Gaya Hidup

8 Kelebihan Senaman Di Waktu Pagi, Salah Satunya Buat Diri Lebih Semangat

Share

Bayangkan suatu ketika dahulu sewaktu berada di bangku persekolahan kita sering melakukan senaman pada waktu pagi. Namun apabila meningkat dewasa amalan itu seakan disisihkan. Kononnya tak sempat mengejar masa untuk melakukan banyak perkara.

Apatah lagi pada waktu pagilah ramai di antara kita bergegas dan kalut untuk masuk ke pejabat. Tapi percayakah anda dengan susunan waktu yang lebih baik senaman pada waktu pagi boleh dilakukan.

Sebenarnya anda tak perlu ambil masa yang lama. Cukup hanya untuk senaman kira-kira 5 sehingga 10 minit sahaja.

MASKULIN percaya jika anda dapat tahu tentang kelebihan yang diperolehi dengan melakukan senaman waktu pagi seperti di bawah nescaya ia akan jadi trend yang baik.

BADAN & MINDA LEBIH SEGAR

Mulakan hari anda dengan melakukan senaman pagi. Anda akan dapati diri berasa lebih baik untuk sepanjang hari tersebut. Sebagai contoh anda bangun awal kira-kira jam 5 pagi dan sedia untuk bersenam mengeluarkan peluh. Malah boleh lakukn selepas solat Subuh dan mandi pagi. Jadi jangan lupa mulakan hari dengan senaman menyebabkan agar sentiasa segar dan bertenaga dan kekal cergas.

LEBIH BERSEMANGAT

Mungkin anda fikir bangun lebih awal akan mengurangkan tenaga anda, terutamanya jika anda kurang tidur, tetapi sebenarnya sebaliknya. Bangun untuk senaman akan meningkatkan tenaga dan anda rasa penuh semangat! Jadi pastikan anda bangun awal untuk mendapatkan 30 minit hingga 1 jam sesi kecergasan.

PERSEDIAAN SEBELUM KERJA

Anda bangun pagi untuk menyiapkan diri ke tempat kerja, sebelum itu kenapa tidak melakukan senaman ringkas yang mudah juga boleh dilakukan asalkan anda tidak mencari alasan untuk tidak melakukannya.

BACA: Amalkan Set Senaman Ringkas Ini Untuk Kekal Cergas Sepanjang Hari

PEKA DENGAN PILIHAN BREAKFAST

Jika anda mulakan hari anda dengan senaman pagi, anda akan menetapkan hari anda dengan cara yang lebih sihat dan juga mendapati diri anda hanya melihat dan memilih makanan yang sihat sahaja. Anda pasti tidak akan mahu makan donat disira gula untuk sarapan pagi kerana ianya hanya membuatkan anda lesu, jadi oat, omellete, salad, yogurt, bread adalah pilihan anda.

KEKAL SIHAT

bILA bersenam pada awal pagi, anda akan mampu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Rutin senaman setiap pagi juga dapat membantu individu menjaga berat badan dan sentiasa keep fit.

ALIRAN DARAH

Senaman pada waktu pagi bukan saja menambahkan tenaga malah mempunyai impak terhadap kesihatan, Percayalah kalau anda tak lakukan senaman, besar kemungkinan anda rasa tidak bermaya, lesu malah sentiasa mengantuk. Hormon menyediakan badan anda untuk senaman dengan mengawal tekanan darah, kadar jantung, darah mengalir ke otot.

MUDAH BANGUN TIDUR

Apa lagi kelebihan senaman waktu pagi? Ya, ia boleh buat anda bangun pagi dengan lebih mudah. Jika anda bangun pada masa yang berlainan setiap hari, ianya hanya mengelirukan badan anda dan menyebabkan badan tidak bersedia dan lemah.

HIDUP LEBIH BERKUALITI

Jika anda bersenam pada waktu pagi, hidup pasti akan lebih bahagia dan lebih positif. Malah, anda lebih bersemangat dan ceria sepanjang masa.

Published by
Farizul Izwany