Isi Kandungan
ToggleCuaca panas yang melanda negara sejak akhir-akhir ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan badan menjadi panas. Tahap kepanaskan dia kadang kala sampai berpeluh-peluh kita dibuatnya kalau berada dalam rumah, walaupun kipas dah buka sampai habis limit sampai tidur tak lena.
Keadaan ini juga menyebabkan badan kita sering panas dalam dan menyebabkan tekak terasa kering, badan lemau, berpeluh sepanjang masa dan pening kepala kalau dah sampai tahap panas hingga ke kepala.
Cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan.
1) Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.
2) Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.
3) Tebuk sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali.
4) Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari
5) Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.
6) Layur 2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari
7) Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.
8) Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.
Boleh juga minum air cap badak bila badan panas.
Selamat mencuba dan silakan share!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Merdeka Quran Hour: Mengapa gaji tak pernah cukup? Ini jawapannya!
1) Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.
2) Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.
3) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikatakan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripaad kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.
4) Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepaad orang lain dan tidak menyusahkan.
5) Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajarannya. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.
6) Kalau rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenarnya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.
7) Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Nabi SAW pernah bersabda doa yang tak dimakbulkan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram.
Maka itulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Tapi kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata.
Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan adalah rezeki dari Allah SWT kurniakan. seperti yang terdapat didalam ayat al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya”
sumber: islamituindah.com.my
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tahukah Kamu Bahawa Batuk Berdarah Itu Membawa Maut?
Batuk berdarah adalah darah yang keluar bersama kahak ketika batuk, berpunca dari paru-paru. Darah yang keluar mungkin setitik dua, segaris atau dengan kuantiti yang banyak. Batuk berdarah mempunyai banyak punca atau penyebab.
Yang penting sekali adalah memastikan darah itu keluar dari paru- paru dan bukan dari organ yang lain contohnya hidung dan perut. Menentukan punca pendarahan adalah sangat penting kerana ia dapat membezakan rawatan, jangka masa untuk sihat dan hasil rawatan.
Jika anda ada batuk berdarah, sila berjumpa doktor dengan segera supaya punca batuk darah dapat dikesan.
Gejala
Batuk berdarah adalah tanda untuk kebanyakan penyakit, dari jangkitan kuman hingga ke kanser. Selain dari batuk berdarah, pesakit juga boleh mengalami tanda-tanda berikut:
- Sakit dada terutama ketika menarik nafas
- Penat
- Sesak nafas (ketika rehat atau membuat aktiviti ringan)
- Demam
- Nafas laju
- Berpeluh waktu malam
- Kurang selera makan
- Penurunan berat badan tanpa dirancang
Penyebab batuk berdarah:
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Tibi
- Kanser paru-paru
- Bronkitis kronik
- Bronchiectasis
- Nanah paru-paru
- Jangkitan kulat terutama “mycetoma”
- Darah beku di paru-paru (pulmonary embolism)
- Paru-paru berair ( pulmonary edema)
- Jantung lemah (congestive cardiac failure)
- Hipertensi pulmonari
- Kongenital atau acquired systemic coagulopathy contoh: leukaemia, thrombotic thrombocytopenic purpura
- Penggunaan ubat pencair darah contoh: warfarin, heparin
- Tersedut benda asing ke dalam paru-paru (inhaled foreign body)
- Penyakit auto immune dan vasculitis ( Wageners Granulomatosis, Goodpasture’s syndrome, systemic lupus erythematosis, Henoch-Schonlein purpura)
- Kecederaan kepada paru-paru
- Malformasi saluran darah kongenital pulmonari (pulmonary artero-venous malformation).
- Salur darah pecah selepas batuk yang kuat
Ujian yang dijalankan
Ujian yang dijalankan adalah ujian makmal termasuk ujian kahak dan darah serta xray paru-paru. Bergantung kepada punca dan bentuk batuk darah tersebut, ujian bronkoskopi dan imbasan CT mungkin diperlukan terutama jika kanser paru-paru disyaki. Selain dari itu, bronkoskopi juga boleh digunakan untuk mengesan lokasi pendarahan dan pendarahan tersebut boleh cuba dihentikan. Angiografi pulmonari juga boleh dibuat untuk mengesan lokasi pendarahan.
Komplikasi
- Lemas (asphyxia)
- Ketidakstabilan hemodinamik
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Jangkitan kuman paru-paru
- Kegagalan buah pinggang
Rawatan
Rawatan batuk berdarah terbahagi kepada tiga:
- Menghentikan pendarahan
- Memastikan pesakit tidak menyedut semula darah ke dalam paru-paru
- Merawat punca penyakit yang menyebabkan batuk berdarah
Rawatan batuk berdarah bergantung kepada kuantiti darah yang keluar dan punca ia berlaku. Darah yang keluar dalam kuantiti yang sedikit tidak memerlukan rawatan yang spesifik dan serta-merta. Walau bagaimanapun, punca batuk berdarah tersebut perlu dikenalpasti dan dirawat. Sebagai contoh, jika punca batuk berdarah adalah dari keradangan paru-paru (pneumonia) dan nanah paru-paru maka pesakit memerlukan antibiotik. Jika batuk berdarah berpunca dari tibi, ubat anti-tibi akan diberi.
Bagi kanser paru-paru, jenis dan tahap kanser serta keupayaan pesakit amatlah penting untuk menentukan rawatan yang selanjutnya. Agen antifibrinolitik (contoh: tranexamic acid) adalah salah satu pilihan yang ada untuk memberhentikan pendarahan.
Batuk berdarah yang banyak adalah satu keadaan yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Ia boleh menyebabkan kematian berpunca dari lemas(asphyxia). Langkah-langkah yang perlu diambil adalah pergi ke jabatan kecemasan hospital yang berdekatan dengan segera.
Di hospital, doktor akan merawat dan cuba mengenalpasti punca pendarahan. Jika batuk berdarah terlalu banyak sehingga menyekat salur pernafasan, bantuan pernafasan akan diberikan.
Antara cara-cara menghentikan pendarahan yang boleh diambil adalah:
- Intubasi bronkial terpilih (Selective bronchial intubation)
- Dimana tiub pernafasan dimasukkan ke dalam paru-paru yang tidak berdarah dan bantuan pernafasan diberikan kepada paru-paru tersebut. Ini dapat mengelakkan darah mengalir masuk ke dalam paru- paru yang normal.
- Bronkoskopi
- ubat adrenaline
- cecair yang sejuk
- kaedah tamponade
- kauterizasi (cauterisation)
- laser koagulasi
- Embolisasi salur darah arteri bronkial ( bronchial arteri embolisation)
- Angiografi pulmonari dibuat untuk mengenalpasti salur darah yang luka dan gam atau gegelung (coil) akan dimasukkan untuk menutup luka tersebut.
- Pembedahan
- Pembedahan selalunya adalah pilihan yang terakhir di mana paru-paru yang berdarah akan dibuang.
Pencegahan
Tiada pencegahan tertentu untuk menghalang batuk berdarah. Yang penting perlu
- Hidup sihat
- Berhenti merokok
- Bersenam
- Berjumpa doktor seawal mungkin jika ada batuk berdarah
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kalau Tak Nak Kulit Banyak Masalah, Elak Buat 7 Kesilapan Ini Masa Cuci Muka!
Isi Kandungan
ToggleKalau cakap bab kulit wajah, lelaki juga tak mahu kalah. Kini lelaki sudah berlumba-lumba mengamalkan pelbagai produk mahupun petua untuk miliki kulit yang licin. Namun tanpa lelaki sedar, dalam menjaga kebersihan wajah, ada beberapa kesilapan yang mereka sering lakukan semasa mencuci muka sehingga boleh memberi banyak masalah buat kulit wajah.
Ini merupakan tujuh kesilapan yang biasa lelaki lakukan masa mencuci muka. Jom check it out, ada tak korang buat macam ni?
1. Salah pilih produk
Sebelum membeli produk mencuci muka, ketahui jenis kulit anda terlebih dahulu. Gunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Ini kerana pembersih wajah mempunyai bahan kandungan yang berbeza-beza mengikut jenis kulit.
2. Bahan alergik
Produk kecantikan juga ada bersifat alergik pada kulit. Jika anda kategori kulit yang sensitif, baca label bahan produk terlebih dan bertanya pada pakar sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda membeli. Jangan sembarangan membeli produk mencuci muka, takut merosakkan kulit wajah anda pula.
3. Salah suhu air
Ada mitos mengatakan air panas berfungsi untuk membuka liang pori-pori kulit wajah manakala air sejuk pula digunakan untuk menutupi liang pori. Sebaliknya, air yang sesuai untuk membersihkan muka adalah air suam. Wajah akan terasa lebih nyaman menggunakan air suam.
4. Pengelupasan
Pengelupasan merupakan cara efektif untuk mengangkat sel-sel kulit mati. Bagi yang membeli produk pengelupasan kulit, gunakan dua kali seminggu. Ia tidak boleh digunakan setiap hari kerana produk pengelupasan mempunyai tekstur skrub yang sedikit kasar.
Elak sental dengan kasar pada kulit kerana ia boleh merosakkan kulit wajah. Sebaiknya sental dengan lembut agar segala sel kulit mati dapat disingkirkan.
5. Salah cara membilas wajah
Jika anda sedang terburu-buru, anda cenderung untuk membilas wajah ala kadar sahaja. Padahal sisa-sisa sabun yang melekat pada wajah jika tidak dibersihkan sepenuhnya boleh membuatkan liang-liang pori tersumbat dan kulit menjadi kering.
Bahagian yang paling jarang dibilas adalah sekitar rahang, garis rambut dan hidung. Berikan perhatian di bahagian-bahagian ini agar keseluruhan kulit wajah anda dapat dibersihkan.
6. Terlalu kerap mencuci
Umum mengetahui bahawa mencuci wajah hanya dilakukan dua kali sehari. Lebih dari itu, ia hanya akan merosakkan kulit dan menjadikan kulit tambah berminyak. Jika anda masih ingin mencuci wajah, sebaiknya gunakan air yang suam sahaja.
7. Cara salah mengeringkan kulit
Selepas membersihkan wajah, gunakan sehelai tuala yang bersih untuk mengelap dan mengeringkan wajah. Teknik yang betul adalah dengan menepuk tuala secara lembut pada wajah dan bukannya menggosok tuala pada kulit wajah dengan kasar.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI