
Kalau malas sangat nak keluar bersenam atau pun ke gym, mungkin anda boleh lakukan 7 senaman ini di rumah.
Hanya memerlukan sekeping exercise matt anda mampu membakar kalori yang banyak. Selagi ia melibatkan gerakan, ia akan membakar kalori . Jadi lemak degil pun akan menghilang.
Tetapi, ada kalanya, bukan malas yang menjadi punca utama mengapa ramai di antara kita yang gagal untuk memulakan senaman setiap hari, sebaliknya kekangan masa yang menjadi punca mengapa ramai yang masih gagal untuk memulakan senaman pertama mereka.
Namun, anda kini sudah boleh berazam untuk memulakan kehidupan yang sihat dengan melakukan senaman-senaman ini yang hanya akan memakan masa selama 10 minit sehari.
1. Plank
2. Push-up
3. Bird-dog
4. Squats
5. Dead bug
6. Down-dog
7. Wall-sit
Sumber : Taikotai
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mahu Berjaya Dan Kaya, Lelaki Perlu Buang 7 Perangai Ini Terlebih Dahulu

MAHU BERJAYA DAN KAYA? SILA BUANG 7 PERANGAI INI!
1.BUANG KETAGIHAN PADA MEDIA SOSIAL
-Seluruh dunia di negara maju hadapi masalah berat ini. Ketagihan pada media sosial. Berapa kerap anda semak email, FB, Twitter, Whatsapp dan seumpamanya. Ini dah menjadi-jadi sekarang. Saya juga jadi macam tu sejak pakai telefon pintar ni. Dah jadi satu ketagihan sebenarnya, walaupun mungkin anda tak rasa macam tu.
-Latih diri dari sekarang dan pakai media sosial secara berdisiplin berdasarkan keperluan. Fokus pada hasil. Kalau tak ada hasil buat apa nak buka media sosial.
2.BUANG PERANGAI NAK AMBIL HATI SEMUA ORANG
-Strategi nak bagi semua orang suka tidak akan pernah berjaya. Anda terpaksa jadi hipokrit atau mengkarung yang sentiasa bertukar warna ikut keadaan setempat untuk buat semua orang suka.
-Kalau nak berjaya, anda perlu terima hakikat akan ada orang yang betul-betul suka, dan akan ada sekumpulan lain pula yang meluat tak tau nak kata.
-Terima hakikat itu dan jalan terus. Itu lumrah kehidupan.
3.TINGGAL KAWAN YANG MINDANYA BERACUN
-Ada kawan yang kerjanya hanya nak kondem orang. Depan kita dia kondem orang lain. Banyak kemungkinan bila depan orang lain, dia akan kondem kita pula. Itu salah satu ciri orang yang punya minda beracun. Elakkan orang macam tu. Paling penting anda sendiri jangan dok jadi macam tu.
-Biasanya orang yang minda beracun ni punya karisma yang menarik. Mereka memang mudah didekati dan amat pandai sesuaikan keadaan.
-Orang minda beracun ni kerjanya lebih banyak kepada merungut, mengeluh, semuanya negatif, suka menghukum terus, ayat kesat, mencarut jadi mainan mulut, cepat panas baran, sentiasa berlakon jadi mangsa, terlalu banyak bercakap tapi kurang mendengar, potong ayat orang untuk sembur ayatnya yang beracun dan lain-lain lagi seumpamanya.
-Ada ramai yang akan tak selesa dengan saranan ini. Mereka rasa tak patut pilih kawan macam tu dan mahu bersikap cool habiskan masa dengan semua jenis orang. Kalau anda serius nak berjaya, jangan ikut sikap cool macam tu.
4.JANGAN CUBA JADI MANUSIA SEMPURNA
-Kalau nak tunggu sempurna baru nak cuba perkara baru, alamat sampai kiamat tak akan mencuba. Kalau nak jadi penembak tepat baru nak mula tembak, sampai ke mati tak akan jadi, menembak pun tak akan reti.
-Cara terbaik untuk jadi manusia sempurna adalah dengan tak buat apa-apa. Jadi tak akan berlaku satu pun kesalahan. Kalau anda ingat boleh bangga hidup tanpa buat salah, teruskan dengan dunia tak bergerak anda itu.
5.BUANG KEPERCAYAAN ADANYA FORMULA AJAIB
– Mohon maaf ! Buang perangai macam tu. Jangan percaya pada adanya formula ajaib.
-Semua kejayaan adalah gabungan ribuan kalau tak jutaan perkara kecil sedikit demi sedikit.
- BUANG PERANGAI CARI ALASAN
-Ramai orang suka cari alasan dari kecil sampai besar. Kecekapan cari alasan dah sebati dan keluar terpancul dari mulut tanpa perlu gunakan akal lagi. Sebab itu perangai buruk ini amat susah nak buang.
-Tapi nak buat macam mana, kalau serius nak berjaya, buang sikap cari alasan ini. Latih diri cari jalan. Tanya macam mana nak buat dan elak cari sebab kenapa tak perlu buat.
7.BUANG GAYA HIDUP BURUK YANG TAK SIHAT
-Jaga badan anda baik-baik. jangan biarkan penyakit berkumpul padanya.
-Satu-satunya tempat paling penting di mana anda jalani kehidupan adalah di badan anda sendiri. Jadi tolonglah jaga sebaik mungkin. Cuba sedaya upaya untuk hidup secara sihat. Bersenam, jaga makan dan jaga tidur.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
12 Barangan Rumah Ini Ada Tarikh “Expired”, Tapi Ramai Yang Tak Tahu

Ada tak korang terfikir buat apa nak tukar barangan rumah kalau tak rosak lagi,membazir je…Ha tu korang silap besar. Sebabnya barangan rumah juga mempunyai ‘expired’ datenya
Selain barang makanan di rumah, terdapat beberapa barangan lain sebenarya yang mempunyai tarikh luput.
Tetapi memandangkan barang-barang ini bukanlah bersifat perishable, ramai yang menganggap barang-barang ini akan kekal buat selama-lamanya.
Sikap kurang ‘concern’ terhadap tarikh luput pada barangan-barangan ini akan mengundang pelbagai kuman dan bakteria seterusnya akan mengundang penyakit kepada tubuh badan.
1. Bantal
2-3 tahun
Tidak kiralah bantal jenis apa, selalunya selepas beberapa tahun hama habuk akan berkumpul pada bantal tersebut. Jika tidak digantikan, anda boleh berhadapan risiko sakit leher kerana bentuk bantal sudah berubah.
2. Selipar
6 bulan
Sentiasa basuh selipar anda jika nada tidak ingin mengalami jangkitan kulat.
3. Tuala

1-3 tahun
Tuala basah merupakan tempat sesuai untuk bakteria membiak.
4. Berus Gigi
3 bulan
Kebiasaanya kita hanya akan menggantikan berus gigi apabila bulunya mula terkeluar. Sebenarnya, jika anda terkena penyakit selsema atau demam, lebih baik anda menukarkannya kepada yang baru sahaja.
5. Hidrogen Peroksida
2 bulan
Dalam masa 2 bulan selepas dibuka cecair ini akan bertukar menjadi air jika dibiarkan terdedah. Jika ditutup, ia tidak patut disimpan melebihi setahun.
6. Berus Rambut
1 tahun
Bersihkan berus rambut sekali seminggu dan gantikannya sekali setahun.
7. Minyak Wangi
1-3 tahun
Jika ia mengandungi minyak pati, ia boleh bertahan selama 3 tahun, manakala selama hanya 2 tahun jika dibiarkan terdedah.
8. Kasut Sukan
1 tahun
Kusyen yang terdapat pada kasut akan berkurangan, dan memakai kasut tersebut menjadi berbahaya pada sendi kaki.
9. Kabel extension
1-2 tahun
Jika digunakan dengan melebihi had, ia akan cepat rosak.
10. Cecair Pembasmi Kuman
3 bulan
Selepas 3 bulan, ia akan kehilangan fungsinya.
11. Cecair Penghalau Nyamuk
2 tahun
Selepas 2 tahun, ia sudah tidak berfungsi lagi.
12. Soket dinding
4-5 tahun
Gantikan dengan yang baru jika ia kepanasan ataupun apabila warnanya mula menghilang.
Sumber : Taikotai
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Campur Sumber Makanan Beralkali Dalam Menu Raya Anda

Beberapa jenis makanan beralkali tinggi yang patut diambil setiap hari untuk hidup lebih sihat dan bertenaga. Namun jika anda mengambil makanan bersifat asid dengan banyak, anda juga harus memilih makanan bersifat alkali dengan kadar yang tinggi supaya diet anda kelihatan lebih semula jadi.
- Sayur-sayuran jenis ubi contohnya lobak merah dan keledek. Mengikut tradisi Cina, tumbuh-tumbuhan jenis ubi mempunyai sifat penyembuhan terbaik dan mengandungi lebih mineral berbanding sayur-sayuran lain.
- Sayur-sayuran hijau seperti kubis putih, bunga kubis, brokoli dan kubis hijau bukan saja beralkali tetapi sedap dan mempunyai antioksidan yang tinggi. Ia juga bagus sebagai makanan antikanser terbaik.
- Bawang putih sememangnya banyak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.
- Bayam kaya vitamin K dan kandungan folat yang tinggi. Sayuran hijau ini juga penuh dengan vitamin, mineral, fitokimia, antioksidan dan serat. Ia membantu untuk meningkatkan pencernaan dan penglihatan.
- Lemon, sejenis makanan beralkali yang paling bagus. Ia membantu untuk merancakkan fungsi hati dan membantu dari segi pembuangan toksin dengan lebih baik.
- Cili merah mengandungi enzim penting untuk fungsi endokrin. Ia dikenali kerana ciri-ciri antibakteria dan makanan beralkali yang kaya dengan vitamin A, menjadikannya ejen membantu dalam melawan radikal bebas yang berbahaya yang membawa kepada tekanan dan penyakit.
- Semua buah-buahan segar atau kering termasuk buah-buahan sitrus.
Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kandungan asid yang tinggi di dalam badan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih rendah jika diserang penyakit berbanding mereka yang mempunyai kandungan asid lebih rendah dalam badan.
Badan yang mempunyai kandungan asid berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan, merendahkan imuniti seterusnya menjadi penyebab kemerosotan sistem badan.
ANTARA MAKANAN BERASID YANG ELOK DIKURANGKAN TERMASUK:
* Semua makanan yang berasal daripada haiwan seperti ayam, lembu, kambing, telur dan ikan.
-Produk tenusu dan susu pasteur, keju, keju lembut dan mentega.
-Semua bijirin dan kekacang termasuk gandum, jagung dan beras.
-Roti putih, biskut dan produk bakeri.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI