Apakah perkara pertama yang anda bayangkan bila orang berbicara tentang perihal lelaki anak bongsu?
Pastinya mereka tak dapat lari daripada sifat-sifat berikut seperti manja, anak mak dan pendiam. Tapi adakah ia benar? Sebenarnya kartakter seseorang dibentuk daripada pelbagai faktor. Dan antara faktor yang menyumbang ialah kedudukan mereka dalam hierarki keluarga itu sendiri.
Jadi apakah kelebihan lelaki yang merupakan anak bongsu miliki? Kepada anak bingsu lelaki sekalian, adakah ia sama dengan karakter anda?
1. Seorang yang optimis
Lelaki anak bongsu biasanya mempunyai sifat optimis yang sangat tinggi. Oleh sebab itulah juga sesiapa yang bersama dengannya pasti akan sentiasa rasa bersemangat. Kelebihannya untuk membangkitkan rasa semangat di saat orang kesayangan berasa sedih juga cukup hebat.
2. Berani mencuba
Ada lokasi trekking terbaru yang sedang tular di laman sosial? Dia pasti akan laju sahaja merancang untuk ke sana. Berani mencuba sesuatu yang baru dan menjelajahi territory baru merupakan perkara yang sudah sebati dalam dirinya. Sifat inilah yang akan membuatkan hidup mereka lebih berwarna-warni dan tidak bosan.
3. Seorang cepat matang
Sepanjang tempoh membesar dia di kelilingi oleh abang atau kakak. Dan sepanjang itulah dia telah melihat dan belajar pelbagai ragam serta masalah yang dihadapi oleh mereka. Perkara itu membuatkan si dia menjadi lebih matang dan cepat belajar. Sejak kecil juga dia telah didedahkan dengan pelbagai perkara seperti muzik, filem dan pergaulan.
BACA: 10 Punca Utama Mengapa Kulit Bawah Lengan Jadi Hitam
4. Mempunyai perancangan masa depan
Anak bongsu biasanya cukup teliti merancang. Dia tahu apa yang dia mahu dan ingin lakukan dalam hidupnya. Walaupun kadangkala terpaksa berdepan pelbagai halangan namun cita-citanya tidak mudah terpadam. Sifat tidak mudah menyerah kalah yang sangat menebal.
5. Seorang yang berani
Dibesarkan sebagai ahli keluarga yang paling muda dia telah terdedah dengan pelbagai perkara sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh kerana sentiasa dilindungi oleh abang dan kakak, dia jedi lebih berani dan tidak gentar untuk bersuara.,
6. Pandai hormat orang tua
Walaupun sejak kecil dia sudah mula bergaul dengan orang lebih tua, namun dia pandai menghormati mereka. Dan pendedahan inilah membentuk dirinnya menjadi seorang yang sangat menghormati orang lebih tua darinya.
7. Mudah bergaul
Campaklah ke mana sahaja pasti dia akan dapat menyesuaikan diri. Dengan sifat independent dimiliki dia cepat untuk adapt dengan keadaan sekeliling. Walaupun terkadang disalah anggap sebagai terlalu santai tapi sebenarnya dia merupakan orang yang serius bila bekerja atau belajar. Dan mereka juga biasanya menjadi individu paling berpengaruh di kalangan rakan-rakannya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI