
1.Terlalu Memilih
2.Pemikiran tidak terbuka
Disebabkan citarasa anda yang tidak masuk dek akal tu, anda tak nak mencuba untuk mulakan hubungan dengan calon yang sudah sedia ada. Tidak berani untuk cuba perkara yang baru. Takkan la umur dah 30 baru nak cuba.
3.Seperti katak di bawah tempurung
Kalau anda adalah yang jenis duduk dekat rumah saja dan tidak pernah bergaul memang anda akan forever alone. Pergi kerja lepas tu balik. Di pejabat pun hanya buat kerja saja dan tidak bersosial dengan rakan pejabat. Memang tak ada life orang macam ni.
4.Takut untuk mencintai
Setiap percintaan pasti akan ada pahit dan manis. Jika anda takut untuk kecewa, sampai bila-bila pun anda tidak akan belajar. Berilah peluang pada diri sendiri untuk mencintai dan di cintai. Bukan semua lelaki/wanita tak setia.
5.Ada masalah isu kepercayaan pada masa lampau
Dalam alam percintaan kepercayaan adalah sangat penting. Memang ramai yang pernah kecewa, takut untuk memberi kepercayaan kepada orang lain. Oleh kerana bekas kekasih pernah curang, terus tak berani nak bercinta lagi.
6.Ibu bapa terlalu memaksa
Kadang kala disebabkan ibu bapa yang terlalu memaksa untuk berumah tangga boleh membuatkan ramai di kalangan lelaki rasa memberontak. Malas hendak bergaduh dan meninggi suara akhirnya lelaki terpaksa sibukkan diri dengan kerja sehingga lupa akan perihal mencari jodoh.
7. Ehem mungkin selera dah mula berpaling arah dan keliru nafsu!
Masalah yang semakin hari semakin menular, kalau setiap hari lelaki dipaparkan dengan kisah ‘Geng Kunyit’ ini, tidak mustahil perkara ini mungkin terjadi kepada anda juga. Jadi periksa tahap ketulenan diri anda dahulu. Adakah nafsu anda masih tepat atau sebaliknya?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Wajah Suami Isteri Makin Lama Makin Seiras Lepas Kahwin

Wajah suami isteri makin lama makin seiras lepas kahwin. Pernahkah anda perasan bahawa ada pasangan suami isteri yang kelihatan seperti memiliki wajah yang seiras? Terutamanya bagi mereka yang telah lama mendirikan rumah tangga.
Wajah Suami Isteri Makin Lama Makin Seiras Lepas Kahwin
Meskipun tidak serupa sepenuhnya, namun ada persamaan dalam bentuk wajah, ekspresi dan aura yang mereka bawa, sehingga kadangkala nampak seperti adik-beradik. Kebetulan semata-mata atau ada sebab di sebaliknya?
Menurut kepercayaan ramai, pasangan yang mempunyai wajah mirip cenderung lebih serasi dan berpotensi memiliki hubungan yang berkekalan. Dari sudut psikologi, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan pasangan suami isteri kelihatan seiras. Berikut adalah empat sebab utama yang menjelaskan fenomena ini.
1. Banyak Menghabiskan Masa Bersama
Menurut kajian psikologi yang dikongsikan oleh Newheathadvisor(dot)com, pasangan yang sering meluangkan masa bersama akan mula menyerupai antara satu sama lain. Ini kerana gaya hidup mereka telah sebati dan saling mempengaruhi.
Dalam kehidupan berumah tangga, banyak pengalaman dan aktiviti dilakukan bersama – daripada rutin harian hinggalah aktiviti khas yang mencipta kenangan. Tanpa disedari, pengalaman ini sedikit demi sedikit membentuk perubahan pada diri mereka, termasuk ekspresi wajah dan gerak-geri.
2. Emosi Mempengaruhi Bentuk Wajah
Ahli psikologi sosial, Robert Zajonc, telah mengemukakan teori Social Facilitation pada tahun 1965 yang menjelaskan bagaimana emosi dan ekspresi wajah boleh berubah berdasarkan interaksi sosial seseorang.
Teori ini menunjukkan bahawa individu akan menunjukkan reaksi yang berbeza ketika bersendirian berbanding ketika bersama orang lain. Ini kerana manusia secara semula jadi memiliki empati, dan ekspresi wajah mereka sering dipengaruhi oleh individu yang dekat dengan mereka.
Selain itu, otot wajah yang sering digunakan akan berkembang dan membentuk struktur tertentu. Contohnya, jika pasangan sering ketawa bersama, mereka cenderung memiliki kedutan di tempat yang sama. Begitu juga jika mereka kerap berbual dan tersenyum, bentuk pipi mereka boleh berubah secara serupa.
3. Saling Meniru Kebiasaan Dan Minat Pasangan
Kajian dari Yale University menunjukkan bahawa suami isteri secara tidak sedar akan meniru tabiat dan kegemaran pasangan mereka. Ini termasuk cara bercakap, gaya ketawa, serta pilihan pakaian atau makanan. Akibatnya, mereka bukan sahaja semakin memahami antara satu sama lain tetapi juga mulai kelihatan serupa.
Hal ini boleh dilihat dalam gambar pasangan yang telah bersama selama lebih dari dua dekad, di mana wajah mereka kelihatan hampir sama. Ini berlaku kerana mereka telah berkongsi begitu banyak pengalaman dan kebiasaan dalam tempoh yang lama.
4. Daya Tarikan Terhadap Wajah Yang Mirip
Tanpa kita sedari, kita cenderung tertarik kepada individu yang mempunyai ciri yang hampir sama dengan diri kita. Sama ada dari segi gaya berpakaian, minat, hobi, atau bahkan bentuk wajah, manusia secara semula jadi merasa lebih selesa dengan sesuatu yang sudah dikenali.
Malah, sesetengah wanita mencari pasangan yang memiliki ciri-ciri yang serupa dengan ayah mereka. Jika sejak awal pasangan sudah kelihatan mirip, perbezaan kecil yang wujud akan semakin pudar dengan masa, menjadikan mereka kelihatan lebih serupa.
Kesimpulannya, faktor psikologi dan interaksi sosial memainkan peranan besar dalam bagaimana pasangan suami isteri boleh menjadi semakin seiras dari segi wajah. Sama ada disebabkan oleh kebiasaan bersama, pengaruh emosi, atau daya tarikan sejak awal, fenomena ini membuktikan betapa rapatnya hubungan antara dua insan yang berkongsi kehidupan sebagai pasangan.
Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle dan Mima Lana
BACA:Selain Awet Muda, Suami Isteri Yang Tidur Berpelukan Setiap Malam Akan Lebih Bahagia!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Memang sakit sebenarnya kalau ada tonsil. Ini cara rawatan paling mudah dan berkesan. Tidak perlu ke hospital!

Apakah Rawatan Semulajadi untuk Pesakit Tonsil
- Air Garam
- Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah untuk berkumur dengan air garam yang suam. Air suam ini mempunyai kesan melegakan.
- Manakala garam pula akan membunuh virus dan bakteria. Selain itu garam juga boleh mengurangkan keradangan, seterusnya memberi keselesaan kepada anda
- Cara:
- Campurkan satu sudu teh garam dalm secawan air suam.
- Kumur-kumur dengan larutan ni. Jangan telan tau!
- Ulang sekerap mungkin untuk pemulihan yang cepat
- Lemon
- Sifat anti-viral, anti-bacteria dan anti-radang yang ada pada lemon ini akan merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu kandungan Vitamin C nya yang tinggi akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jagkitan
- Cara:
- Dalam segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.
- Alternatively, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada pada sepotong lemon, kemudian hisap lemon tu. Ia akan membantu memaksa kahak keluar dari tekak anda. Ulang 2 atau 3 kali sehari untuk beberapa hari.
- Daun Selasih
- Daun selasih/ basil merupakan rawatan di rumah yang berkesan kerana sifat anti virus dan anti radangnya. Tambahan pula sifatnya yang menyembuhkan dan melegakan kesakitan akan meredakan bengkak dan sakit selain dapat mempercepatkan proses penyembuhan
- Cara:
- Tambahkan 10-12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Jerang selama 10 minutes
- Perahkan jus lemon (1biji) kepada larutan tadi. Kalau nak manis sikit boleh tambahkan satu sudu teh madu
- Minum 3kali sehari selama 2 atau 3 hari
- Kunyit
- Sifat anti-radang dan anti-septik yang kuat yang ada pada kunyit ini menjadikan ia sesuai untuk melawan tonsil ni.
- Cara:
- Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit (semulajadi) kedalam segelas air panas ataupon air garam.
- Berkumur dengan campuran ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur. Ia akan membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan
- Sebagai alternatif, anda boleh tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan secubit lada hitam ke dalam segelas susu panas.
- Minum pada waktu malam untuk 2-3 hari untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan.
- Kayu manis
- Boleh digunakan untuk merawat keradangan. Kaya dengan ciri-ciri anti microorganisma, kayu manis menghalang pertumbuhan bakteria dan microorganisma dalam tonsil dan membantu mengurangkan bengkak, sakit dan keradangan.
- Cara:
- Tambah satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas air panas.
- Campurkan dua sudu teh madu
- Hirup perlahan-lahan semasa ia masih panas
- Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu
- Daun Pudina
- Dipercayai mempunyai kuasa anti-microb yang berkesan membunuh bacteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.
- Menthol dalam daun pudina juga melegakan membran mukus dan memberi kelegaan kepada anda
- Cara:
- Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal
- Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
- Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari
- Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsilitis
- Halba
- Mempunyai ciri-ciri antibakteria yang menjadikan ia penawar yang sangat baik untuk tonsil.
- Halba juga mempunyai sifat anti-radang yang akan memberikan bantuan segera daripada kesakitan dan keradangan
- Cara:
- Tambahkan 2 sudu besar halba kepada 2-3 cawan air.
- Renehkan selama 30minit
- Biakan sejuk
- Berkumur dengan air ini sekurang-kurangnya selama 30saat. Ulang 2 kali sehari sehingga tonsilitis dan sembuh
- Biji Carom
- Membantu dalam membanteras gejala tonsilitis kerana benihnya kaya dengan sifat anti-oksidan serta vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan
- Cara:
- Panaskan satu perempat sudu teh biji karom ni dalam kuali sehingga keperangan.
- Tambahkan secubit serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan secawan susu panas dan gaul rata
- Angkat dari api
- minum semasa masih panas. Minum sehari 2kali selama 2 ke 3 hari
Selamat mencuba!
sumber: butikgebugebu.blogspot.my
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
11 Trik Mudah Guna Bahan Makanan Untuk Mencuci, Jimat & Praktikal Juga

Mesti ramai yang tak tahu, sesetengah bahan mentah yang dijadikan makanan setiap hari, sebenarnya bertindak lebih baik daripada bahan pencuci seperti sabun dan peluntur yang dijual di pasaran?
Ya, jangan tak percaya. Namun, untuk keberkesanan berganda, adalah lebih afdal andai ia terus digunakan tanpa dicampur dengan bahan lain. Jimat pun ya!
Mari lihat apa 11 bahan makanan itu?
1. Kulit pisang sebagai bahan mencuci barangan perak.
Jangan pandang ringan dengan keberkesanan kulit pisang. Jika ada pembaca yang memiliki barangan berasaskan perak, cuba guna teknik mengilatkan barangan tersebut mengunakan kulit pisang.
2. Kulit timun boleh hilangkan contengan di dinding dan meja.
Bagi ibu bapa yang memiliki anak ‘kreatif’ dan ‘berseni’, mereka boleh menggunakan kulit timun untuk menghilangkan kesan contengan di dinding.
Malah, jika ada yang cuba mengelak daripada kesan wap pada cermin ketika mandi, cubalah tip menggosok kulit timun di situ sebelum mandi.
3. Sos tomato untuk kilatkan barangan tembaga.
Mungkin tidak ramai yang akan mengaplikasikan teknik ini pada barangan tembaga mereka, namun apa salahnya mencuba, bukan?
Senang sahaja, cuma sapukan sos tomato di sekitar permukaan tembaga dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air. Tembaga akan menjadi berkilat seperti sediakala.
4. Bawang untuk hilangkan kesan karat pada pemanggang.
Caranya mudah, panaskan sebentar pemanggang, kemudian gosok belahan bawang di bahagian yang berkarat. Pastinya, sisa-sisa makanan dan kesan besi karat akan tertanggal selepas itu.
5. Kacang walnut untuk hilangkan calar pada perabot kayu.
Hanya kupas kacang walnut dari kulitnya dan sental di bahagian yang bercalar. Kemudian, gunakan tangan untuk menyapu kesan minyak yang keluar dari biji walnut.
Selepas beberapa minit, ambil kain dan lap perlahan-lahan di kawasan calar tersebut. Hasilnya pasti mengagumkan kerana kesan calar akan hilang!
6. Garam sebagai bahan peluntur tumpahan wain merah.
Bagi menghilangkan kesan wain merah, pembaca cuma perlu menggunakan garam kerana garam merupakan agen yang akan menyerap tumpahan tersebut. Namun, ia harus dilakukan segera sebelum kering.
7. Potongan roti sebagai medium mengutip sisa kaca.
Mungkin ada sesetengah suri rumah tidak sedar, kaca yang pecah tidak dibersihkan seratus peratus. Maka, teknik ini boleh dicuba. Cuma ambil sekeping roti biasa dan jadikan seperti kain lap di seluruh kawasan kaca berderai. Ia mampu mengutip sisa-sisa kecil kaca yang mungkin tidak kelihatan di pandangan mata kasar.
8. Beras mampu mencuci pengisar kopi.
Teknik ini juga boleh diaplikasi untuk pengisar rempah. Caranya mudah, hanya ambil sedikit beras dan kisar. Pastinya, ia akan sekaligus mengeluarkan sisa kopi dan rempah yang tertinggal di dalam.
9. Minyak zaitun mampu hilangkan getah pokok.
Mungkin ada antara pakaian yang pernah terkena getah pokok, maka teknik ini boleh dicuba. Cuma sapukan sedikit minyak zaitun di bahagian pakaian tersebut, ia akan tertanggal dengan sendirinya.
10. Tepung jagung sebagai bahan penanggal kesan minyak.
Ya, mesti situasi ini selalu terjadi. Apabila makan di sofa ruang tamu, akan terdapat minyak yang terjatuh ke permaidani mahupun sofa sendiri. Untuk menghilangkan kesan tersebut, tabur tepung jagung sehingga menutupi kesan minyak dan biar ia selama 15-20 minit.
11. Coca cola sebagai agen pembersih tandas.
Sebab itu ramai yang menegah untuk selalu meneguk minuman coca cola kerana kesannya sangat kuat. Tak percaya, cuba curah air coca cola ke dalam mangkuk tandas dan lihat kesannya beberapa minit selepas itu. Ia mampu menanggalkan kesan kotoran di sekitar mangkuk!
Sumber : MYNEWSHUB.CCr
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI