
Kanser adalah salah satu penyakit yang paling ditakuti oleh ramai orang, terutamanya lelaki.
Ia sering dianggap sebagai pembunuh senyap kerana simptomnya yang sukar dikesan pada peringkat awal. Berikut adalah 8 jenis kanser yang sering menyerang lelaki dan harus diberi perhatian serius.
Kanser Prostat
Kanser prostat adalah jenis kanser yang paling kerap didiagnosis dalam kalangan lelaki. Ia biasanya menyerang lelaki berusia 50 tahun ke atas. Pemeriksaan awal dan PSA (Prostate-Specific Antigen) dapat membantu mengesan kanser ini pada peringkat awal.

Kanser Paru-paru Kanser paru-paru adalah salah satu pembunuh utama lelaki. Merokok adalah faktor risiko utama bagi kanser ini. Tanda-tanda awal termasuk batuk yang berterusan, kesukaran bernafas, dan penurunan berat badan yang tidak dijelaskan.
8 Jenis Kanser Sering ‘Serang’ Lelaki, Pembunuh Senyap Paling Digeruni!
Kanser Kolon dan Rektum Kanser kolon dan rektum sering berlaku pada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas. Pemeriksaan kolonoskopi secara berkala dapat membantu mengesan polip yang berpotensi menjadi kanser.
Kanser Pundi Kencing Kanser pundi kencing biasanya bermula dalam sel-sel yang melapisi pundi kencing. Ia lebih kerap berlaku pada lelaki berbanding wanita. Darah dalam air kencing adalah salah satu tanda awal yang perlu diberi perhatian.
Kanser Hati Kanser hati sering dikaitkan dengan hepatitis B dan C serta pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia boleh menyebabkan penurunan berat badan yang mendadak, keletihan, dan sakit perut yang berterusan.
Kanser Kulit (Melanoma) Lelaki yang terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan tanpa perlindungan berisiko tinggi untuk mendapat kanser kulit. Pemeriksaan kulit secara berkala dapat membantu mengesan perubahan yang mencurigakan pada kulit.
8 Jenis Kanser Sering ‘Serang’ Lelaki, Pembunuh Senyap Paling Digeruni!
Kanser Testis Kanser testis lebih kerap berlaku pada lelaki muda berusia antara 15 hingga 35 tahun. Pemeriksaan sendiri secara berkala dapat membantu mengesan ketulan atau perubahan yang tidak normal pada testis.
Kanser Pankreas Kanser pankreas adalah salah satu jenis kanser yang paling sukar untuk dikesan pada peringkat awal. Simptomnya termasuk sakit perut, jaundis, dan penurunan berat badan yang tidak dijelaskan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pernah Alami Masalah Jerawat Teruk, Harris Annuar Kongsi Tip!

Selebriti media sosial dan finalis Hero Remaja 2017, Harris Annuar mengakui bahawa dia pernah berhadapan dengan masalah jerawat yang teruk beberapa tahun lepas hingga membuatkannya hilang keyakinan diri.
Malah, lelaki ini sempat berkongsi tip;
“Sebelum Harris menyertai pencarian Hero Remaja 2017, Harris memang mempunyai masalah kulit muka berjerawat sejak tahun 2013 lagi. Jadi, kali ini Harris nak kongsi sedikit tip dan bagaimana cara Harris merawat masalah kulit berjerawat,”
“Sebenarnya tidak ada banyak rutin penjagaan muka yang Harris lakukan. Biasalah lelaki kan. Buat perkara basic sahaja. Selalunya kalau nak cuci muka, Harris akan cari pencuci muka yang agak mild dan bukannya scrub. Kalau kita pakai yang scrub punya, kulit akan jadi kering dan bila terlalu kering ia akan menambahkan lagi jerawat pada kulit muka,” jelas Harris.
Harris menggunakan pencuci muka Nivea Men Acne Mud Foam dan dia sempat menunjukkan teknik cucian muka yang boleh diamalkan oleh korang semua.
“Pertama sekali, apa yang telah diajarkan oleh Mommy Harris, kita lakukan teknik urutan circle pada pipi dan ratakan pada seluruh wajah serta bahagian hidung. Kalau di bahagian hidung, lakukan teknik V motion dan pastikan jangan lupa untuk ratakan pencuci itu di bahagian dahi juga,”
“Selain daripada melakukan penjagaan pada kulit wajah, untuk mengurangkan masalah jerawat juga kita harus menjaga pemakanan. Kalau dulu, Harris memang akan elakkan makan coklat dan kekacang, sebaliknya Harris banyakkan memakan buah tomato. Tomato adalah makanan yang baik untuk membuatkan kulit korang sihat,”
“Satu lagi tip yang Harris nak kongsi, sebelum tidur pastikan korang kena cuci muka terlebih dahulu sebab dah seharian kulit terbiar di luar. Harris juga kini telah mempunyai produk sendiri iaitu PGO Drying Lotion. Produk ini akan dipakai selepas setiap kali cuci muka dan sebelum tidur. Caranya mudah sahaja, letakkan krim tersebut pada jerawat korang dan biarkan semalaman,”
“Ini sahajalah rutin skincare yang Harris lakukan setiap hari untuk dapatkan kulit yang sihat dan bebas jerawat. Harris harap perkongsian ini dapat memberi manfaat buat korang yang juga mempunyai masalah kulit berjerawat,” jelas Harris lagi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mata Kering? Ketahui Punca dan Langkah-Langkah Untuk Meredakan Ketidakselesaan

Mata yang penat, kering atau pedih adalah masalah biasa yang sering dialami oleh ramai orang.
Namun, kebanyakan masalah ini tidak berpunca daripada penyakit mata yang serius, sebaliknya disebabkan faktor-faktor gaya hidup dan keadaan persekitaran.
Berikut adalah beberapa punca utama ketidakselesaan mata dan cara untuk mengatasinya.

Punca Ketidakselesaan Mata
Penggunaan Pancaindera Berlebihan
Salah satu punca utama masalah mata adalah penggunaan pancaindera yang berlebihan, terutamanya apabila menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan skrin telefon pintar, komputer atau peranti elektronik.
Aktiviti seperti ini memberi tekanan pada mata dan mengurangkan kadar kedipan mata.
Kurang Berkelip
Menurut pakar Oftalmologi dari National Institute of Health (NIH), Dr. Chantal Cousineau-Krieger, ketika kita fokus pada tugas seperti membaca atau bekerja di komputer, kadar kedipan mata kita berkurang dengan ketara.
Ini menyebabkan mata menjadi kering dan tidak selesa.

Penuaan Semula Jadi
Penuaan juga menyebabkan ketegangan mata. Apabila kita semakin berumur, keupayaan untuk fokus pada objek dekat berkurang.
Keadaan ini dikenali sebagai presbiopia (rabun tua), di mana otot mata perlu bekerja lebih keras untuk memfokuskan pandangan.
Faktor Lain
Selain penuaan, faktor lain seperti penggunaan kanta lekap, usia lebih 50 tahun atau pengambilan ubat tertentu (contohnya antihistamin) juga boleh menyumbang kepada masalah kekeringan mata.
Keadaan cuaca yang kering atau angin yang kuat juga boleh memperburuk masalah ini.
Langkah-Langkah Mengurangkan Ketidakselesaan Mata
Peraturan 20-20-20
Untuk mengurangkan ketegangan mata, amalkan peraturan 20-20-20: setiap 20 minit, rehatkan mata anda dan lihat ke objek yang berada 20 kaki (6 meter) jauh selama 20 saat.
Ini dapat membantu melegakan ketegangan yang berlaku akibat melihat objek dekat untuk jangka masa panjang.

Kurangkan Masa Depan Skrin
Hadkan masa yang dihabiskan di hadapan skrin dan pastikan anda memberi rehat yang cukup pada mata.
Untuk kanak-kanak, galakkan mereka untuk lebih banyak bermain di luar dan fokus pada objek yang jauh untuk mengurangkan risiko rabun dekat.
Kelembapan Mata
Gunakan titisan mata jenis “air mata tiruan” apabila mata terasa kering.
Ini dapat membantu mengekalkan kelembapan mata dan mengurangkan rasa tidak selesa.
Kawal Kelembapan Udara
Elakkan udara yang terlalu kering, terutamanya di dalam rumah.
Menggunakan pelembap udara boleh membantu mengekalkan kelembapan udara di dalam bilik, sementara penggunaan pendingin udara harus dikurangkan.

Lindungi Mata daripada Sinaran UV
Pakai cermin mata hitam yang dapat menghalang 99-100% radiasi UVA dan UVB apabila berada di luar.
Ini bukan sahaja melindungi mata dari kerosakan sinaran matahari, tetapi juga mencegah masalah mata jangka panjang.
Dengan menjaga kesihatan mata anda dengan baik, anda dapat menikmati penglihatan yang jelas dan bebas dari ketegangan sepanjang hayat.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kegagalan Fungsi Alat Sulit Ada Penyelesaian, Lelaki Jangan Segan – Dato’ Zainal Abidin

Sebagai lelaki, pastinya kegagalan fungsi alat sulit merupakan antara perkara yang tidak diingini berlaku pada diri, apatah lagi bagi yang sudah berumah tangga.
Meskipun masalah itu agak memalukan, namun perkara itu tidak sepatutnya ‘disembunyikan’ kerana masalah itu ada penyelasaiannya.
Memetik laporan Harian Metro, penyanyi veteran Datuk Zainal Abidin yang juga mengalami masalah itu menyeru golongan lelaki untuk tidak berasa malu untuk tampil mendapatkan bantuan pakar bertauliah jika berdepan masalah yang sama
“Kalau disimpan, ia akan mengganggu hubungan dalam rumah tangga dan hubungan suami isteri itu sendiri akan menjadi semakin pudar. Ia akan mendatangkan satu perjalanan hidup yang negatif.
Bukan Suatu Penyakit, Ia Disebabkan Faktor Usia
“Lemah alat kelamin ini bukanlah satu penyakit, tetapi satu kelemahan yang disebabkan oleh faktor usia. Saya sendiri pun dah menjangkau usia 60 tahun. Jadi, memang patut kalau ia tak berfungsi seperti mana orang muda,” katanya.
Oleh itu, pemilik suara yang mengalunkan lagu malar segar Hijau itu memberitahu yang beliau telah mendapatkan nasihat dari doktor mengenai masalah itu
Selepas menjalani rawatan P-Shot dan pengambilan ubat yang sepatutnya atas nasihat doktor, beliau mengakui ada kemajuan yang baik pada fungsi alat sulitnya.
“Tapi, tidaklah ia kembali 100 peratus seperti mana ketika saya berusia 18 tahun. Sekurang-kurangnya, ia menyelamatkan keadaan rumah tangga saya sebelum ia menjadi lebih teruk,” ujarnya.
Demi mewujudkan kesedaran, Dato’ Zainal bersifat terbuka untuk berkongsi masalah yang selama ini dianggap aib bagi kaum lelaki.
“Sebenarnya, tak perlu segan untuk bersuara mengenainya kerana apabila kita berkongsi, ia memberi peluang kepada mereka yang ada masalah sama seperti pernah saya lalui, untuk berusaha dan memperbaiki masalah itu.
“Kalau disimpan, ia akan mengganggu hubungan dalam rumah tangga dan hubungan suami isteri itu sendiri akan menjadi semakin pudar. Ia akan mendatangkan satu perjalanan hidup yang negatif.
“Kalau saya berkongsi, maka, akan lebih ramai orang yang tahu dan pergi untuk melakukan pemeriksaan,” tambahnya.
Jumpa Pakar, Jangan Beli Produk Sewenang-Wenangnya
Dalam pada itu, beliau menegaskan kepada mereka yang senasib dengannya untuk tidak terpengaruh dengan lambakan produk yang dijual di media sosial kerana itu hanya akan merisikokan kesihatan diri.
“Nasihat saya, sekiranya anda melalui masalah ini, berundinglah dengan pasangan dan dapatkan nasihat pakar. Jangan suka-suka membeli produk yang dijual di Facebook atau TikTok, yang mana, mungkin tak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Ia juga boleh berisiko membahayakan anda dengan dos bahan yang terlalu tinggi. Mungkin boleh menaikkan tekanan darah, datangkan kepanasan di bahagian telinga, pening, atau mungkin boleh pengsan,” ulasnya lanjut.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI