7 Tip Hadapi Harga Minyak Naik Lagi, Ini Yang Kamu Perlu Tahu

Share

Kenaikan harga minyak tanpa henti beberapa minggu ini pasti merunsingkan semua pihak. Bila harga minyak naik ia akan mempengaruhi pelbagai aspek barangan keperluan harian kita terutamanya makanan,pakaian dan perbelanjaan rumah jua meningkat.

Jadi jangan asyik nak merungut je, mari kita bersiap sedia dan demi kelangsungan hidup, kita harus memikirkan langkah-langkah demi ketenangan sekeluarga terjamin.

Berikut adalah 7 tips menghadapi harga minyak naik.

1. Mula catatkan pendapatan dan perbelanjaan

Dengan mencatat segala perbelanjaan bulanan, kita dapat mengenal pasti berapa besar kesan kenaikan harga minyak dan barangan lain berbanding dahulu. Kita juga dapat mengenal pasti sama ada pendapatan bulanan dapat menampung perbelanjaan yang meningkat.

2. Kurangkan perbelanjaan di mana perlu

Dari catatan keluar masuk, anda boleh tahu di mana perbelanjaan boleh dikurangkan. Dari pengalaman kami, antara perkara yang paling mudah hendak dibuang dari senarai perbelanjaan ialah rokok, siaran televisyen berbayar, dan langganan suratkhabar atau majalah. Anda juga boleh berjimat dengan menukar pakej telefon dan internet kepada yang lebih murah.

3. Tambahkan pendapatan

Di dalam dunia teknologi sekarang ini, wang boleh didapati di hujung jari. Terdapat pelbagai pilihan untuk menambah pendapatan tanpa atau kurang modal. Antaranya adalah dengan berniaga secara kecil-kecilan, jadi pemandu uber, melakukan kerja sambilan, menjadi ajen rumah, sewakan rumah secara sublet, perkhidmatan menggosok, pilihan di tangan anda!

4. Mula menabung

Kami tidak bersetuju sekiranya anda menabung hanya sebagai kecemasan, sebaliknya mulalah menabung dengan tujuan membina modal untuk pelaburan. Beri tujuan khusus buat setiap tabungan anda, dan letakkan tabungan ke akaun yang susah hendak dikeluarkan.

5. Melabur untuk pendapatan pasif

Kudrat muda mungkin tidak bertahan sehingga tua. Adalah penting untuk kita memulakan pendapatan pasif agar kita sentiasa beroleh pendapatan sehingga tua. Paip-paip yang boleh dibina antaranya – melalui sewaan dari rumah sewa, bursa saham BSKL, dividen tahunan dari saham, menerima elaun bulanan dari syarikat (buat pemilik syarikat), royalti, aset internet dsbnya.

6. Tambah ilmu

Tambah ilmu dari sehari ke sehari, dengan pelbagai guru. Bila satu ilmu dikuasai, pelbagai benda dapat dibuat dengannya!

7. Bertindak

Bertindaklah dan jangan bertangguh. Yakin dan berdoalah kepada Allah. Jangan panggil diri sendiri miskin, kerana miskin itu hanya keadaan sementara. Keputusan untuk keluar dari kepompong kesusahan itu di tangan kita.

Kami doakan anda berjaya dan selamat mencuba.

 

Published by
Ruziana Zainal