8 Cara Mudah Hilangkan Panas Badan Secara Alami, Ketika Cuaca Panas Melanda

Share

Cuaca panas yang melanda negara sejak akhir-akhir ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan badan menjadi panas. Tahap kepanaskan dia kadang kala sampai berpeluh-peluh kita dibuatnya kalau berada dalam rumah, walaupun kipas dah buka sampai habis limit sampai tidur tak lena.

Keadaan ini juga menyebabkan badan kita sering panas dalam dan menyebabkan tekak terasa kering, badan lemau, berpeluh sepanjang masa dan pening kepala kalau dah sampai tahap panas hingga ke kepala.

Cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan.

1) Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.

2) Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.

3) Tebuk sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali.

4) Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari

5) Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.

6) Layur 2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari

7) Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.

8) Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.

Boleh juga minum air cap badak bila badan panas.
Selamat mencuba dan silakan share!

 

Published by
Ruziana Zainal