8 Kombinasi Makanan Yang Orang Diet Wajib Ambil Kalau Nak Berat Badan Turun Cara Sihat!

Share

Bagi yang keliru nak makan masa diet, apa kata ambil kombinasi makanan untuk kurus ini. Ingat! Nak diet anda tak semestinya perlu berlapar dan mengikat perut.

Jika anda nak kenyang dan diet dalam masa sama, kombinasi makanan untuk kurus ini sesuai diambil kerana ia membantu menurunkan berat badan secara sihat. Paling penting makanan ini sedap dan berkhasiat!

1. TELUR + SAYUR-SAYURAN

Telur dapat membantu penyerapan karotenoid (pigmen warna dalam sayur-sayuran). Karotenoid dapat menurunkan berat badan, mencegah kanser dan menutrisikan kulit. Kombinasi makanan ini memberi manfaat hebat untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.

2. AYAM + CILI

Ayam kaya dengan protein sehingga membuatkan anda kenyang lebih lama. Manakala cili pula sangat bagus untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan membantu tubuh untuk menukarkan makanan menjadi tenaga. Selain membuatkan anda cepat kurus, kombinasi makanan ini akan jadi bertambah sedap untuk dinikmati.

3. JAGUNG + KEKACANG

Menurut satu kajian, makan kekacang seminggu sekali lebih efektif untuk menurunkan berat badan berbanding anda berdiet tanpa makan kekacang. Ditambah lagi dengan jagung, ia dapat meningkatkan efek langsing pada tubuh kerana mengandungi pati yang  boleh menyerap sebahagian besar kalori.

4. TEH HIJAU + LEMON

Teh hijau mengandungi catechins yang menjadikan ia kaya dengan antioksidan. Ditambah dengan buah lemon yang banyak khasiat, ia menjadikan kombinasi makanan ini terbaik untuk menurunkan berat.

5. SALMON + ASPARAGUS

Salmon kaya dengan Omega-3 manakala asparagus pula kaya dengan fiber dan protein yang membantu mengurangkan lemak dalam tubuh badan. Pastikan kombinasi makanan ini dibakar dalam ketuhar atau dikukus untuk anda mendapatkan manfaat kurus.

6. BADAM + GREEK YOGURT

Sesetengah vitamin terutamanya A, D & E sangat mudah untuk diserap apabila diambil dengan lemak. Badam kaya dengan kalsium, antioksidan dan vitamin E. Manakala Greek yogurt pula berkhasiat dengan vitamin D. Ini menunjukkan kombinasi makanan ini sangat sesuai dan terbaik untuk menurunkan berat.

7. AVOKADO + BAYAM

Kedua-dua makanan ini mempunyai banyak mineral dan vitamin. Pastikan anda menggunakan kombinasi makanan ini sebagai salad untuk menurunan berat badan. Bahkan bayam juga merupakan makanan terbaik jika dimakan dengan minyak zaitun. Manakala avokado pula sangat sesuai digabungkan dengan ikan, ayam dan roti gandum.

8. IKAN TUNA + HALIA

Ikan tuna mengandungi Omega-3 yang dapat mencegah penyimpanan lemak di perut dan halia pula membantu mencegah kembung perut. Ternyata ia kombinasi makanan yang sempurna untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.

Sumber: Bright Side

Published by
Roselinda