Ramai yang menganggap makan roti putih ketika bulan puasa lebih menyihatkan dan berkhaist untuk orang diet.
Gara-gara tak lalu telan oat, anda gantikan nasi dengan roti putih kerana percaya roti putih lebih menyihatkan dan dapat menurunkan berat badan sepanjang berpuasa.
Namun hakikatnya, tabiat makan roti putih bukanlah baik untuk kesihatan, lebih-lebih lagi jika anda makan secara berlebihan.
Kenapa anda kena mengurangkan pengambilan roti putih ketika berpuasa? Ini 7 sebabnya.
Roti memiliki kadar sodium yang sangat tinggi. Apabila anda kerap makan roti putih, kadar garam di dalam tubuh akan meningkat dan ia bakal menjejaskan kesihatan anda.
2. RENDAH NUTRISI
Roti putih mempunyai nutrisi yang rendah. Memang ia mengenyangkan perut terutamanya bagi anda yang mahu mengelak nasi tetapi ia tidak memberikan vitamin atau protein yang secukupnya untuk tubuh. Malah roti penuh gandum juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari makanan lain.
3. MENYUMBANG KEPADA KEGEMUKAN
Ads
Ramai yang yakin, makan roti putih untuk mengelak nasi akan membuatkan mereka menjadi kurus. Sebenarnya, roti mengandungi kalori yang akan meningkatkan berat badan anda.
Kandungan gluten dalam roti boleh memberi reaksi negatif kepada mereka yang sensitif terhadapnya. Bila anda mengambil roti tanpa bebas gluten, sistem imunisasi anda boleh terganggu, cepat kepenatan, masuk angin dan sistem penghadaman tidak baik.
Ads
5. TINGGI KARBOHIDRAT
Majoriti makanan berasaskan roti memiliki jumlah karbohidrat yang tinggi. Jika anda kerap makan roti putih, karbohidrat yang ada di dalam tubuh akan menyebabkan gangguan otak yang dapat menurunkan fungsi kognitif.
6. MENINGKATKAN KADAR GULA DALAM DARAH
Pati yang terdapat pada roti akan cepat memasuki saluran pencernaan tubuh, seterusnya memasuki aliran darah dengan menjadi glukosa. Apabila ini terjadi, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin naik dengan cepat.
7. MENGANDUNGI SIRAP JAGUNG FRUKTOSA
Roti mengandungi sirap jagung fruktosa (gula) yang tinggi. Ia merupakan sejenis gula yang memberi kesan kepada kepada kesihatan anda khususnya mereka yang mengalami gout. Ini kerana menurut kajian untuk pesakit gout, antara penyebab kenaikan asid urik dalam darah adalah disebabkan kandungan fruktosa yang tinggi dalam tubuh.
Bukan tak boleh makan langsung, tapi makanlah roti putih secara berpada-pada dan tidak berlebihan. Sebaiknya gantikan pemakanan anda di bulan puasa Ini dengan nasi, roti gandum, oat, kurma dan susu kerana ia lebih mengenyangkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang mengetahui bahawa makan minyak zaitun sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan.
Bukan hanya itu, makan minyak zaitun juga boleh mencegah kolesterol selain menjadi ramuan terbaik untuk menurunkan berat badan.
Minyak zaitun kaya akan kandungan vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Ia dapat membantu mengurangi rasa lapar dan keinginan untuk makan banyak, merendahkan lemak dan kolestrol serta membantu mencernakan makanan agar menjadi lebih baik.
Sebelum mengetahui cara-cara untuk menurunkan berat badan dengan minyak zaitun, ada baiknya anda mengetahui larangan pengambilan minyak zaitun terlebih dahulu iaitu elak mengambil lebih daripada lima sudu.
Ini kerana ia boleh menimbulkan reaksi buruk seperti masalah cirit-birit, gula dalam darah menjadi terlalu rendah atau mengundang racun pada tubuh.
1. Makan satu sudu sebelum sarapan atau sebelum tidur
Pengambilan satu sudu minyak zaitun sebelum sarapan atau sebelum tidur malam akan membantu otak untuk lebih menghasilkan hormon leptin. Hormon ini akan menstimulasikan tubuh agar anda rasa cepat kenyang. Ketika perut anda kenyang, secara automatiknya anda akan mengurangi pengambilan makanan ketika waktu siang sehinggakan jumlah kalori yang masuk ke tubuh dapat dikawal dengan baik. Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga dapat meningkat imunisasi tubuh serta mengurangkan masalah kolesterol pada tubuh badan.
2. Jadi paduan terbaik apabila dimakan bersama buah dan sayur
Antioksidan yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan lemak agar ia mudah untuk diserap oleh tubuh. Memandangkan minyak zaitun mengandungi lemak yang baik untuk tubuh, secara tidak langsung ia menjadi paduan hebat untuk dimakan bagi mengurangkan berat badan.
3. Pengganti minyak goreng dalam masakan
Minyak zaitun kaya dengan lemak tak tepu dan ia dapat mengurangi kadar lemak dalam tubuh yang boleh mengakibatkan kolesterol tinggi. Malah anda juga boleh menambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak. Kesemua lemak ini akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.
4. Membakar lemak dan mengatasi masalah sembelit
Minyak zaitun juga boleh dijadikan campuran dalam minuman bagi membakar lemak dan melancarkan proses diet anda. Anda boleh cuba mencampurkan satu sudu minyak zaitun bersama madu dan jus lemon ke dalam air suam. Minuman kaya serat ini dapat melancarkan pencernaan sekali gus mengurangi risiko sembelit yang selalunya dihadapi oleh mereka yang sedang berdiet. Amalkan campuran ini setiap pagi.
5. Boleh dijadikan minyak urut untuk membakar lemak pada tubuh
Selain bagus untuk dimakan, minyak zaitun juga merupakan minyak terbaik untuk urutan dan memanjakan diri kerana ia boleh membakar lemak dari luar. Untuk membuat minyak zaitun sendiri, pembuatannya juga mudah. Anda hanya perlu campurkan setengah cawan minyak zaitun bersama kopi dan perahan limau nipis. Sapukan pada perut atau bahagian tubuh yang berlemak. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Kurang asam. Tau lah nasib awak nanti!” Ha, itu satu petunjuk bahawa si dia sudah mula wujudkan ‘perang dingin’ dengan anda. Walau apa pun kesalahan anda, kata orang dunia boleh terbalik jika wanita naik angin. Bagaimana tu? Ketahui tanda-tanda berikut.
Enggan memandang muka
Wanita jika hatinya disakiti mulalah berubah air mukanya. Daripada sentiasa tersenyum terus membawa wajah yang masam. Malah jika perasaan sakit hati menguasai jiwa, mungkin dia enggan memandang muka pasangannya.
Selain itu dia akan sering mengelak apabila dipanggil. Jika menjawab soalan pula, acuh tak acuh sahaja tanpa memberikan ‘eye contact’. Anda harus lakukan sesuatu agar hatinya kembali ok.
‘Reject’ Panggilan
Anda cuba menghubunginya seperti biasa agar semuanya kembali normal tetapi semua panggilan telefon ditolaknya ke ‘voicemail’. Wow, meremang bulu roma! Ini tabiat biasa jika wanita menunjukkan bahawa dia sedang marah atau sakit hati dengan anda.
Bila setiap panggilan dimatikan, ini bermakna anda tidak harus hubunginya lagi, sebaliknya terus berjumpa dengan si dia. Setidaknya anda peka dengan apa yang sedang berlaku.
Diam
Setiap wanita mempunyai cara yang berbeza apabila menunjukkan sifat marah. Ada wanita yang gemar lepas sahaja perasaannya terhadap pasangan. Ada juga yang lebih gemar memilih jalan untuk berdiam diri.
Bukan sehari dua malah ada yang sanggup diam tak bercakap sampai seminggu. Wanita, boleh menjadi tekad dalam setiap tindakan yang diambil bergantung pada kesalahan yang anda lakukan.
Perli
Siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Walaupun anda lihat pasangan menjalani kehidupan seperti biasa, akan tetapi cuba dalami setiap kata-kata yang dituturkan. Setiap kata-katanya itu seakan menyindir.
Walaupun topik tersebut tidak berkaitan dengan anda tetapi anda pula yang panas telinga untuk mendengar. Jika begitu ingat kembali setiap perbuatan anda yang mungkin membuatkan pasangan terasa hati. Cepat bertindak sebelum bertambah parah.
Sorry, no sex!
Alamak…ni yang parah. Bagi pasangan yang sudah berumah tangga. Apabila wanita kesayangan anda menolak untuk diajak bersanggama dan mengasingkan bilik tidurnya, ini bermakna si dia benar-benar protes terhadap anda. Sabarlah bro!.
Bil Melambung
Anda tiba-tiba mendapat jumlah bil kad kredit yang agak tinggi dari bulan sebelumnya. Semua perbelanjaan tersebut adalah dari kad kredit isteri anda. Apa yang terjadi sebenarnya? Harus tahu bahawa wanita meredakan hati yang lara dengan membeli belah.
Bagi lelaki yang sering berkata cara ini merepek, ketahuilah bahawa terapi ‘membeli belah’ amat membantu wanita untuk kembali normal. Bagi kaum hawa, lebih baik merawat hati sendiri dengan shooping dari menunggu si dia meminta maaf. Setidaknya sejuk sikit hati bila dapat barang baru. Ops….!.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Biasanya seorang wanita akan mengurung diri dan menangis selama beberapa hari selepas putus cinta. Adakah lelaki akan melakukan perkara yang sama jika putus cinta?
Ini 5 perkara yang lelaki biasa lakukan selepas putus cinta.
MAKAN SEORANG DIRI
Pergi ke restoran dan menikmati makan seorang diri atau duduk seorang diri dalam bilik dan makan makanan segera. Seorang lelaki sebanarnya cuba untuk mendapatkan kembali suasana nyaman dan tentang dengan makanan.
MENYIBUKKAN DIRI
Setelah putus cinta, biasanya seorang lelaki masih terbayang-bayangkan wajah bekas kekasih mereka. Cara paling mudah untuk menghilangkan bayangan wajah kekasih adalah dengan menyibukkan diri.
Jika anda melihat adik-beradik anda yang secara tiba-tiba rajin, mungkin mereka baru sahaja putus cinta.
MENDENGAR LAGU KENANGAN BERSAMA
Seorang lelaki yang baru sahaja putus cinta selalu mendengar lagu yang banyak menyimpan kenangan bersama pasangan. Sebenarnya perkara ini sangat menyakitkan.
BERSEMBUNYI
Pernahkah anda melihat seorang lelaki menangis seorang diri di pawagam?
Ini disebabkan mungkin lelaki tersebut pernah menonton filem yang ditonton itu bersama bekas kekasih.
Kebiasaannya lelaki yang baru putus cinta akan cuba untuk menghindari tempat yang pernah dikunjungi bersama pasangan.
MENGHUBUNGI TEMAN
Sama seperti wanita, lelaki juga akan menghubungi teman terdekat untuk ajak keluar lepak dan berbual. Seorang teman mampu menghiburkan hati yang terluka sekali gus melupakan bekas kekasih.
Bagi MASKULIN, tidak semua lelaki begini, biasanya ramai yang akan kembali menjaga bentuk fizikal untuk jadi lebih baik.
Jarang lelaki bersedih lama jika hadapi masalah cinta, mungkin disebabkan komitmen, namun ia masih memberi kesan mendalam walaupun nampak mereka gagah melaluinya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jangan silang kaki bila duduk, pantang larang penting orang tekanan darah rendah. Bagi mereka yang mengalami tekanan darah rendah atau hipotensi, menjaga gaya hidup dan tabiat harian sangat penting untuk mengelakkan simptom seperti pening, mudah penat, atau lebih teruk lagi, pengsan secara tiba-tiba.