Tidur awal memang banyak kelebihannya buat kesihatan terutamanya kesuburan lelaki. Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat.
Menurut sahabat-sahabat Rasulullah SAW, Baginda selalu tidur awal selepas daripada solat Isyak dan bangun awal sebelum Subuh. Abu Barzah (RA) berkata, “Rasulullah SAW tidak menyukai tidur sebelum solat Isyak, dan berborak selepas solat Isyak,” (Hadis Riwayat Muslim).
Sains moden telah mendedahkan bahawa organ badan kita menyahtoksin ketika waktu malam. Untuk proses menyahtoksin yang ideal, seseorang itu perlu menghabiskan kerja hariannya selepas pukul 9 malam dan masuk tidur sekurang-kurangnya pukul 11 malam hingga 5 pagi.
1. Berat badan turun
“Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar,” kata Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memberi amaran bahawa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh. Di samping itu, apabila anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya anda akan melewatkan sarapan pada esok harinya.
Menurut Rafael Pelayo, MD, Clinical Professor dari Sleep Medicine di Stanford University, tidur lewat malam mengakibatkan tenaga akan berkurangan dan anda cenderung untuk makan berlebihan pada siang harinya.
2. Tidur lebih mudah
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, anda juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesukaran untuk kembali tidur?
3. Lebih produktif pada pagi hari
Anda boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, anda pun akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi.
Keadaan ini tentu membuat anda mampu melakukan apa apa aktiviti anda dengan lebih produktif. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.
4. Lebih bertenaga
“Mereka yang terpaksa baru boleh tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benarbenar biasa dengan kitaran hidupnya,” ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute.
Kerapkali, menurut Gromer, para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fasa tidur lelap yang panjang.
5. Boleh bersukan dengan lebih baik
Sebuah kajian yang diadakan oleh Stanford University meminta sekumpulan atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu.
Hasilnya, prestasi mereka ketika latihan meningkat. Kalau begitu, anda tidak perlu lagi personal trainer untuk mencapai tujuan latihan anda kan?
6. Tidak mengalami kesan kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak.
“Kafein itu akan berlangsung 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuh 10 jam selepas anda meminumnya,” kata Gromer.
Dengan tidur lebih awal anda akan membebaskan diri dari kitaran kopi yang tak menyenangkan ini.
7. Jantung yang lebih sihat
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal.
Sumber: lelakisihat.com