Ramai di antara kita sebenarnya mengetahui akan kepentingan dan kebaikan bersenam pada setiap hari. Tetapi ianya bukan suatu perkara yang mudah sekiranya anda tewas dengan kemalasan diri sendiri apatah lagi tiada motivasi untuk melakukan senaman secara berseorangan.
Salah satu cara yang terbaik untuk meningkatkan motivasi diri untuk terus bersenam adalah dengan mencari kawan untuk turut serta bersenam.
Mengapa Memiliki Rakan Senaman Lebih Baik Untuk Anda dan Rakan Anda
Akauntabiliti (Tanggungjawab Bersama)
Anda dan rakan senaman boleh saling bertanggungjawab. Jika salah seorang daripada anda kehilangan motivasi, yang lain boleh membantu mengembalikan semangat.
Perasaan bersalah sering menjadi pemangkin terutama apabila anda rasa malas untuk bangun dan pergi bersenam, tetapi rakan anda sudah berada di luar menunggu untuk berlari bersama.
Seronok
Bersenam sebenarnya boleh menjadi seronok bila bersenam bersama rakan anda. Sekiranya anda berseorangan, perasaan bosan akan muncul disebabkan tiada benda yang menarik untuk dihiburkan.
Ditambah pula, jika anda pernah berlari, pasti anda tahu bahawa mempunyai pasangan menjadikan aktiviti itu lebih mudah dan menyeronokkan.
Ads
Persaingan yang sihat
Jika anda seorang yang berdaya saing, bersenam bersama rakan boleh mendorong anda untuk berusaha lebih keras daripada bersenam sendirian.
Sebagai contoh, anda tentu tidak mahu dilihat sebagai orang yang lemah hanya kerana sempat habiskan 5km sahaja ketika berlari berbanding rakan anda sebanyak 7km. Tapi kena ingat satu benda, jangan terlalu bersaing sehingga hubungan anda menjadi seperti “musuh dalam selimut” atau “frenemy.”
Keselamatan terjamin
Bergantung pada masa dan tempat anda bersenam, mempunyai rakan boleh menjamin keselamatan bersama.
Ads
Berlari di bahu jalan raya pada waktu pagi yang masih gelap boleh berisiko sekiranya berseorangan dan akan mengundang bahaya yang tak diingini. Lebih baik dan lebih selamat jika ada rakan yang boleh bersama anda.
Kepelbagaian aktiviti
Walaupun anda dan rakan senaman mempunyai minat yang sama, mungkin ada beberapa perbezaan. Mungkin rakan anda suka bermain bola dan itu adalah sesuatu yang tidak pernah anda cuba.
Jadi, cubalah bermain bola bersama-sama. Kemudian, cari aktiviti yang anda suka dan ajak rakan anda untuk mencuba sesuatu yang baru juga. Mengubah rutin boleh menjadikan senaman lebih menyeronokkan dan tidak membosankan.
Rehat dari kesibukan bekerja
Ads
Seharian kita sibuk bekerja apa kata rehat seketika demi mengurangkan stress. Bersenam bersama rakan memberikan peluang untuk berbual mengenai perkara peribadi, berbincang mengenai politik, berkongsi berita menarik tentang diri anda atau keluarga atau sekadar meluahkan perasaan tentang sesuatu yang berlaku di tempat kerja.
Bersama rakan senaman memberi anda ruang untuk menjauhkan diri seketika daripada tanggungjawab hidup dan menikmati masa untuk menjaga kesejahteraan sosial.
Mempunyai matlamat yang sama
Mungkin anda dan rakan senaman sama-sama menyasarkan untuk menyertai pertandingan ataupun berlari untuk kuruskan badan. Apabila kita mempunyai matlamat yang sama dengan orang lain, ia kembali kepada idea untuk menjadikan senaman lebih menyeronokkan.
Mencapai matlamat yang telah anda dan rakan tentukan bersama juga boleh menjadi pendorong yang kuat untuk terus berusaha.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Keinginan untuk mendapatkan badan yang diidamkan bukanlah perkara baru. Sejak dulu lagi masyarakat disogokkkan dengan pemikiran standard bahawa ‘kurus itu perfect’.
Namun disebabkan tidak mahu menjaga pemakanan dan ingin kurus dalam masa yang singkat, ramai yang sanggup melakukan pelbagai cara ekstrem untuk kurus. Malah ada yang terlalu obsesi untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman hingga sanggup mengabaikan kesihatan.
Kali ini Maskulin kongsikan 4 jenis diet popular yang sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan. Jika mahu kekal langsing dan sihat, jawapannya ialah dengan mengamalkan senaman secara rutin dan mengawal pemakanan dengan baik. Bukanlah mengikat perut dan hanya mengambil nutrisi tertentu sahaja.
1. Master Cleanse
Beyonce menjadi selebriti pertama yang mempopularkan diet ini di aman diet ini mengambil masa antara 7-21 hari sahaja. Ia juga dikenali sebagai diet lemonade dengan hanya minum air lemon yang dicampur dengan sirap maple dan serbuk cayenne. Pengamal diet ini tidak boleh mengambil sebarang makanan pejal dan hanya minum air campuran tersebut ketika lapar.
KEBURUKAN: Anda akan mengalami gangguan paras gula dalam tubuh dan keletihan yang melampau. Pening kepala dan lesu adalah antara simptom utama. Malah diet jenis ini juga boleh merosakkan tisu otot dan mengganggu sistem penghadaman kerana kekurangan nutrisi lain.
2. Baby Food Diet
Jennifer Aniston pernah mengamalkan diet ini yang hanya makan makanan bayi seperti puri sayuran dan buah-buahan. Makanan bayi tidak mempunyai nutrisi yang secukupnya untuk keperluan nutrisi orang dewasa.
KEBURUKAN: Makanan bayi mempunyai kurang protein sedangkan orang dewasa memerlukan sumber tersebut setiap hari. Anda akan mengalami masalah penghadaman juga kadar metabolisme yang berkurangan.
3. Apple Cider Vinegar Diet
Cuka epal mungkin boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan rasa lapar. Pengamal diet ini perlu makan 2-3 sudu cuka epal setiap kali sebelum makan.
KEBURUKAN: Cuka epal mengandungi kandungan asid makanan yang tinggi dan boleh mencederakan kerongkong dan merapuhkan gigi.
4. The Cigarette Diet
Mungkin kurang popular di Malaysia, tetapi diet ini terkenal di Hollywood dan telah diamalkan oleh selebriti sejak tahun 1970-an. Satu jenama rokok popular pernah mempromosikan rokok sebagai pengganti kepada ketagihan mengambil makanan atau minuman manis. Pengamal perlu menghisap rokok setiap kali mempunyai keinginan untuk mengambil makanan bergula.
KEBURUKAN: Sudah tentu rokok berbahaya kepada kesihatan. Tidak perlu kami terangkan kesannya.
5. Atkins Diet
Atkins adalah diet paling popular dan pengamalnya mengakui turun berat badan secara drastik. Mereka hanya dibenarkan makan protein seperti daging, ayam dan ikan yang dipanggang atau rebus. Pengamal diet ini dilarang mengambil sumber karbohidrat, gula (termasuk buah-buahan) dan serat. Atkins mempunyai beberapa fasa dan berat badan mulai menurun pada minggu kedua.
KEBURUKAN: Anda perlukan nutrisi lain seperti serat dan karbohidrat termasuk gula. Ia menyebabkan sistem penghadaman terganggu dan akan mengalami masalah buasir. Malah psikologi kamu juga akan terganggu menyebabkan kamu tertekan. Kulit akan mula menggeleber dan berkedut kerana kurang sumber serat dan vitamin.
Kesimpulannya, janganlah kita mensia-siakan hidup semata-mata untuk cepat kurus. Sebaiknya amalkan gaya hidup sihat dengan kerap bersenam dan menjaga pemakanan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan dengan penularan pandemik yang masih lagi ada di dalam negara kita masih ramai yang tidak berani ambil risiko pergi ke gimnasium. Sebenanarnya jika mengikuti SOP yang ditetapkan, ia boleh dilakukan di gym dengan baik dengan risiko yang rendah. Namun, bagi yang tidak mahu mengambil risiko senaman di rumah adalah lebih baik. Antara tip senaman yang MASKULIN ingin kongsi kali ini ialah di bahagian paha.
Mungkin ramai yang lebih cenderung melakukan senaman di bahagian atas bada seperti abdomen, biseo, trisep dan juga bahagian belakang.Namun satu perkara yang tidak boleh kita abaikan ialah senaman di bahagian bawah badan seperti kaki dan paha.
Ruang melakukan senaman paha tidaklah perlu besar. Dan inilah yang ingin MASKULIN kongsikan. Senaman paha yang boleh dilakukan boleh dikatakan di mana sahaja.
Ikuti beberapa rutin senaman yang mampu menguatkan dan sekali gus membesarkan otot paha anda.
SQUAT JUMP
Duduk berdiri dengan menjarakkan kedua belah kaki. Kemudian lakukan squats sehingga bahagian paha anda selari dengan lantai. Apabila berada di posisi tersebut lompat setinggi yang mungkin. Bila mendarat pastikan lutut anda membengkok 45 darjah. Rehat seketika dan ulanggi sebaayak beberapa kali.
SIDE LUNGE
Ini merupakan rutin yang agak mencabar dan perlu dilakukan dengan baik. Jarakkan kedua belah kaki kira-kira dua kali ganda dari bahu anda. Pastikan kaki kanan berada dalam kedudukan lurus.
Kemudian gerakkan pinggang ke bahagian kiri. Bengkokkan lutut kiri dan rendahkan badan sehingga paha berada selari dengan lantai. Kaki anda harus sentiasa rapat di lantai sepanjang masa. Pause selama dua saar dan kembali ke posisi asal. Ulang sekali lagi dengan kaki sebelah kanan pula.
SCISSOR BOX JUMP
Untuk lakukan senaman ini anda perlu dapatkan bangku atau kota. Letakkan kaki kiri di atas bangku dengan kanan kanan pula di atas lantai.
Dengan melakukan satu pergerakan, lompat dan tukar kedudukan kaki ketika lompatan dilakukan. Ketika di pososi bawah, pause semalam satu saat sebelum tukar kepada kaki sebelah lagi.
SINGLE-LEG HIP RAISE
Baring di atas lantai dengan muka menghadap ke atas. Pastikan tangan dalam kedudukan 45 darjah dari badan. Luruskan kaki kiri di atas lantai manakala kaki kanan dibengkokkan. Kemdudian angkat kaki kanan sehingga ia selari dengan kedudukan paha kiri.
Tekan bahagian teras badan dan cuba angkat pinggul ke atas. Bahagian bawah badan anda akan terangkat. Tahan selama beberapa saat dan kembali ke posisi asal.
ALTERNATING DROP LUNGE
Berdiri dengan kaki berada selari dengan bahagian pinggul. Tangan pula diletakkan di atas pinggang. Pastikan dada terbuka mata lurus ke depan dan bahu didepakan. Silangkan kaki kanan ke bahagian belakang kaki kiri.
Bengkokkan kedua belah lutut dan turunkan badan sehingga paha selari dengan lantai. Kemudian kembali ke posisi asal. Ulang rutin sama dengan kaki sebelah lagi. Anda boleh lakukan rutin ini sebanyak 5 hingga 10 kali.
Lakukan 10 lompatan box squats setiap minit selama 10 minit. Ini bermakna anda perlu memastikan masa 10 minit dengan sebanya 10 rep setiap minit baharu bermula. Anda boleh rehat tatkala antara selang masa minit yang berbaki.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video workout menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak dari dulu sampai sekarang, push up merupakan antara teknik senaman yang sangat popular. Ia dilakukan oleh semua pengamal senaman tidak kiralah sama ada untuk membina tubuh, atlet, ahli beruniform atau kegiatan jasmani pelajar sekolah.
Namun sehingga kini masih ramai yang tidak menggunakan teknik yang betul semasa melakukan push up.
Melakukan push up dengan teknik yang salah akan membuatkan aktiviti senaman anda tidak mendapat hasil yang baik dan efektif. Malah ia boleh mengakibatkan kecederaan serius seperti kecederaan oto, ligamen dan patah tulang.
Jadi apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan push up?
Jarak tangan terlalu lebar
Ini antara teknik yang salah! Banyak sumber mengatakan jarak kedudukan tangan semasa melakukan push up boleh mempengaruhi kesannya. Jarak tangan yang sempit (narrow grip push up/diamond push up) akan lebih menekankan kontraksi otot tricep dan jarak tangan yang lebar pula lebih menekankan kontraksi otot dada.
Akan tetapi jika jarak tangan yang terlalu lebar ia akan membahayakan anda karena terasa sangat berat lalu boleh sebabkan kecederaan.
Siku dibuka terlalu lebar
Semasa melakukan push up anda tak perlu membuka siku terlalu lebar. Senaman push up yang baik boleh diamati dari atas maka dan badan anda akan terlihat seperti anak panah. Dengan kata lain siku akan membentuk sudut 30 darjah terhadap tubuh.
Corak gerakan push up yang sebetulnya ialah dilakukan secara penuh atau one full repetition. One full repetition bermula dari bawah pada saat siku menekuk dan dada hampir menyentuh tanah.
Seterusnya angkat badan anda ke siku lurus. Ramai yang lakukan dengan hanya mengangkat tubuh sehingga siku tidak sampai lurus. Dan bila menurunkan tubuh pun banyak yang tak sampai ke bawah.
Bentuk badan salah
Ketika melakukan push up tubuh anda harus lurus dan tidak boleh menekuk. Kebanyakan orang melakukan push up dengan badan mereka tidak ikut turun mengikuti kepala mereka sehingga yang terlihat naik turun hanya kepala saja dan terlihat seperti push up lumba-lumba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.