7 Rahsia Kulit Flawless Bebas Jerawat Orang Korea & Jepun, 7 Benda Ni Patut Korang Cuba!

Share

Lelaki korea memang popular dengan wajah awet muda seakan ‘baby face’dan kulit yang bersih dari cela mahupun jerawat.  Zaman sekarang ni bukan wanita je yang ingin kulit yang cerah dan bebas dari jerawat seperti orang-orang Korea dan Jepun. Korea terkenal dengan pembedahan plastik dan Jepun pula terkenal dengan teknologi terkini dalam kecantikan.

Walaupun kedua negara tersebut sangat hebat dalam bidang kecantikan, namun mereka hanya mengamalkan rutin mudah je untuk dapatkan kulit yang cantik.

Jom tengok, mana tahu kulit anda boleh jadi macam selebriti Korea dan Jepun!

1. MEREKA MENGAMALKAN MINUM TEH HIJAU

Orang-orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Teh hijau bebaskan kulit anda dari jerawat kerana mengandungi antioksidan yang baik.

2. GUNAKAN PENCUCI MUKA YANG BETUL

Orang-orang  Korea dan Jepun menggunakan Cleansing Oil kerana ia mampu bersihkan mekap dengan sempurna, sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Patutlah tak ada jerawat.

3. PENGGUNAAN PENYEGAR WAJAH SANGAT PENTING!

Penyegar wajah mampu menanggalkan sel kulit mati dan mampu membersihkan wajah dengan sempurna. Mereka tidak gunakan kapas, tapi hanya gunakan jari untuk menyapunya pada kulit untuk penyerapan yang optimum.

4. PELEMBAB WAJAH SANGAT PENTING

Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk kulit. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

5. AMALKAN SENAMAN WAJAH UNTUK KULIT LEBIH CANTIK

Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

6. URUTAN WAJAH BUATKAN WAJAH LEBIH BERSERI

Rahsia wajah berseri adalah dengan melakukan urutan pada wajah. Ia menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.

7. TOPENG MUKA & PUPUR WAJAH JADI RUTIN SETIAP MINGGU

Setiap kali tengok drama Korea je, mesti heroin dok sibuk pakai topeng muka sebelum tidur. Topeng muka atau pupur wajah mampu mencerahkan kulit, mencuci kulit dan pori wajah.

Published by
Ruziana Zainal