Sirih atau nama saintifiknya Piper Betle adalah sejenis tumbuhan menjalar berdaun hijau dan lebar.

Selain Malaysia, sirih juga boleh didapati di beberapa negara lain seperti Indonesia, India dan Sri Lanka.

Kandungan dalam sirih

Sirih mengandungi minyak pati (essential oil) seperti kadinen, kavikol, sineol, eugenol dan karvakol. Eugenol sangat bermanfaat dalam bidang perubatan gigi kerana sifatnya yang antiseptik, antiinflammatori dan juga mempunyai kebolehan memberi rasa kebas kepada saraf gigi sekali gus mengurangkan sakit gigi. Eugenol ini sering digunakan dalam bahan tampalan sementara gigi bagi menghilangkan sakit gigi yang berlubang.

8 fungsi sirih yang ramai orang tak tahu!

1. Semangat perang

8 Fungsi Kebaikan Daun Sirih Yang Ramai Generasi Hari Ini Tak Pernah Tahu!

Pada zaman dahulu, daun sirih bertemu urat sering diberikan kepada pahlawan Melayu. Tujuannya adalah untuk memberi semangat kepada mereka sebelum berperang.

2. Penyeri wajah

Ads

8 Fungsi Kebaikan Daun Sirih Yang Ramai Generasi Hari Ini Tak Pernah Tahu!

Pada zaman dahulu juga, sirih dikatakan mempunyai aura yang tersendiri dan ia diberikan kepada gadis-gadis agar seri wajahnya semakin bertambah.

3. Hantaran perkahwinan

8 Fungsi Kebaikan Daun Sirih Yang Ramai Generasi Hari Ini Tak Pernah Tahu!

Daun sirih dijadikan sebagai kemudi hantaran dalam bentuk sirih tepak dan sirih junjung dalam adat perkahwinan Melayu dan penggunaannya relevan sehingga hari ini.

4. Halau makhluk halus

Ads

8 Fungsi Kebaikan Daun Sirih Yang Ramai Generasi Hari Ini Tak Pernah Tahu!

Mujarabnya juga, daun sirih sering menjadi pilihan masyarakat Melayu sebagai daun penawar bagi menghalang makhluk halus dalam perubatan tradisional.

5. Hilangkan bengkak

Dalam dunia perubatan moden pula, daun sirih mempunyai kebolehan menghilangkan bengkak. Sifat antiinflammatori daun sirih dapat mengurangkan bengkak gusi dan juga sifat antiseptiknya membunuh kuman pada permukaan gusi dan gigi.

6. Hentikan pendarahan

Ads

Sirih dapat mengurangkan pendarahan. Dalam daun sirih terkandung tannin yang bahan bersifat haemostatik dan boleh memberhentikan pendarahan dengan menggalakkan koagulasi darah . Namun tannin yang juga ada dalam daun teh, mempunyai warna yang boleh menyebabkan stain pada gigi. Sebab itulah kita lihat mereka yang mengunyah daun sirih akan mempunyai gigi yang tidak putih.

7. Hilangkan bau mulut

8 Fungsi Kebaikan Daun Sirih Yang Ramai Generasi Hari Ini Tak Pernah Tahu!

Dalam pada itu, daun sirih dan air rendaman daun sirih dipercayai dapat menghilangkan bau mulut. Saya percaya ini kerana sifat antikuman yang dimiliki dan juga kebolehan menghilangkan bengkak sekali gus memberhentikan pendarahan dapat membantu penyakit gingivitis yang selalunya memberikan bau busuk pada mulut pesakit.

8. Redakan ulser

8 Fungsi Kebaikan Daun Sirih Yang Ramai Generasi Hari Ini Tak Pernah Tahu!

Ada juga yang mengatakan rebusan air sirih jika dikumur dapat membantu meredakan ulser mulut kerana sifatnya yang menghilangkan sakit dengan memberi rasa kebas boleh membuatkan pesakit berasa sedikit selesa.

Semoga bermanfaat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI