7 Sumber Alam Ini Boleh Bantu Anda Dapat Rambut Lebat, Termasuklah Aloe Vera

Share

Ingat, masalah rambut gugur boleh terjadi kepada sesikapa sahaja tanpa mengikut usia.Dan ada pelbagai sebab mengapa rambut anda boleh gugur. Mungkin disebabkan aktiviti harian yang terdedah dengan pelbagai kotoran dan cahaya matahari yang lama.

Atau mungki juga disebabkan oleh genetik dan keturunan. Tapi sebagau lelaki anda sebenarnya boleh lakukan sesuatu untuk menghalang ia berlaku.

Tahukah anda mengikut kajian penampilan seseorang lelaki itu biasanya akan dilihat terlebih dahulu pada bahagian matanya, kemudian senyuman dan seterusnya rambut.

Tapi ‘kemerosotan’ jumlah rambut di kepala seiring dnegan peningkatan usia. Ada orang akan alami rambut gugur dengan banyak pada usia 30-an namun ada juga yang mampu menjaga rambut lebat sampai ke usia tua.

Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 7 jenis bahan semulajadi yang mampu melebatkan rambut dengan baik. Belum cuba belum cuba belum tahu bukan? Lagipun kesmeua bahan ini adalah bahan semulajadi yang tidak membahayakan pun.

Minyak kelapa

Pokok yang mempunyai 1001 kegunaan daripada akar hinggalah hujung daunnya. Begitu juga dengan minyak kelapa yang ada banyak khasiat. Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari.

Lakukan urutan dengan bentuk bulat dan jangan tekan terlalu kuat. Kemudian balut rambut dengan tuala yang dituam dengan air suam. Biarkan selama setengah jam dan cuci rambut dengan syampu. Ulang langkah tersebut sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.

Daun lidah buaya

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Begitulah juga dengan daun lidah buaya yang banyak khasiatnya. Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang dalam daun tersebut dan sapu rata pada bahagian kulit kepala dan rambut.

Biarkan selama setengah jam kemudian bilas dengan air suam. Amalkan sekali atau dua kali seminggu untuk dapatkan rambut sihat dan lebat. Ambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.

BACA: Kesan Sampingan Jika Anda Sering Mewarnakan Rambut

Daun inai


Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air. Pastikan ia dikisar hingga menjadi seakan pes dan biarkan selama beberapa jam. Gunakan pes tersebut ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama tiga jam.

Cuci rambut dengan air sehingga bersih bersama conditioner. Amalkan sebanyak dua kali seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.

Telur


Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning dan sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.

Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda agar bau hanyir telur tidak melekat. Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal yang lebih cepat.

Avokado & pisang


Kedua-dua jenis buah ini kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya potassium. Dan kmbinasu ini juga sesuai bagi melebatkan rambut anda. Lumatkan isi buah avokado bersama pisang dan gaul sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran dua buah ini ke atas kulit kepala berserta urutan ringan.

Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedu-dua buah ini meresap masuk ke dalam kulit kepala. Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.

Daun pandan & santan


Kombinasi daun pandan dan santan juga mampu melebatkan rambut. Tumbuk hingga lumat daun pandan dan campurkan ia dengan sedikit air. Ambil perahan tersebut dan campurkan dengan santan. Kemudian kacau sehingga rata.

Biarkan ia selama setengah hari dan anda boleh sapukan campuran tadi pada rambut anda. Dalam masa 45 minit atau lebih anda sudah boleh bilas dengan air. Lakukan seberapa kerap yang mungkin untuk dapatkan hasilnya.

Kulit buah oren


Okay, selalunya ramai yang gemar makan buah oren dan buang kulitnya ke dalam tong sampah kan? Lepas ni kalau nak makan, sila ingat untuk simpankan kulit tersebut ya. Ambilkan kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat.

Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.

Published by
Farizul Izwany