Kenaikan harga minyak tanpa henti beberapa minggu ini pasti merunsingkan semua pihak. Bila harga minyak naik ia akan mempengaruhi pelbagai aspek barangan keperluan harian kita terutamanya makanan,pakaian dan perbelanjaan rumah jua meningkat.
Jadi jangan asyik nak merungut je, mari kita bersiap sedia dan demi kelangsungan hidup, kita harus memikirkan langkah-langkah demi ketenangan sekeluarga terjamin.
Berikut adalah 7 tips menghadapi harga minyak naik.
1. Mula catatkan pendapatan dan perbelanjaan
Dengan mencatat segala perbelanjaan bulanan, kita dapat mengenal pasti berapa besar kesan kenaikan harga minyak dan barangan lain berbanding dahulu. Kita juga dapat mengenal pasti sama ada pendapatan bulanan dapat menampung perbelanjaan yang meningkat.
Ads
2. Kurangkan perbelanjaan di mana perlu
Dari catatan keluar masuk, anda boleh tahu di mana perbelanjaan boleh dikurangkan. Dari pengalaman kami, antara perkara yang paling mudah hendak dibuang dari senarai perbelanjaan ialah rokok, siaran televisyen berbayar, dan langganan suratkhabar atau majalah. Anda juga boleh berjimat dengan menukar pakej telefon dan internet kepada yang lebih murah.
3. Tambahkan pendapatan
Di dalam dunia teknologi sekarang ini, wang boleh didapati di hujung jari. Terdapat pelbagai pilihan untuk menambah pendapatan tanpa atau kurang modal. Antaranya adalah dengan berniaga secara kecil-kecilan, jadi pemandu uber, melakukan kerja sambilan, menjadi ajen rumah, sewakan rumah secara sublet, perkhidmatan menggosok, pilihan di tangan anda!
Ads
4. Mula menabung
Kami tidak bersetuju sekiranya anda menabung hanya sebagai kecemasan, sebaliknya mulalah menabung dengan tujuan membina modal untuk pelaburan. Beri tujuan khusus buat setiap tabungan anda, dan letakkan tabungan ke akaun yang susah hendak dikeluarkan.
5. Melabur untuk pendapatan pasif
Kudrat muda mungkin tidak bertahan sehingga tua. Adalah penting untuk kita memulakan pendapatan pasif agar kita sentiasa beroleh pendapatan sehingga tua. Paip-paip yang boleh dibina antaranya – melalui sewaan dari rumah sewa, bursa saham BSKL, dividen tahunan dari saham, menerima elaun bulanan dari syarikat (buat pemilik syarikat), royalti, aset internet dsbnya.
Ads
6. Tambah ilmu
Tambah ilmu dari sehari ke sehari, dengan pelbagai guru. Bila satu ilmu dikuasai, pelbagai benda dapat dibuat dengannya!
7. Bertindak
Bertindaklah dan jangan bertangguh. Yakin dan berdoalah kepada Allah. Jangan panggil diri sendiri miskin, kerana miskin itu hanya keadaan sementara. Keputusan untuk keluar dari kepompong kesusahan itu di tangan kita.
Kami doakan anda berjaya dan selamat mencuba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memang la bagus berdiet untuk kebaikan tubuh badan dan mampu bukan korang nampak elok dipandang. Tapi jangan pula disalah ertikan pula maksud ‘berdiet’ tu. Nak kurus macam mana sekalipun, jangan lah sampai berlapar. Tabiat tersebut sangat bahaya dan boleh memudaratkan kesihatan korang. Berikut merupakan 6 akibat buruk untuk korang yang suka berlapar untuk diet!
1. Fikiran Lesu & Keliru
Ya, fikiran akan jadi lemah disebabkan badan kita tak cukup tenaga. Jika glukosa dalam badan rendah, fikiran akan jadi tak betul dan akan jejaskan tumpuan serta mood kita.
2. Cepat Marah
Kalau lapar, mood manusia akan jadi tak menentu. Salah satunya, akan cepat melenting
3. Kuat Makan
Kalau tak makan ikut waktu sepatutnya, kajian mendapati seseorang akan lebih terdorong untuk makan lebih banyak. Selain itu, anda akan lebih cenderung untuk makan makanan yang lebih kalori.
4. Tinggalkan senaman
Bila berlapar, tubuh akan jadi tak bermaya. Bila dah lemah, nak bersenam pun rasa malas. Jadi apa guna diet tanpa bersenam kan.
5. Seluar lebih ketat
Tahukah anda berlapar sangat tak bagus sebab badan anda ada sejenis hormon yang mendorong pembentukan lemak. Jadi, ia membuatkan badan jadi lebih gemuk.
6. Mulut Berbau
Katone dalam hati akan terhasil sebagai sumber tenaga ketika gula dalam badan kurang. Jadi, apabila badan korang kurang tenaga, proses ini akan menghasilkan nafas berbau .
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PAKAR KESIHATAN JUGA TURUT MENJELASKAN BAHAWA ADA BANYAK FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN PERUT MENJADI BUNCIT. ANTARANYA IALAH FAKTOR KETURUNAN YANG DIWARISI DARIPADA ORANG TUA, FAKTOR PENUAAN DAN JUGA BERKAITAN DENGAN PENJAGAAN MAKANAN HARIAN DAN DISIPLIN KETIKA MENJAMAH MAKANAN. SELAIN ITU, PENYAKIT JUGA TURUT BERSELINDUNG DI SEBALIK PERUT BUNCIT YANG MANA SAIZNYA TIDAK SEPADAN DENGAN BENTUK TUBUH SESEORANG.
STRES
Keadaan psikologi seseorang seperti stres juga mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadaman. Stres boleh menyebabkan rasa kenyang dan menimbulkan masalah keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya perut anda kelihatan lebih mengembang daripada saiz yang sepatutnya. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu belajar untuk lebih relaks dan bernafas secara perlahan. Golongan wanita kebiasaanya lebih mudah dilanda stres, oleh itu mereka lebih cenderung memiliki lemak berlebihan di bahagian perut.
PERUBAHAN HORMON
Perubahan hormon terutamanya ketika menopaus juga menyebabkan lemak menjadi tidak sekata yang boleh menyebabkan orang bertubuh kecil mengalami perut buncit. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Menurut pakar, keadaan ini juga berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan yang berasaskan tepung seperti mi dan roti dalam kuantiti yang banyak. Akibatnya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepat di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
Perut buncit memang tidak selesa kerana ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan apa-apa pergerakan walaupun sekadar berjalan, bahkan ia turut menjejaskan penampilan seseorang kesan daripada bentuk tubuh yang kelihatan tidak seimbang.
SUKA TIDUR SELEPAS MAKAN
Menurut pakar kesihatan, tabiat suka tidur selepas makan juga boleh menyebabkan berlakunya masalah perut buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik. Penampakan lemak-lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh dalam diri seseorang.
LEMAK DI SEKELILING PERUT
Menurut pakar kesihatan, lemak yang menyebabkan perut buncit sebenarnya terdiri daripada dua jenis. Pertama ialah lemak subkutaneus iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit. Kedua ialah lemak viseral iaitu lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut. Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal. Lemak viseral nyata lebih berbahaya kerana lemak ini mempunyai kaitan antara metabolisme seperti pertahanan insulin, diabetes dan sistem peredaran darah. Menurut pakar kesihatan, semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahan insulin. Keadaan ini jika dibiarkan dan tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit mudah hinggap seperti sakit jantung, strok, diabetes dan mungkin yang lebih serius ialah kanser.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.