Masa cuci muka, ramai lelaki biasa buat kesilapan kerana mereka sering memandang remeh dengan penjagaan kulit muka. Jika dari awal mencuci muka anda sudah melakukan kesilapan, bimbang ia boleh mendatangkan masalah.
Ingat! Masalah jerawat, kulit berminyak dan pori-pori terbuka boleh menyerang kulit wajah yang tidak dicuci dengan bersih.
Bagi mengelakkan kulit anda bermasalah, tolong stop lakukan 8 kesilapan ini masa cuci muka.
1. Pilih produk yang salah
Sebelum membeli produk pencuci muka, anda kena tahu jenis kulit anda terlebih dahulu. Pastikan anda guna produk pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kerana setiap produk pembersih wajah mempunyai kandungan yang berbeza-beza.
2. Guna produk dengan bahan alergik
Produk kecantikan juga bersifat alergik pada kulit. Jika anda miliki kulit sensitif, sila baca label bahan produk terlebih dahulu dan bertanyakan kepada pakar sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda membeli. Jangan sembarangan membeli produk pencuci muka kerana jika tersalah, ia boleh menimbulkan masalah sekali gus merosakkan kulit.
Ads
3. Salah guna suhu air
Ada mitos mengatakan air panas berfungsi untuk membuka liang pori-pori kulit wajah manakala air sejuk pula untuk menutupi liang pori-pori. Sebenarnya air yang sesuai untuk anda mencuci muka adalah air suam. Wajah anda akan rasa lebih nyaman apabila menggunakan air suam.
4. Buat pengelupasan setiap hari
Pengelupasan merupakan cara efektif untuk membuang sel-sel kulit mati. Pastikan anda menggunakan dua kali seminggu. Ia tidak boleh digunakan setiap hari kerana produk pengelupasan mempunyai tekstur skrub yang kasar. Elak sental dengan kasar pada kulit kerana ia boleh merosakkan kulit. Sebaiknya sental dengan lembut agar segala sel kulit mati dapat disingkirkan.
Ads
5. Bilas wajah dengan cara yang salah
Jika dalam keadaan tergesa-gesa, anda cenderung untuk mencuci muka ala kadar sahaja. Perlu diingatkan, sisa-sisa sabun yang melekat pada kulit wajah jika tidak dibersihkan sepenuhnya boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat dan kulit menjadi kering. Selalunya bahagian wajah yang paling jarang dibilas adalah sekitar rahang, garis rambut dan hidung. Oleh itu, berikan perhatian di bahagian-bahagian ini agar keseluruhan kulit wajah anda dapat dibersihkan dengan sebaiknya.
6. Terlalu kerap cuci muka
Ads
Mencuci muka hanya boleh dilakukan dua kali sehari sahaja. Lebih dari itu, ia hanya akan merosakkan kulit dan menjadikan kulit anda lebih berminyak. Jika sudah dua kali anda mencuci muka dengan pembersih wajah tapi anda masih ingin mencucinya lagi, gunakan sahaja air suam untuk membersihkan wajah.
7. Cara salah mengeringkan kulit
Selepas membersihkan muka, gunakan sehelai tuala yang bersih untuk mengelap dan mengeringkan wajah. Teknik yang betul adalah dengan menepuk tuala secara lembut pada wajah dan bukannya menggosok tuala pada kulit wajah dengan kasar. Kesilapan ini akan merosakkan struktur kulit anda yang lembut, jadi elakkan.
8. Tak pakai krim pelindung matahari
Anda takut matahari boleh membuatkan kulit anda gelap. Tapi anda masih mengabaikan pemakaian krim pelindung matahari. Krim ini bukan sahaja mengelakkan kulit anda gelap, malah memberi perlindungan terhadap sinaran UV. Bagi menghindari kulit anda rosak dan bermasalah, pastikan anda pakai krim pelindung matahari sebelum keluar rumah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
‘Shaving’ atau bercukur merupakan satu rutin yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Namun sebenarnya, masih ramai lelaki yang kurang pandai dan menggunakan teknik yang betul ketika bercukur.
Dengan teknik yang tidak betul ia boleh menyebabkan luka dan kecederaaan pada kulit wajah. Ini semua dapat dielak jika anda bercukur dengan menggunakan teknik teknik yang betul.
BERSIHKAN WAJAH
Sebelum memulakan proses mencukur jambang, janggut atau misai ada beberapa langkah awal yang perlu anda lakukan. Jika anda ingin bercukur pada sebelah pagi pastikan selang masa sekurang-kurangnya 10 selepas bangun tidur.
Ini bagi membantu kulit wajah berehat dahulu. Cuci wajah dengan pencuci muka pilihan untuk menghilangkan sel kulit mati dan membuka liang roma serta melembutkan kulit di bahagian misan dan janggut.
GUNA AIR SUAM
Satu perkara lagi yang perlu anda lakukan sebelum mula bercukur ialah dengan melekapkan wajah dengan tuala basah dengan air suam. Anda perlu melakukan proses ini sejurus selesai mencuci wajah. Ia membantu pori-pori terbuka dan memudahkan proses mencukur nanti.
KRIM PENCUKUR
Kira-kira 3 minit selepas itu, anda boleh mula sapukan krim pencukur. Sapukan dengan berus dengan gerakan berputar. Berus yang dipilih haruslah mempunyai bulu yang halus dan lembut agar kulit wajah anda lebih selesa dan boleh elak wajah tercalar.
Pilihlah krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan formulasi sesuai dengan kukit wajah sekali gus mengelak iritasi.
MULA MENCUKUR
Bahagian yang perlu anda fokuskan terlebih dahulu semasa bercukur ialah rahang, leher dan pipi. Ia perlu dilakukan di bahagian ini dahulu kerana ia mengikut lengkungan wajah dan mengelakkan daripada kulit wajah alami luka.
Bahagian misai dan janggut pula perlu diberikan perhatian khusus kerana ia lebih banyak rambut. Cukur janggut pada satu arah sahaja iaitu mengikut tumbuhnya anak rambut. Gerakkan pisau dengan jalur searah agar tak cedera.
PENGGUNAAN GUNTING
Jika anda ingin menyimpan janggut atau misai pastikan pola bentuk seperti yang anda mahu tidak terjejas. Untuk mendapatkan hasil yang kemas anda perlu menggunakan gunting kecil yang khas.
Untuk hasil yang lebih detail, anda perlu guna hair-clipper. Apa yang penting anda harus gunting terlebih dahulu bahagian tepi misai dan janggut yang ingin disimpan.
BILAS WAJAH SELEPAS SELESAI
Selepas anda selesai bercukur dan kemaskan apa yang patut, bersihkan wajah dengan menggunakan tuala. Bilaskan wajah dengan menggunakan air sejuk. Untuk mengembalikan kesegaran kulit wajah adan boleh sapukan krim pelembat atau penyegar. Set pencukur yang telah digunakan pulaperlulah direndam seketika dalam air suam sebelum dicuci.
MASKULIN yakin dengan menggunakan tip di atas anda boleh bercukur dengan selesa dan lebih baik. Dengan menggunakan teknik yang betul anda tak perlu lagi takut untuk berdepan dengan kecederaan wajah yang tak sepatutnya berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila bulu hidung tumbuh terlalu panjang sehingga terkeluar, orang di sekeliling akan memandang anda sebagai seseorang yang tidak tahu menjaga kebersihan diri.
Anda perlu menjaga kebersihan diri dan merapikan penampilan diri untuk membuatkan orang lain selesa untuk mendekati anda.
Namun begitu, jika teknik mahu merapikan bulu hidung itu dilakukan dengan cara yang salah, anda mungkin berdepan dengan beberapa risiko yang anda tidak tahu.
Hal ini kerana setiap anggota tubuh memiliki fungsi yang sangat penting ntuk kelangsungan hidup seseorang manusia itu termasuklah bulu hidung.
Bulu hidung berfungsi menapis udara yang masuk menerusi bulu-bulu halus yang terdiri dari vibrissae dan mikroskopik silia.
Vibrissae dan mikroskopik silia berperanan menyaring lendir serta kotoran berbahaya agar tidak masuk ke dalam saluran pernafasan.
Sehubungan itu, ada caranya untuk merapikan bulu hidung seperti mengguntingnya dan jangan sesekali mencabut bulu hidung anda kerana ia boleh menyebabkan :
1. Jangkitan
Jika anda mencabut bulu hidung menggunakan tangan, anda harus membersihkan tangan anda terlebih dahulu. Jika tidak, bakteri atau kuman mungkin boleh masuk menerusi folikel bulu hidung yang sudah terbuka seterusnya menyebabkan jangkitan pada kawasan sekitarnya.
2. Jangkitan otak
Kawsan sekitar mulut dan hidung memiliki saraf yang berhubung secara terus ke bahagian otak. Di kawasan tersebut juga, pembuluh darah berkongsi darah dari hidung serta darah dari otak. Dalam erti kata lain, jika hidung anda terkena jangkitan, tidak mustahil ia boleh merebak sehingga ke otak.
3. Pendarahan hidung
Mencabut bulu hidung secara paksa ada kalanya mengenai pembuluh darah. Walaupun ukurannya sangat kecil, ia tetap boleh menyebabkan pendarahan.
4. Jerawat
Kenapa jerawat tumbuh di muka? Jawapannya mudah. Kalau anda mencabut bulu hidung menggunakan tangan yang tidak dibersihkan, wajah anda akan membiakkan jerawat kerana kawasan kulit anda dijangkiti bakteria yang masuk menerusi folikel bulu hidung yang dicabut.
5. Rongga hidung rosak
Rongga hidung boleh rosak sekali gus menyebabkan anda rasa tidak selesa, lebih-lebih lagi selepas anda mencabut bulu hidung. Kerosakan selepas mencabut bulu hidung ini boleh menyebabkan luka kecil, bisul kecil, lendir yang sudah menjadi kerak di dalam lubang hidung anda sukar dihilangkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PENGGUNAAN VIT E CREAM 1,000IU LEBIH SESUAI UNTUK KULIT NORMAL DAN TIDAK TERLALU KERING.
Sesuai digunakan untuk sesiapa yang berumur 20+ kerana kandungan vitamin yang ada di dalamnya tak terlalu tinggi mengikut pH kulit. Jika kulit berminyak dan berparut, boleh guna Vit E Cream 1000 iu dgn syarat mesti guna Tea Tree Oil
Facial Cleanser setiap hari dan Tea Tree Oil Purifying Mask setiap minggu utk kurangkan minyak.
UNTUK KULIT ULTRA KERING, KUSAM SERTA MATANG, KAMI SARANKAN GUNA VITAMIN E CREAM 3,000IU.
Ia sesuai digunakan untuk sesiapa yang berumur 30+ kerana kandungan vitamin di dalamnya tinggi dan sangat sesuai bagi yang sudah berumur kerana pH kulit makin berkurangan mengikut umur..
kedua-duanya boleh digunakan pada waktu siang dan malam..
VITAMIN E CREAM INI JUGA MEMBANTU UNTUK MEMUDARKAN PARUT JERAWAT.
Kulit berminyak tidak sesuai gunakan kedua-dua item di atas. Jika ingin pudarkan parut boleh gunakan, TETAPI perlu sapu di bahagian yang berparut SAHAJA dan pakai pada waktu malam. Pantau keadaan kulit selepas penggunaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.