Walaupun dah berehat panjang dan tidur secukupnya tapi masih rasa letih. Buat kerja sikit dah letih. Bila terlalu letih dan jadi hypo, mulalah nak minum kopi segera atau makanan manis..kononnya nak tambah tenaga…
hmm..hati-hati ya sebenarnya itu mungkin petanda terlalu banyak toksin dalam tubuh. Keletihan juga adalah tanda tindakbalas hormon terhadap sistem imun tubuh anda.
Toksin atau racun dalam tubuh ini sebenarnya bukan hanya melalui pemakanan tapi juga kesan pengambilan ubat-ubatan, udara kotor, radiasi, dehidrasi dan amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok.
Tapi apa yang menakutkan tak ramai tahu bahawa tubuh mereka sebenarnya penuh dengan toksin atau racun. Jika dibiarkan mampu membahayakan organ penting tubuh terutamanya ginjal yang berfungsi menyaring racun dalam tubuh. Sebelum terlambat ada baiknya kita semak tanda-tanda tubuh yang penuh toksin.
1. Sembelit
Sistem usus setiap hari bantu tubuh untuk membasmi kandungan toksin. Apabila seseorang diserang sembelit (kesukaran membuang air besar), ini bermakna tubuh kita secara senyap sedang mengumpul toksin sehingga menyebabkan tubuh memberi reaksi negatif llau mengundang sembelit.
Perut juga akan terasa pedih malah akan mempengaruhi penyakit lain timbul seperti sakit kepala, sakit dan lenguh-lenguh badan serta kepenatan yang melampau.
Antara punca utama menyebabkan toksin terkumpul adalah rutin pengambilan makanan proses yang sebenarnya dipenuhi kimia, bahan perosakk serta pengawet.
2. Keletihan Melampau
Dah tidur awal secukupnya pun masih berasa letih keesokan paginya? Ini mungkin merupakan tanda bahawa tubuh anda sukar membebaskan toksin. Setiap hari toksin terkumpul tanpa dikeluarkan membuatkan tubuh anda semakin letih dan kesilapan yang anda lakukan adalah mengambil lebih banyak makanan manis dan minuman kopi untuk terus mengekalkan tenaga. Walhal… makanan sebegitulah yang akan merosakkan hormon dan sistem imunasasi lalu menyebabkan tubuh dilimpahi toksin berbahaya.
3 Sakit Kepala
Apabila seseorang mengalami tekanan, tubuhnya akan melepaskan sejenis hormon ke dalam saluran darah untuk menstabilkan kembali fungsi normal tubuh (supaya berasa lebih relaks). Tetapi, andainya individu berkenaan terus-menerus berasa tertekan untuk jangka masa yang panjang, hormon itu akan terkumpul lalu menjadi toksin sehingga menyebabkan sakit kepala serta migrain.
Ads
Saat berasa tertekan, lekas cari ruangan yang gelap untuk lelap dan berehat menenangkan diri.
4. Lidah Berwarna Kuning/Putih
Lidah berwarna kuning lazimnya berpunca daripada keadaan organ hati yang terjejas. Sebaik kulit dan bebola mata juga sudah berubah menjadi kuning, sila lekas berjumpa doktor kerana hati dan hempedu anda mungkin sudah berada dalam keadaan kritikal.
Manakala, lidah berwarna putih yang dikaitkan dengan simptom toksin bisa menandakan jangkitan atau kondisi prabarah.
Ads
5. Masalah Kulit
Masalah kulit beruam dan berjerawat adalah angkara yang sering dikaitkan dengan toksin dalam badan.
Untuk pengetahuan umum, jerawat biasanya timbul disebabkan kandungan toksin yang terdapat dalam makanan serta rangkaian penjagaan kulit. Adakalanya, keadaan mata sembab berkantung dan ekzema atau psoriasis juga merupakan simptom tubuh anda mengandungi toksin berlebihan.
6. Perut Berlemak (Buncit)
Badan kurus tapi perut buncit? Sebuah kajian terbaharu dari Sweden mendapati toksin jenis PCB (polychlorinated biphenyl) mempunyai hubung kait dengan lemak perut. Toksin ini akan menggalak tubuh untuk menyimpan lemak berlebihan pada kawasan sekitar perut.
Ads
Cara terbaik untuk membebaskan toksin jika anda mengalami perut buncit sebegini adalah bersenam secara kerap, mengambil makanan sihat, makan dalam kuantiti kecil dan tidur secukupnya.
7. Sering Berasa Panas
Seseorang lebih kerap akan berasa panas kerana kandungan toksin dalam tubuh yang semakin meningkat. Cara terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini adalah dengan berpuasa. Ini akan mengurangkan had diri anda untuk makan makanan yang berasaskan lemak tepu serta bergula. Tapi hati-hati kerana kadang-kala apabila berpuasa tubuh akan terdedah kepada masalah dehidrasi.
Tip Mengatasi
Minumlah banyak air kerana itu akan bantu mengeluarkan toksin dari tubuh dan boleh makan banyak yogurt serta tempe untuk melancarkan sistem penghadaman.
Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk memberus sekali lidah semasa memberus gigi kerana pada bahagian lidahlah banyak sisa makanan yang tertinggal seterusnya menjadi toksin kerana tidak dibersihkan secara rapi.
Oh! Menghirup udara dalam-dalam sebelum melepaskan juga dapat membebaskan toksin menerusi paru-paru.
Selamat beramal! ❤
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Betik adalah buah yang baik untuk menambah pelan penurunan berat badan sebagai kalori yang rendah, penuh dengan nutrien, dan mempunyai serat makanan yang baik. Serat makanan akan membantu mengendalikan keinginan dan akan membuatkan anda berada dalam keadaan kenyang yang berpanjangan.
Nilai pemakanan betik per 100g:
Berapa kalori dalam betik – 43
Berapa banyak protein dalam betik – 0.5g
Berapa banyak karbohidrat dalam betik – 11g
Kandungan lemak betik – 0.3g
Betik sebagai fungi pencernaan
Betik mengandungi papain enzim protein yang boleh mencerna protein. Papain boleh menghancurkan serat protein dan boleh membantu penghadaman. Papain lebih banyak terdapat pada betik yang masih belum masak sepenuhnya. Papain digunakan sebagai makanan tambahan untuk memperoleh enzim pencernaan, serta ramuan makanan berdaging. Papain juga digunakan untuk merawat beberapa penyakit, seperti senak dan cirit-birit kronik.
Betik boleh merawat kanser
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa betik beta karotena kaya melindungi kanser prostat dan pertumbuhan kanser kolon. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa diet kaya dengan lycopene yang mengandungi makanan boleh membantu mengurangkan risiko kanser prostat serta kanser lain.
Betik boleh mengawal kolesterol
Betik adalah sumber lycopene yang baik. Lycopene adalah antioksidan yang membantu menghalang kolesterol daripada mengoksida. Kolesterol teroksidasi menyumbang kepada penyempitan arteri. Kolesterol LDL yang beredar dalam darah terdedah kepada pengoksidaan. Terdapat 1828 mikrogram lycopene dalam 100 gram betik berbanding dengan 3041 mikrogram dalam 100 gram tomato yang dimasak. Tetapi lycopene dalam betik lebih banyak bioavailable daripada tomato.
Betik untuk rambut
Walaupun tidak ada bukti saintifik, namun dikatakan betik boleh memulihkan dari rambut anda terus nipis. Terdapat banyak juga produk rambut yang mengandungi ekstrak betik dan carian cepat akan memberikan pelbagai resipi menggunakan betik utnuk merawat rambut.
Betik dan strok
Kepekatan serum yang tinggi dari lycopene dikaitkan dengan penurunan risiko strok iskemia dan apa jua strok lain. Betik juga mengandungi bahan yang dipanggil fibrin yang membantu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan pembekuan. Arteri tersumbat boleh meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.
Betik pada luka
Betik yang dilumat digunakan untuk lecuran dan luka pada kulit yang boleh penyembuh dan mencegah jangkitan. Para saintis Rusia telah mendapati bahawa antioksidan dan enzim semulajadi dalam buah betik betik dapat mempercepat penyembuhan luka lecuran dan parut. Betik mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan beta-karoten. Semua antioksidan ini menyumbang kepada pengurangan keradangan.
Papaya untuk kesihatan mata
Phytochemicals yang terdapat di betik boleh membantu mengekalkan penglihatan yang lebih baik pada orang tua. Fitokimia ini boleh membantu mencegah degenerasi makula yang berkaitan dengan usia. Lutein dan zeaxanthin adalah karotenoid yang mennapis cahaya gelombang biru bertenaga tinggi yang berbahaya. Karotenoid ini membantu melindungi dan mengekalkan sel-sel yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Botak memang bersifat genetik atau keturunan, namun gaya hidup dan perawatan rambut yang salah juga boleh menyebabkan kebotakan.
Dihydrotestosterone (DHT) dari hormon testosteron adalah agen yang menyumbang terjadinya keguguran rambut.
Jika anda gemar makan daging yang kaya lemak dan rendah serat akan memiliki tahap testosteron tinggi.
Penghasilkan testosteron ini boleh bertukar menjadi DHT.
Oleh itu, disarankan agar anda mengamalkan diet yang lebih sihat dengan mengambil lebih banyak sayur dan makanan kaya serat untuk menurunkan tahap testosteron.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jantung merupakan organ yang sangat penting bagi manusia, kerana ia diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia sehingga tubuh mendapatkan oksigen dan sari makanan yang diperlukan untuk metabolisme tubuh. Oleh itu, jantung perlu dijaga supayadapat menjalankan fungsinya dengan baik.
Penyakit jantung ialah penyakit yang menyerang jantung manusia dan urat-urat darah. Penyakit-penyakit dapat mempengaruhi bahagian badan mana-mana pun dari jantung. Contoh penyakit adalah seperti penyakit jantung koroner, serangan jantung, tekanan darah tinggi, stroke, sakit di dada dan penyakit jantung rematik. Penyakit yang paling umum adalah penyakit kronis pada arteria koroner. Penyakit jantung koroner merupakan penyakit yang paling tertinggi diderita. Penyakit ini sering menyebabkan serangan jantung pada seseorang manusia sehingga terjadinya pembuluh arteri yang berfungsi untuk menyediakan darah ke otot jantung menjadi tersumbat dan melambatkan penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung dan akhirnya menyebabkan kematian.
OBESITI
Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?YA !!!
• Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat.
• Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 – 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.
• Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.
• Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.
Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan :
Indeks Jisim Tubuh (BMI) Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :
• Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi
• Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam
Apakah komplikasi masalah ini?
• Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
• Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
• Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
• Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
• Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
• Bertambah gemuk apabila umur meningkat.
TALASEMIA
Penyakit Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel-sel darah merah yang normal.Pesakit Talasemia menghasilkan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah, kekurangan sel darah merah yang normal menyebabkan pesakit tersebut sering kelihatan pucat disababkan oleh paras hemoglobin yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen dan gen tersebut diwarisi daripada ibu dan juga bapa.Oleh itu,penyakit Talasemia dikatakan sebagai penyakit keturunan atau genetik kerana penghidap penyakit ini mewarisi gen ayah atau ibu yang menghidap Talasemia. Selain itu,penyakit talasemia tidak dijangkiti melalui pemindahan darah,udara,air,melalui sentuhan fizikal dan juga kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.
Di Malaysia,talasemia merupakan masalah kesihatan yang besar kerana dari beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kadar pembawa gen talasemia adalah di dalam lingkungan 3 hingga 5 peratus atau 1 dalam 20 orang rakyat Malaysia.Dengan itu dianggarkan seramai 600,000 hingga 1 juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa gen ini.
KENCING MANIS
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Hal ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak di bawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Hal inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Oleh itu, badan kita akan kekurangan tenaga.
BATUK KERING(TIBI)
Penyakit batuk kering ataupun Tuberkolosis merupakan satu penyakit yang amat bahaya.Ia jaga dikenali sebagai TIBI. Penyakit ini jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis. Bakteria in biasanya menyerang paru-paru. Selain itu, ia juga dapat menyerang sistem-sistem badan lain. Sistem-sistem ini seperti menyerang sistem saraf tujung, sistem peredaran, sistem limfatik, tulang, sendi dan lain-lain.
Tanda-tanda peyakit yang dijangkit akan batuk berdarah atau berkahak. Iaitu meraka yang berjangkit adalah sangat susah untuk menhentikan batuk dia, dan dia mungkin akan batuk berterusan sehingga 2 minggu sampai berdarah. Selain itu, peyakit juga mempunyai tanda lemah dan keletihan. Mereka akan sentiasa tiada ada sebarang semangat dan berasa letih. Seterusnya, berat badan mereka akan susut. Ia akan susut hingga kita tidak dapat mengenali siapa dia. Mereka akan berasa sakit di bahagian dada. Ini disebabkan paru-paru mereka telah diserang oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis, dan menyebabkan dada mereka berasa sakit sangat. Peyakit akan sentiasa mengalami kesakitan dada semasa menarik nafas panjang dan juga batuk. Tanda-tanda seperti menggigil, deman dan berpeluh di sebelah petang dan malam juga sebagai tanda-tanda pesakit TIBI.
HIV/AIDS
Dalam era globalisasi ini, sering kali kita mendengar tentang HIV dan AIDS. Mungkin ramai yang mengerti apa itu HIV dan AIDS. Tetapi,tidak mustahil jika masih ada segelintir masyarakat moden kini yang masih kabur tentang maksud sebenar kedua-duanya. HIV bermaksud <em>‘Human Immunodeficiency Virus’ </em>iaitu sejenis virus yang mengambil alih sistem pertahanan badan manusia. Selain HIV, AIDS atau ‘ <em>Acquired Immune Deficiency Syndrome’ </em>atau dalam bahasa melayu sindrom kurang daya tahan penyakit adalah simptom yang terjadi apabila dijangkiti virus HIV atau apabila seseorang itu mempunyai kurang daripada 200CD4 sel immune. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa virus HIV menjadi pembunuh no 1 di negara-negara miskin seperti Zimbabwe dan Euthopia. Tetapi, pada masa kini, AIDS juga merebak di negara-negara membangun dan juga di negara yang sedang membangun seperti Malaysia.
Setiap penyakit pasti ada penawarnya tetapi tidak bagi AIDS. Sehingga kini, para saintis di seluruh dunia masih belum menemui sebarang vaksin untuk melawan HIV atau sebarang ubat yang boleh menyembuhkan AIDS. Walaubagaimanapun, terdapat ubat yang boleh memperlahankan HIV daripada merebak di dalam badan dan kerosakan sistem pertahanan badan. Terbaru, Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di Kuantan, Mohamad Fauzi Mohd. Norman mendakwa cicak tokek mempunyai nilai tinggi di pasaran hingga mencecah RM 3 juta kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS. Menurutnya, Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS. Bagaimanapun, jelasnya, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut.
sumber: personafikasisosial.blogspot.my/
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.