Pemakaian sneakers putih sentiasa evergreen dan tidak pernah lapuk ditelan zaman. Ia juga dianggap item fesyen yang paling mudah untuk disuai padan dengan apa jua pakaian.
Namun, ada satu perkara yang orang berfikir dua kali untuk membeli sneakers putih iaitu ia sukar untuk dijaga. Lebih-lebih, ia mudah kotor apabila kena pijak.
Bagi mengatasi masalah sneakers putih cepat kotor, MASKULIN kongsikan tujuh tip dan cara membersihkan sneakers putih agar ia kekal cantik macam baru unbox.
Cara ini sesuai untuk sneakers putih daripada material getah dan kanvas. Campurkan sedikit sabun mandi ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, gunakan span lembap dan gosok perlahan-lahan pada kekotoran yang ada pada sneakers putih. Selepas itu, jemurkan sneakers putih agar ia kering.
2. Gosok dengan span Magic Eraser
Ads
Magic Eraser ini anda boleh dapatkan di kebanyakan pasar raya. Span ini ternyata boleh membersihkan segala kekotoran dengan mudah. Anda hanya perlu gosokkan span ini pada kekotoran pada sneakers putih anda terutamanya pada bahagian getah.
Gunakan berus gigi yang anda tak mahu gunakan lagi. Sapukan dengan ubat gigi dan percikkan sedikit air pada sneakers putih. Selepas itu, sentalkan bahagian sneakers putih yang kotor hingga bersih.
Ads
4. Gunakan sabun cuci pinggan atau syampu sebagai alternatif
Sabun jenis ini juga boleh digunakan untuk membersihkan sneakers putih anda. Caranya sama seperti kaedah nombor satu, cuma pastikan anda mengawal sedikit penggunaan cecair pada sneakers putih anda.
Gunakan cecair peluntur apabila keadaan darurat sahaja. Ini kerana, ia akan membuatkan fabrik kasut anda mudah terhakis. Kombinasi yang sesuai adalah ¼ bahan peluntur dan ¾ air biasa. Sentalkan dengan berus gigi dan pastikan anda memakai sarung tangan, bimbang ia boleh membuatkan kulit tangan anda pedih.
6. Elak cuci sneakers dalam mesin basuh
Jangan campak sneakers putih anda ke dalam mesin basuh. Suhu panas di dalam mesin basuh akan membuatkan sneakers putih anda bertukar menjadi kuning. Bayangkan kalau anda membeli sneakers putih berharga RM350, lepas cuci dalam mesin terus susut nilai sneakers putih anda itu.
7. Letakkan uncang teh untuk sedut bau busuk
Tidak dinafikan, ada di antara kita yang menghidapi penyakit kaki dan tangan berair. Bila berair, maka pelbagai bau akan timbul. Jadi, selepas anda membuka sneakers, letakkan uncang teh di dalam sneakers untuk menyegarkan bau sekali gus menghilangkan bau busuk pada sneakers anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang beranggapan bahawa hanya t-shirt sahaja jenis baju yang versatil dan boleh dipadankan dengan mana-mana gaya.
Sebenarnya mereka silap. Antara pakaian yang cukup versatil ialah kemeja. Walaupun ia agak sinonim dengan pemakaian yang lebih formal namun sebenarnya terdapat pelbagai jenis kemeja dengan segala macam corak serta fabrik boleh memberikan gaya tersendiri.
Namun jika silap memilih kemeja maka anda boleh kelihatan terlalu serius. Atau lebih teruk nampak ketinggalan zaman atau lebih tua dari usia sebenar.
Jadi bagaimana untuk elak perkara ini daripada berlaku? Ikuti beberapa tip MASKULIN kongsi di bawah.
FAKTOR WARNA
Visual adalah segalanya. Disebabkan itulah dalam memilih pakaian, warna merupakan ciri-ciri pertama akan menjadi pilihan kita. Selain memberikan peranan cerminan personaliti, warna juga memberikan penampilan sesuai untuk anda. Antara warna yang menjadi trend terkini ialah warna-warna pastel. Warna pastel nampak lebih moden dan sesuai digayakan dengan pelbagai jenis gaya.
FAKTOR CORAK
Sesekali cubalah menggayakan kemeja dengan corak. Salah satu corak yang popular ialah kemeja bercorak petak atau dikenali dengan nama flanel. Ia boleh memberikan anda gaya seorang yang rugged dan seperti rockstar.
JENIS KOLAR
Bagi anda yang ingin mencari kelainan boleh cuba menggayakan kemeja dengan kolar yang lebih unik. Sebagai contoh jika anda seorang yang berwajah kecil dan cengkung perlu elak memakai baju berkolar besar. Manakala bagi anda berwajah besar elakkan memakai kolar yang kecil.
PILIHAN SAIZ
Memakai kemeja pada saiz yang betul juga sangat penting. Jika anda berbadan sado elakkan memakai kemeja dengan cutting terlalu slim fit. Sebaliknya carilah kemeja yang loose fit agar bahagian dada tidak terlalu ketat. Manakala bagi mereka yang kurus pula elakkan memakai kemeja yang terlalu longgar. Ia akan buat anda nampak lebih kurus!
JENIS FABRIK
Pilihan fabrik pada kemeja boleh memberikan idea gaya yang berbeza. Untuk keselesaan pilihlan kemeja dari kain jenis kapas kerana ia kurang kedutan. Manakala untuk nampak lebih formal pilihlah kemeja dari fabrik kain satin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang ramai tahu harga seutas jam tangan G-Shock tidak murah, namun kerana kualiti dan rekaannya yang menarik membuatkan orang sanggup untuk berbelanja tinggi untuk memilikinya.
Baru-baru ini, jenama perisian komputer terkenal dunia Asus dan Casio telah bekerjasama untuk mengeluarkan koleksi G-Shock edisi terhad. Ia cukup istimewa dan jumlah pembuatannya tidak banyak.
Model yang digunakan adalah G-Shock GA-100 yang mana ia telah dikemaskini dengan rekaan bertemakan ROG (Republic of Gamers). Ia mampu menahan hentakan serta kalis air sehingga 200 meter.
Selain itu, ia turut dilenagkapi dengan tetapan penggera, pemasa dan dilengkapi dengan kalendar sehingga tahun 2099.