Baik lelaki atau perempuan takut bila rambut gugur dan mula bersepah di lantai. Selain menjejaskan penampilan, rambut gugur juga boleh membuatkan kepala cepat botak. Siapa sanggup, muda-muda dah rambut gugur dan kepala botak?

Satu kajian ke atas wanita mendapati, 3 daripada 5 wanita bersetuju bahawa rambut gugur di kalangan lelaki adalah salah satu faktor membuatkan mereka hilang perasaan untuk jatuh cinta terhadap lelaki itu.

7 Petua Atasi Rambut Gugur & Bersepah Di Lantai, Cara Terbaik Elak Botak Sebelum Usia!

Ini dapat disimpulkan bahawa wanita begitu mementing masalah rambt gugur dan kepala botak. Bagi mengelakkan rambut gugur sehingga boleh menghilangkan keyakinan diri anda dan botak, baiklah atasi segera dengan 7 petua ini.

1. Kacang Hijau

7 Petua Atasi Rambut Gugur & Bersepah Di Lantai, Cara Terbaik Elak Botak Sebelum Usia!

Ambil kacang hijau dan rendam semalaman. Tapiskan kacang hijau tadi dan ambil airnya. Air kacang hijau itu kemudian disapu pada kulit kepala. Sambil anda sapu, picit kulit kepala secara pelahan-lahan. Petua elak rambut gugur ini ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.

IKLAN

2. Minyak zaitun

7 Petua Atasi Rambut Gugur & Bersepah Di Lantai, Cara Terbaik Elak Botak Sebelum Usia!

Kebaikan minyak zaitun memang banyak. Salah satunya, mengatasi rambut gugur, meningkatkan proses pertumbuhan rambut dan menyihatkan kulit kepala. Anda hanya perlu titiskan 4-5 titis minyak zaitun di kulit kepala setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak zaitun dapat menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, boleh mencuci rambut sehingga bersih.

3. Daun pandan

7 Petua Atasi Rambut Gugur & Bersepah Di Lantai, Cara Terbaik Elak Botak Sebelum Usia!

Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk, kemudian campurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau sehingga rata. Biarkan setengah hari, kemudian barulah ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut. Biarkan lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum membilasnya dengan air. Lakukan sekerap yang boleh bagi mengatasi masalah rambut gugur.

IKLAN

4. Telur

7 Petua Atasi Rambut Gugur & Bersepah Di Lantai, Cara Terbaik Elak Botak Sebelum Usia!

Cara semula jadi menyelesaikan masalah rambut gugur ialah dengan memanfaatkan telur kuning. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala selama 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya lakukan proses ini 3-4 kali dalam seminggu.

5. Air garam

7 Petua Atasi Rambut Gugur & Bersepah Di Lantai, Cara Terbaik Elak Botak Sebelum Usia!

IKLAN

Air garam boleh menyebabkan liang-liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang daripada berlakunya keguguran rambut. Selepas syampu rambut, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut di dalam besen. Rendam rambut selama 3-5 minit. Urut kepala dengan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas rambut. Ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

6. Santan

7 Petua Atasi Rambut Gugur & Bersepah Di Lantai, Cara Terbaik Elak Botak Sebelum Usia!

Cara ini sudah popular sejak dahulu lagi dan diperakui mampu mengatasi rambut gugur dan menumbuhkan rambut. Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.

7. Makan sayur & buah

7 Petua Atasi Rambut Gugur & Bersepah Di Lantai, Cara Terbaik Elak Botak Sebelum Usia!

Apa yang anda makan juga boleh mengatasi masalah rambut gugur dan berperanan penting dalam melebatkan rambut. Ambil makanan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A, vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut. Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang boleh menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut lebat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI