Pada masa kini pelbagai jenis bag digunakan oleh golongan lelaki dalam tugasan kerja atau kegiatan harian.
Beg sandang, beg silang, beg pouch dan beg sling merupakan antara pilihan utama. Manakala bagi golongan profesional pula menjadikan briefcase atau beg bimbit sebagai pilihan utama.
Dalam kegiatan harian yang sibuk pastinya ada memerlukan beberapa brangan dan produk yang perlu digunakan setiap masa. Kali ini MASKULIN ingin kongsi tip 10 barang yang wajib ada dalam beg anda!
Jika kamu seorang ahli perniagaan, business card adalah benda penting yang wajib ada bersama kamu, setiap masa. Selain untuk mengembangkan tahap sosial kamu, ia juga membantu kamu merebut peluang keemasan yang datang secara tak diduga, menjadikan kamu seorang yang lebih bersedia dan profesional. Business card case ini memastikan bahawa kad kamu sentiasa dalam kualiti yang baik, dan tanpa ragu, kamu bisa memberi pada pihak yang berkenaan.
BACA: 6 Beg Gym Pilihan Ramai. Mungkin Anda Dah Boleh Tukar Beg Anda Yang Masam
Dunia hari ini, semuanya bermain dengan kuasa teknologi. Manakan tidak, hendak mencari sesebuah lokasi pun masih memerlukan Internet. Jadi, penggunaan power bank mampu membantu anda melancarkan jadual harian kamu dengan memastikan tefon pintar sentiasa ada bateri. Supaya menjadi lebih efektif. Malah, proses kerja kamu lebih mudah.
Walaupun kelihatan sedikit old school, namun dengan membawa buku nota menjadikan kamu seorang yang sofistikasi dan fokus dalam karier kamu. Buku nota bukan sahaja mudah dibawa, malah ia menyenangkan kamu sekiranya ada informasi yang harus kamu catat dengan tiba-tiba dengan pantas. Ia juga tidak mudah hilang. Senang bukan?
Kadang-kadang apabila kita berada dalam situasi yang tidak menentu, kelam-kabut dan sebagainya, pasti ada perkara di luar jangkaan yang berlaku. Contohnya, telefon bimbit kamu terjatuh. Selalu kan? Jadi, untuk mengelak dari berlakunya perkara ini terjadi, apa kata kamu bawa phone case di dalam beg kamu. Just in case, siapa tahu?
Terperangkap dalam hujan lebat, bersama wanita yang kamu idamkan adalah saat romantis dan bonus bagi kamu! Bukankah kamu akan tampak lebih gentleman dengan membawa payung bersama? Dulu mungkin ada orang bilang “hey tak lelaki lah tak kena hujan!” Tidak! Bukan hari ini! Daripada kamu demam dan selsema terkena hujan, lebih baik kamu mencari jalan untuk mencegahnya. Membawa payung seolah-olah kamu membawa duit lebih untuk membayar kereta kamu yang tiba-tiba rosak di tepi jalan.
Rambut. Ada apa dengan rambut? Ramai orang tahu rambut ini seumpama mahkota kita. Terutamanya lelaki, gaya rambut yang tepat mampu mengubah keseluruhan penampilan kamu kepada gaya yang stailo. Salah satu kunci untuk kamu sentiasa nampak kemas adalah dengan membawa pocket comb. Mudah dan senang digunakan. Jadi, kamu boleh sentiasa bersedia untuk memikat mana-mana gadis di depan kamu!
Jika kamu membawa buku nota, kamu juga harus membawa sebatang pen. Tidak lengkaplah gaya lelaki sofistikasi kamu jika tidak membawa pen. Namun, jika kamu bijak, pilihlah jenis pen yang betul-betul menunjukkan kematangan kamu sebagai seorang lelaki. Biar orang sekeliling memberi fokus kepada kamu apabila kamu mengeluarkan pen kamu. Sebatang pen itu melambangkan keseluruhan personaliti kamu, dan juga citarasa kamu juga.
Lelaki paling tidak suka untuk melabur duit semata-mata untuk membeli tisu basah. Hey! Jika kamu seorang yag kulit berminyak, tisu basah (non-chemical/ non-alcohol) sangat membantu kamu untuk tampak segar dan bersih. Tidak perlu membasuh muka kamu yang barangkali boleh membasahkan baju serta seluar kamu, guna sahaja tisu basah yang sesuai dengan kulit muka untuk menghilangkan minyak di muka!