Tidur merupakan satu nikmat yang tak ternilai anugerahnya daripada Allah Yang Maha Esa.
Dengan tidur yang cukup kita dapat berehat dan berfungsi dengan baik keesokan harinya bagi melakukan tanggungjawab harian.
Namun anda harus tidur dengan penuh bertanggungjawab juga? Apa maksud MASKULIN di sini, mungkin itu yang anda tanya.
Ya, jangan kerana kita tidur bukan main nyenyak orang lain pula menderita terutamanya isteri atau rakan sebilik. Tiada siapa pun yang minta mereka ada masalah tidur berdengkur. Tapi tak salah jika anda berusaha untuk cuba kurangkan dengkur.
Jom ikuti petua untuk kurangkan dengkuran sewaktu tidur.
1.
Jaga berat badan dan mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI).
2.
Amalkan tidur mengiring.
3.
Berhenti merokok.
4.
Jauhi minuman beralkohol dan ubat tidur atau ubat penenang.
5.
Cuba hirup wap air melalui hidung sebelum tidur atau letakkan tuala yang dicelup air hangat dan hirup wapnya bagi menghilangkan lendir penyebab hidung tersumbat.
6.
Kupas, bersihkan dan hiris halus dua ruas kunyit hidup. Kemudian masukkan hirisan kunyit tersebut ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacau hingga sebati. Amalkan minum setiap kali sebelum tidur
7.
Tujuh biji badam ditumbuk lumat dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI