7 Tip Asas Yang Perlu Anda Buat Kalau Nak Hadiri Ke Majlis Perkahwinan

Share

Biasanya pada hujung minggu sebegini, pastinya ramai di antara anda menerima jemputan untuk hadir ke majlis perkahwinan.

Tidak kiralah sama ada sahabat, rakan sekerja, ahli keluarga mahu pun anda sekadar tukang ikut sahaja.

Menghadiri ke majlis perkahwinan kedengarannya seperti sesuatu yang biasa namun jika anda gagal menjaga adab, tetamu lain akan memandang anda sebagai jelek.

Jadi untuk memastikan diri anda berada dalam suasana yang serba selesa dan disukai ramai, ini antara perkara yang perlu anda lakukan :

1. Datang pada tarikh dan masa yang sesuai

Pastikan anda datang pada tarikh dan masa yang betul ketika hendak menghadiri majlis perkahwinan. Ingat jangan hadiri majlis terlalu lewat. Kasihanlah tuan rumah, mereka pun hendak berehat. Datang ikut waktu yang ditetapkan mengikut kad jemputan.

2. Pakai pakaian yang sopan

Pakailah pakaian yang sopan dan bersesuaian mengikut majlis yang dihadiri. Pakai baju yang kemas mungkin mengikut tema seperti pakaian baju melayu, baju kurung atau baju kemeja.

3. Sediakan sampul

Sediakan sampul jika anda ingin memberikan wang cenderahati. Boleh sahaja beri tanpa sampul tetapi adalah lebih molek jika ia bersampul.

4. Hadiah

Jika berkemampuan, belikan sedikit hadiah untuk pengantin. Antara cadangan hadiah yang boleh diberikan adalah seperti jam, album, set pingan mangkuk dan apa-apa sahaja yang anda rasakan sesuai.

5. Makan ingat orang belakang

Ketika menjamu selera pula, jangan buat macam anda tak makan setahun. Tolong ingat orang belakang juga. Pengantin biasanya sudah ada bajet mereka yang tersendiri. Jika tidak, kasihan mereka yang datang lambat.

6. Bersalam dengan tuan rumah

Selain bersalaman dengan pengantin, sebelum pulang, bersalaman dengan tuan rumahnya sekali. Kebiasaannya ibu bapa pasangan pengantin akan berada di tempat masuk dan keluar.

7. Ucap terima kasih

Akhir sekali, jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjemput anda.

Semoga bermanfaat!

Published by
Akyem Samad