mereka ke gerbang perkahwinan.
RAIN DAN KIM TAE HEE
Kedua-duanya mengesahkan mereka berhubungan cinta pada 2013. Kemudian empat tahun kemudian mereka memutuskan untuk berkahwin. Majlis perkahwinan mereka disambut secara ringkas. Walaupun sudah bertahun-tahun bersama, mereka masih sering mempamerkan rasa sayang di khalayak ramai.
Rain tidak pernah lokek untuk menyatakan cinta kepada isterinya di mana-mana dan pada bila-bila masa. Apabila Kim Tae Hee memuat naik gambar di Instagram, suaminya tidak pernah tidak hadir untuk mengulas dengan tambahan emoji hati. Tidak terhenti di situ, walaupun dia sibuk Rain selalu meluangkan masa untuk pergi ‘dating’ berdua dengan isterinya. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan.
HYUN BIN DAN SON YE JIN
Pasangan ini secara rasmi melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2022. Kisah kehidupan pasangan ini sentiasa menarik perhatian umum. Seperti Rain, Hyun Bin kelihatan sangat menyayangi isterinya. Ini dapat dilihat daripada perlakuan Hyun Bin bermula dari merenung, memegang dan cara dia mengambil berat terhadap Son Ye Jin.
Malah sebelum mereka dilaporkan menjalinkan hubungan cinta, Hyun Bin sering terperangkap memandang Son Ye Jin dengan mata penuh cinta dan kasih sayang. Selepas berkahwin, sudah tentu Hyun Bin akan menjadi suami ideal yang boleh menjaga isterinya dengan baik di mana-mana dan pada bila-bila masa.
JI SUNG DAN LEE BO YOUNG
Cinta keduanya bermula semasa mereka berkolaborasi dalam drama “Save Your Last Dance For Me” pada tahun 2004. Ji Sung jatuh cinta pandang pertama dengan pelakon pembantu. Cintanya meluap-luap sehingga dia berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati Lee Bo Young selama tiga tahun.
Akhirnya, semua usaha Ji Sung membuahkan hasil. Selepas enam tahun berpacaran, mereka sepakat memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2013. Sepanjang melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini masih cool dan tenang tanpa sedikit pun gosip. Ji Sung malah digelar sebagai suami idaman para isteri.
Setiap kali memenangi anugerah, dia tidak pernah lupa menyebut nama isterinya. Malah setiap kali terlibat dengan program wawancara, dia sering memuji isterinya. Ji Sung mengaku bahawa dia mahu bersama Lee Bo Young sehingga mereka tua. So sweet!
Memiliki suami yang setia dan penyayang adalah anugerah yang patut disyukuri oleh setiap wanita bergelar isteri.
ARTIKEL INI DIOLAH DAN DIAMBIL DARI KELUARGA.
Sumber: Tabloidnyata.com
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Bila dah bersusah payah bekerja, apa salahnya kita ‘self reward’ sekali sekala kan? Tapi kereta dorang bukan biasa-biasa hehe #maskulin#maskulinauto#selebritilelaki#selebritiwanita#keretamewah #fyp #learnontiktok #fypシ #porsche #mclaren #mercedez ♬ original sound –
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI