Cuaca panas yang melanda negara sejak akhir-akhir ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan badan menjadi panas. Tahap kepanaskan dia kadang kala sampai berpeluh-peluh kita dibuatnya kalau berada dalam rumah, walaupun kipas dah buka sampai habis limit sampai tidur tak lena.
Keadaan ini juga menyebabkan badan kita sering panas dalam dan menyebabkan tekak terasa kering, badan lemau, berpeluh sepanjang masa dan pening kepala kalau dah sampai tahap panas hingga ke kepala.
Cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan.
1) Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.
2) Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.
3) Tebuk sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali.
4) Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari
5) Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.
6) Layur 2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari
7) Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.
8) Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.
Boleh juga minum air cap badak bila badan panas.
Selamat mencuba dan silakan share!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
6 Senaman Untuk ‘Upper Body’ Terutama Bahagian Dada, Baru Mantap!
Jika anda mahukan badan berotot mantap, membina otot dada mestilah menjadi salah satu matlamat utama anda. Tetapi tidak ramai yang mampu atau tidak ingin mengeluarkan duit yang banyak untuk ke gym.
Maskulin kongsikan kepada anda 5 senaman yang wajib anda lakukan jika ingin besarkan otot di dada.
1) Push Up
Push up akan menguatkan otot di dada. Caranya tolak badan ke bawah dan ke atas seperti biasa. Jika anda melebarkan sedikit tangan, ia akan mengurangkan tekanan terhadap tangan dan lengan.
2) Chest Fly
Ada memerlukan 1.5 liter atau 5.5 liter botol berisi air.
Caranya memerlukan anda baring, pegang botol dengan tangan yang lurus serta pastikan keadaan botol itu dipegang dalam keadaan stabil.
Kemudian bawa tangan ke kiri dan tengah badan dan repeat selama 15 kali. Otot atas dada akan bekerja dan membentuk.
3) Decline Push Up
Ambil kerusi atau bangku di rumah, letakkan kaki anda di atas kerusi dan tapak tangan di lantai dan bawa badan ke bawah selama beberapa ketika dan bawanya ke atas semula.
4) Reverse Grip Push Up
Gunakan dua kerusi, letakkan tapak tangan anda di kerusi tersebut dan kaki di lantai. Tekan badan ke bawah dan kemudian tolak badan ke atas sebanyak 20 kali.
Dengan lakukan senaman seperti ini, bahagian atas dada akan rasa terbakar dan akan menguatkan lagi bahagian tersebut.
5) Underhand Front Raise
Senaman ini bagus untuk ‘Upper Chest’ dan ‘Inner Chest’ anda. Caranya genggam botol air 1.5 atau 5.5 litter dan gerakan ke atas dan ke bawah. Pastikan upper chest dan inner chest anda bekerja dan otot anda tertarik saat anda membuatnya. Lakukan selama 10 kali ulangan.
Semoga beberapa tip senaman di atas dapat membantu anda mendapatkan otot ‘upper body’ terutamanya di bahagian dada dan abdomen dengan lebih mantap!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Letak 6 Bahan Dapur Ini, Gerenti Tak Nampak Bayang Lipas Lagi Di Rumah
Lipas ni bukan kaum wanita je geli, kadang-kadang para lelaki pun mau meloncat kalau jumpa lipas lagi-lagi yang tengah terbang tu. Memang gerun!
Masalah lipas dekat rumah memang susah nak elak. Dah buat bermacam cara sekalipun, pasti akan muncul di sesetengah bahagian di rumah terutama di bahagian dapur, atau ruang tamu kan. Jangan risau, kami ada petua berguna untuk korang halau lipas dengan berkesan. Cuba dan lihat hasilnya okay!
1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Letak dekat kawasan yang banyak lipas.
2. Biji pelaga juga berkesan. Korang ambil beberapa biji pelage dan letak di kawasan lipas membiak.
3. Buah lemon? Ya, lemon juga petua untuk menghalau lipas. Korang potong hirisan lemon dan letak di kawasan lipas selalu muncul.
4. Pernah tahu sebenarnya hujung timun atau pangkalnya akan membuatkan lipas mati? Kalau tak percaya, cuba letak di kawasan yang banyak lipas.
5. Petua seterusnya, ubi kentang. Caranya? Korang rebus kentang sampai masak. Kemudian lenyekkan dan campur serbuk penaik , lepastu korang gaul. Jadikan adunan itu berbentuk bulat dan letak di kawasan lipas. Lihat apa hasilnya nanti ya
6. Daun pandan harus dihiris terlebih dahulju dan letak dalam uncang , jangan lupa untuk tebuk uncang tersebut okay!. Letak di kawasan pembiakan lipas.
Guna bahan-bahan yang sedia ada jer , memang berkesan, selamat mencuba!
Sumber : Petua bonda
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tahi Lalat Risiko Kanser?
Apa itu Tahi lalat atipikal?
Tahi lalat atipikal adalah tahi lalat benigna (bukan kanser) tetapi kelihatan luar biasa, juga dikenali sebagai ‘dysplastic nevi’ .
Tahi lalat atipikal boleh menyerupai melanoma (sejenis kanser kulit) , dan meningkatkan risiko anda untuk terkena kanser tersebut pada tahi lalat atau mana-mana bahagian tubuh badan. Lebih banyak bilangan tahi lalat yang dimiliki, lebih tinggi risikonya . Mereka yang mempunyai 10 atau lebih tahi lalat , memiliki risiko untuk terkena melanoma sebanyak 12 kali ganda berbanding masyarakat umum yan
Punca
Apakah punca Tahi lalat atipikal?
Sel-sel kulit yang menghasilkan pigmen (melanosit) kadangkala berkumpul bersama untuk menghasilkan tahi lalat. Melanosit boleh menghasilkan tahi lalat abnormal yang dipanggil tahi lalat atipikal atau “dysplastic nevi”.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Tahi lalat atipikal?
Lazimnya, tahi lalat atipikal berpunca daripada kulit yang selalu terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga cenderung untuk diwarisi turun temurun, terutamanya bagi Caucasians: 2-8 percent Caucasians memiliki tahi lalat ini.
Anda mesti berjaga-jaga sekirannya memiliki tahi lalat atipikal dan pada masa yang sama, mempunyai faktor-faktor risiko untuk melanoma seperti berikut:
- Kulit, rambut dan mata yang cerah
- Jeragat
- Tahi lalat yang banyak
- Sejarah peribadi dan keluarga berkaitan dengan melanoma atau kanser kulit bukan melanoma
- Sensitif pada cahaya matahari
- Ketidakupayaan untuk berjemur
- Terkena selaran matahari berulang kali
- Lahir dengan tahi lalat yang besar
Bagaimana pesakit Tahi lalat atipikal didiagnosis?
Tahi lalat yang normal adalah bintik-bintik perang kecil atau ketumbuhan pada kulit yang muncul dalam dekad pertama kehidupan dan berlaku hampir kepada semua orang. Ia boleh kelihatan rata atau terbenjol dan selalunya berbentuk bulat dan sekata. Kebanyakannya disebabkan oleh kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
Melanoma, salah satu jenis kanser kulit yang merbahaya,selalunya muncul sebagai bintik/tompokan yang tidak simetri, sempadan yang tidak sekata , warna yang pelbagai atau tompokan yang berterusan membesar.Ia mungkin bermula dengan tompokan yang rata dan kemudian menjadi lebih berbenjol. Salah satu jenis melanoma yang jarang berlaku iaitu amelanotik (melanoma yang tidak mengandungi sebarang pigmen) mempunyai warna yang berbeza dengan melanoma jenis lain. Ia mungkin berwarna merah jambu, merah, sama dengan warna kulit atau lain-lain warna,membuatkan ia sukar untuk dikenalpasti.
Kadangkala, sukar untuk membezakan diantara tahi lalat atipikal dan melanoma peringkat permulaan (sesetengah melanoma bermula dengan tahi lalat atipikal). Mengetahui peringkat/tahap ciri-ciri atipikal pada tahi lalat membantu untuk mengenalpasti samada ia tidak merbahaya, berisiko sederhana atau tinggi untuk bertukar kepada melanoma.Kebanyakan doktor akan memeriksa tahi lalat tersebut dengan dermoskop, sejenis alat kanta pembesar yang membenarkan doktor untuk melihat struktur dalaman kulit dan warna yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Doktor juga barangkali akan memotong keseluruhan atau sebahagian tahi lalat untuk dihantar ke makmal dan diperiksa.
Bagaimana pesakit Tahi lalat atipikal dirawat?
Sekiranya doktor mengesahkan tahi lalat tersebut sebagai atipikal atau terdapat tahi lalat baru yang muncul selepas umur 40 tahun, barangkali doktor akan menjalankan biopsi dengan memotong/mengambil keseluruhan atau sebahagian tahi lalat untuk diperiksa menggunakan mikroskop.
Sesetengah doktor berpendapat, hampir semua tahi lalat atipikal berisiko untuk bertukar menjadi melanoma dan patut dibuang sepenuhnya, tetapi ada sebahagian lain berpendapat untuk membuang tahi lalat yang berisiko tinggi sahaja. Apa pun pilihannya, pemantauan secara berkala sangat penting bagi tahi lalat atipikal supaya sekiranya terdapat sebarang perrubahan, ia boleh dikesan dan dirawat seawal mungkin.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Tahi lalat atipikal?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi tahi lalat atipikal :
- Memakai pelindung cahaya matahari yang rapi
- Melakukan pemeriksaan sendiri daripada hujung kaki ke kepala setiap bulan
- Dapatkan khidmat pakar untuk pemeriksaan berkala
Sesiapa sahaja terutamanya yang berisiko tinggi untuk mendapat melanoma, harus melakukan perkara berikut:
- Memeriksa kulit badan sepenuhnya setiap bulan,menggunakan cermin di bawah pencahayaan yang baik untuk membantu anda melihat setiap sudut tubuh badan. Minta bantuan daripada ahli keluarga atau kawan untuk memeriksa bahagian belakang dan bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat sendiri. Pengering rambut boleh membantu sewaktu memeriksa kulit kepala. Jangan lupa untuk memeriksa tapak kaki dan celah jari kaki.
- Dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda menemui sebarang tanda amaran melanoma. Tunjukkan pada doktor anda tahi lalat yang mempunyai tanda, simptom atau perubahan tersebut. Jadualkan pemeriksaan keseluruhan kulit tubuh dengan doktor sekali setiap tahun atau lebih kerap lagi sekiranya terdapat perubahan pada tahi lalat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
SUMBER : https://hellodoktor.com/
Oleh : Muhammad Zofir Wajdi
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI