Sejak kebelakangan ini nampaknya isu curang kembali mewarnai dunia hiburan tanah air kita. Asam garam kehidupan seorang selebriti kisah rumah tangga mereka pastinya sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Baik sama ada lelaki atau wanita. Curang itu sebenarnya boleh dilakukan oleh mana-mana pihak tanpa mengira jantina. Selain tidak jujur dengan pasangan perbuatan curang bukan sahaja mampu meruntuhkan hubungan suci pasangan suami isteri malah ia juga boleh menjadi puncu keruntuhan sesebuah institusi keluarga.
Bukan mereka sahaja yang terkesan malah lebih teruk jika ia melibatkan anak-anak. Selain itu ahli keluarga terdekat juga pasti merasa tempiasnya.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi dengan anda beberapa petanda dan kelakuan yang biasanya seorang yang curang selalu buat!
Kalau tak emnipu tak boleh! Walaupun tembelangnya sudah pecah namun masih kental dan konsisten dengan penipuan. Alasan yang diberikan pula selalu tidak masuk akal. Apabila pasangan ajak keluar bersama, dia kerap mengelak dengan pelbagai alasan seperti ada mesyuarat dan perlu menghadiri program atau majlis rasmi.
Si dia yang sebelum ini dikenali anda sebagai seorang yang ‘cool’ secara tiba-tiba berubah menjadi pemarah. Ada sahaja perkara yang dilakukan tidak kena pada matanya. Lama-kelamaan hubungan anda dan si dia mula menjadi hambar.
Bagaikan ada rahsia besar yang tidak boleh dikongsi oleh sesiapa pun. Nak ke mana telefon pintarnya mesti melekat di tangan. Kalau nak mandi pun bawa masuk telefon ke kamar mandi itu memang pelik. Bila waktu tidur pula, telefon itu disimpan bawah bantal atau berdekatan dengannya.
Pasangan suami isteri terutakanya tidak seharusnya merahsiakan password telefon pintar mereka. Jika ini berlaku ada yang tak kena ya. Lebih teruk jika dia langsung tidak benarkan anda menyentuh telefonnya apatah lagi menjawab sebarang panggilan telefon. Pelik bin ajaib!
Tabiat ini paling mudah dikesan sebenarnya. Jika pasangan anda tersasul memanggil nama anda ‘baby’ atau ‘sayang’ walhal dia menggelarkan anda dengan panggilan lain mala hati-hati! Ada insan lain sedang mengetuk pintu hatinya sekarang.
Apa sahaja yang anda lakukan, ada sahaja yang tidak kena pada matanya. Dia akan membebel dan mula memarahi anda termasuk isu-isu kecil berkaitan anak dan bil-bil utiliti seperti elektrik dan air.
Jika anda bersama pasangan di rumah, dia kelihatan gelisah dan tidak senang duduk. Dia mungkin sedang mencari alasan untuk keluar bersama ‘skandalnya’!