7 Produk Bercukur Lelaki Wajib Guna

Share

Isi Kandungan

Toggle

RITUAL PERAPIAN ASAS UNTUK BERCUKUR 

AESOP SHAVING BRUSH 

Jangan nafikan kepentingan berus sewaktu membuat cukuran, Aesop menyediakan berus berkualiti buatan tangan dari England dengan kualiti sintetik terbaik Silver Tip Fibre yang dibangunkan seakan kesan rambut semula jadi.

BODY SHOP FOR MAN MACA ROOT SHAVE CREAM

Ritual bercukur lebih lancar dengan penggunaan krim pencukur dari Body Shop ini. Rasa lembut dan membuatkan kulit lebih licin selepas cukuran. Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki.

CEDRAT AFTER SHAVE CREAM GEL

Diperkaya dengan ekstrak organik Corisca Cidrat, pelembap gliserin dan Bisabolol.

Sangat melegakan kulit selepas cukuran, mengurangkan kegatalan, kerengsaan dan melindungi kulit dari sebarang infikasi. Tekstur cepat resap, tidak berminyak dan harum menjadikan produk  ini sebagai pilihan utama lelaki.

CLINIQUE CREAM SHAVE

Di antara produk terlaris dari Clinique,  sesuai buat  mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Hanya perlu sapukan lapisan nipis ke wajah yang lembap, urut di sekitar janggut dan misai. Cukuran anda akan lebih lancar dan kulit wajah lebih segar.

NIVEA EXTRA MOISTURE SHAVING FOAM

Diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Vitamin dan pelembap, produk ini aktif membantu mencegah kulit dari terus kering. Melancarkan  proses cukuran, memberi perlindungan luka mikro serta aktif melembutkan bulu pada wajah.

FUSION® PROGLIDE® Cukur SENSITIF GEL + SKIN CARE 2-IN-1-AKTIF SUKAN

Satu inovasi  membantu menambah kecekapan sewaktu melakukan cukuran. Mampu menghidrat dan melembutkan bulu wajah juga melindungi kulit dari mengalami masalah sensitif selepas bercukur.

Published by
Kim Rahim