Setiap kali ke gim, anda lihat kiri kanan semua orang berbadan cantik, berotot sana sini walaupun ada di kalangan mereka baru sahaja berlatih. Mungkin anda berasa kecewa kerana sudah lama membina otot tetapi masih di tahap yang sama.
Tiada perubahan bentuk badan yang ketara. Adakah anda tahu puncanya?
1. Program latihan
Anda memerlukan perancangan teliti dengan mempunyai program latihan teratur dan terperinci. Program yang dibuat perlulah mempunyai beberapa info penting seperti kekerapan atau beberapa kali seminggu anda akan berlatih, jumlah intensiti pada minggu atau bulan tersebut, jenis latihan yang akan dilakukan dan tempoh masa latihan, sama ada pagi atau petang.
2. Tidak catatkan perkembangan
Anda juga perlu catatkan perkembangan setiap kali berlatih. Anda digalakkan mencatatkan jumlah berat (load) yang diangkat, pengulangan, dan set. Mungkin bagi anda ia tidak berguna sekarang, tapi ia amat penting untuk tujuan analisis pada masa akan datang.
3. Latihan tidak berasas
Anda perlu kukuhkan latihan dengan mengetahui tujuan latihan, sama ada untuk membina otot atau membuang lemak. Adakah anda yakin latihan yang dilakukan itu sesuai dengan matlamat dan sasaran latihan?
Oleh itu anda disarankan agar serasikan dan memperbetulkan struktur latihan. Jangan ikut dan lihat orang lain buat, anda seharusnya tahu apa yang perlu anda lakukan.
4. Terlalu kerap latihan kardio
Latihan kardiovaskular juga penting dalam membina otot kerana ia membantu menguatkan otot pada jantung (cardiac muscle). Melakukannya seminggu 2 kali selama 30 minit adalah masa yang optimal.
Sekiranya matlamat anda adalah untuk membina otot dan kekuatan, latihan kardio tidak perlu mendominasi program latihan. Ini bermaksud anda perlu banyakkan latihan kekuatan di gim dengan kekerapan 3 hingga 4 kali seminggu.
5. Tidur tidak cukup
Adakah anda tahu bahawa 90 peratus tubuh badan kita diperbaiki semasa tidur? Apa akan jadi sekiranya tidur anda tidak mencukupi? Tumbesaran anda akan terbantut dan otot sukar untuk membesar ke tahap optimal.
Anda perlukan 7 hingga 8 jam sehari untuk tidur bagi seorang yang melakukan latihan di gim.
Ads
6. Diet tidak sesuai
Matlamat anda untuk membina otot. Jadi, anda perlukan protein yang cukup. Bukan makan salad yang banyak, melainkan anda ingin mengurangkan berat badan. Cuba dapatkan daging segar berbanding makan di restoran makanan segera.
7. Anda menipu dalam latihan
Faktor ini biasa berlaku apabila anda sudah penat semasa berlatih. Mungkin kerana anda kekurangan feul. Jadi, anda perlukan sokongan untuk membantu supaya dapat berlatih lebih daripada kebolehan anda.
Sekiranya anda masih di takuk yang sama, setiap kali datang anda akan buat berat beban dan pengulangan yang sama sahaja. Anda akan kekal seperti itu sepanjang tahun. Sebab itu anda perlukan sokongan dan tenaga (preworkout drink/bar) sebelum berlatih.
Ada juga yang tidak habiskan pengulangan kerana takut untuk berasa penat dan sakit (burned) semasa latihan. Sebenarnya apa yang anda rasa sukar semasa bersenam, itu yang akan mengubah tubuh anda menjadi lebih baik.
Ads
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda pasti tak percaya apabila membaca tajuk artikel ini. Penulis pun tak percaya dengan kenyataan tersebut. Kurang tidur sehari, bersamaan dengan 6 bulan makan junk food?
Namun kajian ilmiah telah membuktikannya. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Josiane Broussard, dan beberapa penyelidik dari Cedars-Sinai Medical Center di Los Angelesmendapati, kurang tidur semalaman mengurangkan sensitiviti badan terhadap insulin sama seperti ketika anda makan makanan berlemak selama 6 bulan lamanya.
Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh buah pinggang yang membolehkan badan anda untuk menggunakan gula ( glukosa) dari karbohidrat dalam makanan yang anda makan untuk tenaga selain membantu menjaga tahap gula dalam darah anda dari menjadi terlalu tinggi ( hiperglisemia ) atau terlalu rendah ( hipoglisemia ).
Kurang tidur boleh menyebabkan anda diserang penyakit diabetes.
Apabila tubuh menjadi kurang sensitif terhadap insulin, tubuh anda tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup untuk menjaga kadar gula darah stabil.Jika keadaan ini berterusan, tubuh anda tidak dapat memproses dan mengawal gula dengan baik dalam tubuh.
Kurang tidur boleh menyebaban kerosakan insulin dan berpotensi diserang penyakit diabetes.Jadi, kalau anda kurang tidur beberapa hari ni, ‘bayar hutang’ tidur anda tu balik ye..
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Air sangat diperlukan oleh badan kita . Apatah lagi dalam proses turun berat pengambilan air minimum sebanyak 2-3 liter sehari dapat membantu mengawal nafsu makan. Air yang diperlukan adalah air masak atau mineral ya. Secara idealnya setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Buat pengiraan berdasarkan berat badan anda! Tak susah untuk minum air sekiranya kita pandai bahagikan masa dengan sebaiknya, ingat ini juga sebahagian daripada perancangan bersungguh untuk turunkan berat badan, minum air ya!.
Nutrisi Seimbang
Seperti dalam gambar diatas, jelas menunjukkan antara faktor craving/ nafsu makan ini adalah disebabkan kekurangan nutrisi. Maka, lebih mudah jika kita dapat memastikan makanan yang kita ambil adalah makanan yang cukup nutrisi. Cara penyediaan makanan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kita tidak kehilangan nutrien didalam makanan yang kita ambil/masak. Kita juga seharusnya faham bahawa usus dewasa tidak lagi melakukan kerja yang optimum dalam kerja penyerapan nutrient kerana faktor toksin/kurang air dan sebagainya. Oleh yang demikian wujud alternatif pengambilan vitamin/supplement/meal replacement yang menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Terpulang pada cara masing-masing.
Puasa
Berpuasa sememangnya berkesan dalam mengawal nafsu makan. Biasakan diri berpuasa sunat isnin-khamis.latih diri untuk bersederhana ketika berbuka puasa dan hayati hikmah berpuasa. Ada yang berjaya turun berat sehingga 7 kg sepanjang sebulan berpuasa ramadhan. Tapi dengan syarat, jangan ikut nafsu ketika berbuka ya!.
Sediakan kudapan/snek yang berkhasiat.
Proses turun berat tidak sepatutnya menjadi satu proses yang menyiksakan diri dengan berlapar. Sekiranya anda melalui proses ini dengan mengurangkan makan, maka anda tidak akan konsisten dan mudah putus asa. Proses turun berat perlu dilakukan dengan cara yang paling menggembirakan dan sihat. Ingat, matlamat mahu turun berat adalah satu matlamat jangka masa panjang dan matlamat mencapai tahap kesihatan yang ideal. Idea untuk menyediakan snek/kudapan berkhasiat dapat membantu anda menjalani proses ini dengan bahagia. Setiap 2 jam, anda boleh mengunyah kudapan berkhasiat. Bukan kerepek, junk food mahupun kuih-muih ya!. Antara contoh kudapan sihat adalah kekacang, ( seeloknya kekacang tanpa garam), buah-buahan, kurma, overnight oats, granola dan sebagainya. Anda juga boleh mengamalkan snek buah seperti dalam post saya yang sebelum ini 5 Jenis Buah Ini Boleh Bantu Turun Berat Badan
Sediakan jurnal
Tips ini dapat membantu anda melihat kembali apa yang anda makan sepanjang hari. Malah jurnal dapat bertindak seperti diari makanan anda. Ambil kesempatan atas segala teknologi yang ada untuk anda sediakan jurnal makanan anda. Catatkan masa, jenis makanan dan minuman beserta kuantiti pengambilan. Disiplinkan diri untuk menulis dan jujur dengan diri sendiri.
Sumber : Diari Kurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Khasiat buah durian belanda kini menjadi tumpuan utama rakyat Malaysia kerana ia dikatakan dapat mencegah dari penyakit kanser. Walaupun ada segelintir pakar perubatan terkenal dan tidak tidak terkenal menafikan kebolehupayaan buah ini untuk merawat kanser, ia tetap menjadi rebutan ramai orang di luar sana.
Melihat daripada gejala ini, Datuk Rosyam Nor terusik untuk membuka ladang durian belanda dan sekaligus memperkenalkan produk baru Adraa yang telah diberi nama sempena nama cucu pertamanya. Setelah 5 tahun menanam dan 3 tahun membuat penyelidikan, kini, Datuk Rosyam Nor dengan bangganya melancarkan 3 produk ADRAA yang berasaskan durian belanda iaitu Teh Daun Durian Belanda, Pati Buah dan Ekstrak Daun Graviola Gold (GG) dan Jus Minuman Durian Belanda.
Melihat kepada gaya hidup masyarakat yang gemar dengan makanan berbentuk On The Go yang menyebabkan pencemaran radikal bebas pada tubuh, maka agen antioksida yang tinggi diperlukan bagi meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Usia yang meningkat juga memerlukan antioksida yang tinggi untuk terus kekal sihat. Dan kandungan antioksida yang tinggi ini terdapat dalam pohon ajaib iaitu Durian Belanda atau nama saintifiknya Graviola atau Annona Muricata. Pohon ajaib ini turut dikenali dengan nama sirsak (Indonesia), nangka belanda (Sabah), dalam pada masa yang sama Datuk Rosyam membantu penguasaha-pengusaha baru bagi membina masa dengan dengan perniagaan sendiri. Adraa adalah pemakanan tambahan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna di samping rawatan sedia ada.
Namun menurut Datuk Rosyam, Durian Belanda Adraa belum disahihkan lagi untuk merawat kanser sepenuhnya. Buat sementara waktu ini, ia hanya bertindak sebagai makanan tambahan yang mampu untuk menghindari seseorang dari penyakit seperti darah tinggi, kening manis dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, penyelidikan masih diteruskan dan dengan izinNya, Adraa mampu untuk merawat kanser pada masa akan datang.
Sekotak Teh Daun Durian Belanda yang terdiri dari 100% daun Durian Belanda mengandungi 20 sachets dijual dengan harga RM85, Pati Buah dan Ekstrak Daun GG yang dibotolkan dengan isian 500 ml dijual dengan harga RM168, sementara jus minuman Durian Belanda dengan isian 350 ml berharga sekitar RM5. Anda boleh dapatkan produk ADRAA daripada stokis/toko-toko jamu dan secara online di web rasmi kami.
Sumber Gambar produk dari laman web Adraa
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.