Arus kemodenan barat yang meracuni otak generasi kini mungkin penyebab kita lupa dan alpa akan ajaran yang di ajar oleh baginda Rasullullah. Betul jika, jika ingin kehidupan yang sihat kamu perlu hidupkan sunnah nabi ini. Ia memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3. JANGAN MAKAN BERLEBIHAN
Ads
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
4. BANYAKKAN BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. JANGAN MARAH
Ads
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6. SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
Ads
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8. JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dah ada plan nak berbuka puasa dekat mana musim Ramadhan ni? Tanya nak makan mana pun susah nak jawab, apa lagi nak makan mana untuk berbuka puasa. Masa-masa inilah semua umat Islam nak berbuka dengan kawan-kawan sekolah, kawan-kawan Universiti dan keluarga. Ramadhan merupakan bulan mulia yang paling ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Dan pastinya, ada segelintir anda yang dah set untuk makan dimana, namun restoran atau café tersebut sentiasa penuh.
Mungkin anda boleh ubah dengan membeli makanan di bazar Ramadhan dan nikmatiknya bersama rakan-rakan anda di tempat lapang seperti taman atau kawasan riadah? Ini antara tempat-tempat yang sesuai:
1)Putrajaya
Putrajaya sememangnya menjadi tarikan pelancong sejak ia dibina lagi. Di Persint 3, bersebelahan dengan Mahkamah Putrajaya ada terletakknya Bazar Ramadhan besar-besaran. Jika anda kerja atau tinggal berhampiran dengan Putrajaya, mungkin anda boleh ke sini dan hampar tikar atau surat khabar dan nikmati konsep picnic bersama rakan-rakan atau keluarga. Jika anda nak jauh sikit, boleh ke jambatan Gemilang, Putrajaya. Sana juga mempunyai pemandangan menarik. Selepas berbuka puasa, anda boleh singgah seketika di Masjid berdekatan untuk menunaikan solat Maghrib.
2)Tasik Shah Alam
Kepada anda yang tinggal di kawasan Shah Alam, anda boleh ke Tasik Seksyen 2 Shah Alam dan nikmatilah juadah berbuka puasa di sana. Dalam kawasan itu juga anda boleh membeli makanan dan minuman untuk dijadikan juadah berbuka. Ataupun anda boleh singgah sebentar di Bazar Ramadhan berdekatan untuk membeli juadah. Bazar Shah Alam terletak di hadapan PKNS.
3)Dataran Merdeka
Semestinya jika anda nak merasakan kemeriahan, anda boleh hampar tikar di padang Dataran Merdeka dan nikmati buka puasa dengan sahabat handai dan keluarga. Ini memang sesuai dijadikan aktiviti riadah hujung minggu. Selain daripada menjadi pusat tarikkan pelancongan, tourist juga gemar untuk berkunjung ke sini untuk turut menyertai berbuka puasa bersama rakan-rakan Islam mereka.
4)Bulatan Meru, Ipoh
Ini untuk mereka yang berada di Ipoh. Bulatan ini telah menjadi tarikan tempatan untuk beriadah. Macam-macam aktiviti yang boleh anda lakukan untuk beriadah di sini termasuk berbuka puasa. Jika rakan anda dari KL datang dan nak berbuka puasa dengan anda. Gurau dengan mereka “jom berbuka dekat roundabout” pasti mereka ingat bulatan yang sesak dengan kereta di KL. Pasti mereka akan terkejut dengan permandangan dan keselesaan bulatan ini.
5)Dataran Pahlawan, Bandar Melaka
Boleh juga hampar tikar di sini dan nikmati juadah berbuka puasa. Apa yang pasti Bandar Melaka merupakan kawasan tumpuan perlancongan di Melaka. Jadi ini memudahkan anda untuk berjumpa dan beriadah, mungkin setelah tamat berbuka puasa dan solat, anda boleh habiskan masa dengan keluarga dan rakan-rakan di dalam pusat membeli-belah. Musim nak raya ni kan? Banyak nak beli ni.
6)Padang Majlis Perbandaran, Kuantan
Jika anda ke bandar Kuantan pada bulan Ramadhan, jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan berbuka puasa beramai-ramai di sini. ia hanya bersebelahan dengan Masjid Negerinya. Kalau kena pada waktunya terutama hujung minggu, jumlah mengunjung yang berbuka puasa di atas padang ini boleh mencecah sehingga ribuan orang untuk satu masa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya melakar sejarah sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik bagi pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Dengan sejumlah 14 orang meraih keputusan semua A+ dan 81 orang meraih semua A, sekolah khusus lelaki itu berjaya mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.07.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi sekolah itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menzahirkan rasa syukur dan bangganya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya semalam.
“Kejayaan seperti ini bukannya datang bergolek dan pastinya menjadi impian saya secara peribadi sejak lapan tahun lalu apabila diberi tanggungjawab menjadi Yang Dipertua PIBG sehingga kini.
“Barangkali, tidak keterlaluan untuk saya katakan, pencapaian terbaik sekolah lelaki dalam SPM sejak sekian lama,” tulisnya.
Beliau yang tidak dapat turut serta pada hari pengumuman keputusan SPM kerana bertugas di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang itu turut mengingatkan para pelajar untuk kekal merendah diri meraikan kejayaan masing-masing.
Foto: Pelajar SAS (batch Warriors1923) meraikan kejayaan mereka ketika hari pengumuman keputusan SPM 2023.
“Kepada anak-anak SAS, raikan hari ini dengan penuh kegembiraan dan penuh rasa rendah diri kerana ini adalah hasil ikhtiar dan usaha kalian semua sebagai Warriors1923.
“Pastinya tidak ada kata-kata yang lebih berharga melainkan syukur dan juga tahniah kepada anda semua atas usaha dan juga ikhtiar yang telah dilakukan dalam membanggakan ibu bapa, sekolah dan diri sendiri.
“Ucapkanlah rasa terima kasih kepada ibunda serta para pendidik yang telah memberikan yang terbaik untuk kalian semua,” tambahnya.
Sekadar makluman, Warriors1923 merupakan nama kumpulan bagi pelajar sekolah tersebut yang menduduki SPM pada tahun 2023.
Angka 1923 pada nama itu merujuk pada tahun mereka mendaftar masuk sebagai pelajar tingkatan satu pada tahun 2019 dan tahun akhir pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan lima pada 2023.
Untuk rekod, ranking SPB terbaik tidak rasmi menujukkan SAS berada di kedudukan pertama, diikuti Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di kedudukan kedua dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) di kedudukan ketiga.
Ranking tidak rasmi yang melibatkan sekolah bukan SBP pula menunjukkan SAS berada di kedudukan kedua selepas Maahad Tahfiz Negeri Pahang, demikian menurut laporan Vocket.