Lelaki yang tidak mempunyai pendapatan tidak layak untuk dijadikan suami. Mereka tidak mampu untuk menyara hidup anda. Kalau ada pun diantara mereka yang punyai pendapatan, mereka boros dengan hasil pendapatan mereka. Mereka tidak tahu membahagikan hasil pendapatan mereka.
Apa mungkin seorang lelaki yang bakal memberi nafkah kepada anda, hidup dengan masih bergantung pada orang tuanya? Itukah calon yang sesuai untuk dijadikan suami? Silap haribulan, wang anda yang disapu habisnya nanti.
Pemalas disini difokuskan pada keadaan mereka menguruskan diri mereka sendiri. Lihat sahaja bagaimana mereka menguruskan katil tidur mereka sehingga tidak dapat membezakan pakaian kotor dan bersih. Mereka hanya anggap mengemas rumah hanya kerja wanita.
Seorang lelaki loser sentiasa berfikiran negatif. Mereka menganggap apa yang mereka hendak lakukan semuanya tidak boleh. Wanita yang bercinta dengan lelaki ini pasti akan sentiasa diburuk-burukan.
Ini merupakan lelaki paling bahaya dan patut wanita jauhi dan hindari. Kalau dibenarkan untuk bunuh, sila bunuh beramai-ramai. Lelaki jenis ini akan menghalang anda dari berinteraksi dengan dunia luar hingga menyebabkan anda begitu tertekan.
Pengotor
Bila lelaki pengotor mereka memang susah nak berubah, kalau pengotor sekadar sikit-sikit tidak mengapa, ni kalau lepas makan malas basuh pinggan, malas basuh baju dan segalanya malas, lebih baik anda tak payah kahwin, nanti anda dijadikan bibik pula.
Lelaki Yang Berani Meninggalkan Solat
Orang yang berani meninggalkan solat, bererti telah berani mengkhianati Allah, apalagi amanah manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Perjanjian kami dengan mereka adalah solat. Orang yang meninggalkannya, beerrti dia telah kafir.” (HR. At-Tirmidzi)Bagaimana engkau dapat mempercayai suami yang tidak memenuhi syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika datang kepadamu orang yang kau sukai agamanya…”, padahal solat adalah tiang agama.
Dayus
Dayus adalah lelaki yang tidak memiliki rasa cemburu kepada isteri, dan membiarkan anak-isterinya terjerumus dalam maksiat. Dengan kemajuan zaman, peradaban moden, dan perkembangan dunia, dia melarang isterinya berhijab kerana hal ini dianggapnya kuno dan membolehkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki, dan tertawa dengan lelaki lain.