Kepada mereka yang sudah lama aktif melakukan aktiviti larian pasti sudah masak atau faham akan kepentingan melakukanw arm up atau memanaskan badan sebelum mula berlari.
Tapi malangnya masih ramai yang memandang remeh akan kepentingan melakukan warm up. Ini terutamanya berlaku kepada mereka yang baru ingin aktif dalam aktviti larian.
Perkara ini juga sering dilakukan oleh seasonal runner kerana memikirkan badan mereka sudah ‘kalis’ dan tersedia untuk berlari. Sedangkan setiap orang perlu memanaskan badan terlebih dahulu tanpa mengira tahap kecergasan atau stamina.
Tapi sebelum itu sejauh mana anda faham tentang warm up?
Warm Up atau memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan nnt dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Warm up merangsang penambahan oksigen dalam tubuh dan mengaktifkan pengeluaran hormon yang akan membantu dalam proses penyaluran tenaga ke bahagian otot.
Peningkatan aktiviti secara berperingkat juga secara umumnya akan meningkatkan suhu badan dan membuka liang roma untuk proses perpeluhan di mana penyejukan anggota badan diaktifkan.
BACA: Selain Dapat T-shirt & Medal, Boleh Menang Duit & Jam. Caranya, Lari 50KM Dalam Masa 40 Hari!
Okay sekarang anda sudah tahu apa itu warm up. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa perlu kita lakukan warm up sebelum mulakan larian. Apakah kepentingannya? Ikuti 7 kepentingan warm up di bawah.
Tingkatkan kadar degupan jantung atau nadi (bpm)
- Secara umumnya penambahan intensiti dalam aktiviti memerlukan tenaga, sehubungan itu jantung memainkan peranan untuk menyalurkan oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh badan.
- Saiz salur darah mengembang bagi memudahkan proses penyaluran darah yang lebih efisien
- Peningkatan pengaliran darah ke bahagian otot meningkatkan penghantaran bekalan tenaga ke seluruh badan.
- Menyediakan sistem kardiovaskular untuk bersedia menghadapi aktiviti yang lebih berat yang akan memberi impak kepada jantung
Tingkatkan pengeluaran hormon
- Peningkatan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan hormon-hormon lain yang membantu meningkatkan kadar kepekaan, mengurangkan stres dan meningkat kadar metabolisma
- Peningkatan kadar cecair Synovial di bahagian sendi bagi memberi pelinciran sendi untuk mengurangkan geseran serta melancarkan pergerakan
Mengurangkan kadar risiko kecederaan
- Peningkatan suhu otot secara tidak langsung menambah keanjalan otot
- Peningkatan kadar oksigen dan hormon di bahagian otot membantu melancarkan pergerakan dan mengurangkan risiko kekejangan
- Rembesan hormon meningkatkan kawalan motor dalam pergerakan otot
Aktifkan mekanisma pelepasan haba badan
- Liang roma akan terbuka bagi memudahkan proses penyejukan badan
- Peningkatan suhu otot merangsang proses penyejukan otot
Merangsang Sistem Saraf Pusat
- Merangsang transmisi dan penyaluran neuron (maklumat) saraf antara otak dan sel motor otot (peningkatan kadar oksigen di bahagian otak merangsang sel –sel otak untuk berhubung dengan lebih baik)
- Meningkatkan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan adrenalin.(Happy Hormon/hormon baik)
- Merangsang pemikiran untuk lebih peka kepada aktiviti, meningkatkan sistem kawalan motor otot dan meningkatkan kawalan koordinasi dalam menjalankan aktiviti fizikal
Rangsang peningkatan pergerakan otot
- Pergerakan otot menjadi lebih efisien dan lebih teratur
- Mengurangkan risiko kekejangan otot di mana sistem; telah dibekalkan dengan oksigen dan elektrolit dari penyaluran darah yang efisien
- Proses penceraian antara hemoglobin (sel yang mengikat oksigen) dengan oksigen berlaku dengan lebih jitu
- Proses pengumpulan asid laktik dapat dilengahkan
Meningkatkan prestasi larian
- Otot yang diregang dan dipanaskan sebelum larian menjadikan ia lebih mudah bergerak. Sendi juga boleh berfungsi dengan lebih baik
- Aktiviti ini akan menjadikan senaman kita lebih berkesan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI