7 Trik Jaga Sneakers Putih Berjenama Agar Kekal Cantik Macam Baru Unbox!

Share

Pemakaian sneakers putih sentiasa evergreen dan tidak pernah lapuk ditelan zaman. Ia juga dianggap item fesyen yang paling mudah untuk disuai padan dengan apa jua pakaian.

Namun, ada satu perkara yang orang berfikir dua kali untuk membeli sneakers putih iaitu ia sukar untuk dijaga. Lebih-lebih, ia mudah kotor apabila kena pijak.

Bagi mengatasi masalah sneakers putih cepat kotor, MASKULIN kongsikan tujuh tip dan cara membersihkan sneakers putih agar ia kekal cantik macam baru unbox.

BACA: Kalau Nak Kasut Nampak Baru Macam Lepas Keluar Kedai, Sangat Disarankan Ikut 3 Tip Ini!

1. Guna sabun mandi dan air

Cara ini sesuai untuk sneakers putih daripada material getah dan kanvas. Campurkan sedikit sabun mandi ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, gunakan span lembap dan gosok perlahan-lahan pada kekotoran yang ada pada sneakers putih. Selepas itu, jemurkan sneakers putih agar ia kering.

2. Gosok dengan span Magic Eraser

Magic Eraser ini anda boleh dapatkan di kebanyakan pasar raya. Span ini ternyata boleh membersihkan segala kekotoran dengan mudah. Anda hanya perlu gosokkan span ini pada kekotoran pada sneakers putih anda terutamanya pada bahagian getah.

BACA: 4 Trik Beli Kasut Sukan Elak Kaki Sakit & Mudah Cedera!

3. Gunakan ubat gigi dan berus gigi

Gunakan berus gigi yang anda tak mahu gunakan lagi. Sapukan dengan ubat gigi dan percikkan sedikit air pada sneakers putih. Selepas itu, sentalkan bahagian sneakers putih yang kotor hingga bersih.

4. Gunakan sabun cuci pinggan atau syampu sebagai alternatif

Sabun jenis ini juga boleh digunakan untuk membersihkan sneakers putih anda. Caranya sama seperti kaedah nombor satu, cuma pastikan anda mengawal sedikit penggunaan cecair pada sneakers putih anda.

BACA: Selain Tunggu Kaki Jadi Kembang, Ini 4 Waktu Sesuai Untuk Anda Beli Kasut!

5. Gunakan cecair peluntur ketika darurat

Gunakan cecair peluntur apabila keadaan darurat sahaja. Ini kerana, ia akan membuatkan fabrik kasut anda mudah terhakis. Kombinasi yang sesuai adalah ¼ bahan peluntur dan ¾ air biasa. Sentalkan dengan berus gigi dan pastikan anda memakai sarung tangan, bimbang ia boleh membuatkan kulit tangan anda pedih.

6. Elak cuci sneakers dalam mesin basuh

Jangan campak sneakers putih anda ke dalam mesin basuh. Suhu panas di dalam mesin basuh akan membuatkan sneakers putih anda bertukar menjadi kuning. Bayangkan kalau anda membeli sneakers putih berharga RM350, lepas cuci dalam mesin terus susut nilai sneakers putih anda itu.

7. Letakkan uncang teh untuk sedut bau busuk

Tidak dinafikan, ada di antara kita yang menghidapi penyakit kaki dan tangan berair. Bila berair, maka pelbagai bau akan timbul. Jadi, selepas anda membuka sneakers, letakkan uncang teh di dalam sneakers untuk menyegarkan bau sekali gus menghilangkan bau busuk pada sneakers anda.

Published by
arif.karim